SOALAN
Apakah hukum mempelajari
tasawwuf?
JAWAPAN
Imam al-Ghazali
berkata: Hukumnya fardu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit
kecuali para anbia.
Syeikh
al-Syazili berkata: Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati
dalam dosa besar yang tidak disedarinya.
Syeikh Dahlan
al-Kadiri di dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar
tasawwuf ialah wajib `aini pada setiap orang mukallaf. Hal ini adalah kerana
sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin. Imam Malik
mengungkap:
Maksudnya:
Siapa bertasawwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia
kafir Zindiq,
Siapa mempunyai feqah tanpa bertasawwuf
sesungguhnya dia fasiq,
Siapa menghimpunkan
kedua-duanya nescaya dia tahqiq.
Ibn `Ajibah
berkata: Jadi Zindiq pada ayat yang pertama kerana pengucap dengan cara
terpaksa yang menyebabkan nafi hikmah dan segala hukum manakala fasiq pada ayat
kedua disebabkan tanpa ilmu daripada tawajjuh yang benar yang menghalang
daripada maksiat Allah dan daripada ikhlas yang disyaratkan pada amalan.
Sementara tahqiq pada ayat ketiga pula adalah kerana dapat melaksanakan hakikat
pada zatnya yang berpegang dengan haq. Justeru ketahuilah yang demikian itu
kerana tiada wujud baginya kecuali padanya seperti tiada sempurna baginya
kecuali dengan-Nya. Maka fahamlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan