Diceritakan oleh sebagian orang salih, bahwa pada zaman
pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, kerajaan Bani Umaiyah, terdapat
seorang wanita janda dari keturunan Nabi s. a. w. Dia menanggung tiga orang
anak perempuan yang masih kecil-kecil kesemuanya, padahal keadaan hidupnya amat
sempit sekall. Hari-hari ada saja yang kurang.
Pada suatu hari anak-anak itu terus menangis tidak mahu
berhenti, lantaran tidak tertahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas lbunya
memujuk untuk bersabar, namun anak-anak itu tidak sunggup bersabar lagi.
Sang ibu sudah habis helah untuk menghibur anak-anak
kecil yang tidak faham tentang keadaan hidup itu. Lalu la berkata kepada
anak-anaknya itu: 'Tunggulah sampal besok, nantli ibu. akan pergi ke kantor
Tuan Hakim negerl meminta sesuatu dari 'Baltul-mal' (Kas Negara), moga-moga dia
merahmati kita!'
Pada pagi-pagi lagi, ibu dengan anak-anak kecilnya datang
ke kantor Tuan Hakim menunggu kedatangannya. Lama juga mereka menunggu, baru
Tuan Hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecilnya di situ, Tuan Hakim
bertanya:
`Ada apa kamu sekalian menunggu di sini?'
`Tuan Hakim!' bicara ibu anak-anak itu. 'Kami sudah
selalu sangat tidak makan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini
tidak sanggup bertahan menunggu makanan. Jadi kami datang di sini, moga-moga
ada apa-apa makanan yang dapat Tuan berikan sedekah kepada kami dari
Baltul-mal.'
Sang lbu sungguh mengharapkan bantuan dari Tuan Hakim
itu. Kalau tidak dikasihaninya dirinya sendirl, paling kurang kepada anak-anak
kecil yang tidak tahu bahasa itu.
Balklah,'jawab Tuan Hakim baik sekali. 'Hari ini
kembalilah dulu! Besok aku akan berikan kamu sesuatu,' tegasnya.
Wajah ibu itu cerah sedikit, menyangka ada harapan bahwa
bantuan yang dicita-citakan itu akan datang, walaupun lambat sedikit. Namun
begitu dia mencuba jika boleh biarlah bantuan yang dijanjikan itu dapat segera
pada hari itu juga kerana dia tidak tertahan lagi melihat anak-anaknya yang
terus menangis saja.
`Tuan Hakim!' rayunya pula 'Terima kasih banyak atas
pertimbangan Tuan yang balk itu. Tapi boleh tak kalau bantuan itu diberikan
sekarang juga, kerana anak-anak kecil ini sungguh terlalu lapar sekali. Biarlah
saya menunggu lambat sedikit, tidak mengapa, asalkan saya boleh dapatkan
bantuan itu sekarang juga,' dia merayu penuh harapan meminta belas-kasihan Tuan
Hakim yang berkuasa itu
`Sudahlah, bukankah aku sudah bilang besok, datanglah
besok saja. Aku kan ada banyak kerja sekarang ini. Aku baru saja datang, sudah
hendak kerjakan perkara kan dulu,' Tuan Hakim merungut-rungut minta sang ibu
itu berundur dari kantornya.
Ibu itu tidak ada alasan lain untuk merayu, dan dia bimbang
pula, jika banyak bicara yang tidak disukai Tuan Hakim, mana tahu, dia akan
ubah putusannya yang mahu membantu itu. Lebih balk kembali saja, katanya dalam
hari.
Ibu itu menarik tangan-tangan anak-anaknya untuk pulang,
namun anak-anak yang tidak tahu bahasa itu, malah lebih menangis, kerana
dilihatnya tidak ada benda yang diberikan oleh Tuan Hakim kepada mereka.
`Tuan Hakim tidak beri kita apa-apa,' tanya anak yang
terbesar sekali.
`Dia sibuk hari ini,' puiuk sang ibu, 'besok dia akan
berikan kita. Kita terpaksa kena sabarlah.'
Pada malam itu ibu itu terus menenteramkan anak-anaknya,
bahwa mereka akan dapat bantuan dari Baitul-mal, dan Tuan Hakim akan memberikan
bantuan kepada mereka, dan mereka tidak akan hidup dalam kekurangan lagi.
Anak-anak itu masih belum faham lagi, mengapa mereka mesti tunggu sampai Tuan
Hakim memberi mereka makan mereka, namun begitu mereka merasa gembira juga
kerana mulai besok mereka akan dapat makan minum dengan cukup, berkat bantuan
Tuan Hakim itu. Mereka pun tidur tanpa banyak resah dan tangis.
Pada hari esoknya, seperti waktu kelmarinnya, ibu itu
datang lagi ke kantor Tuan Hakim kerana menuntut janji yang diluahkan Tuan
Hakim pada hari yang sebelumnya. Dia terpaksa menunggu lagi sehingga Tuan Hakim
datang.
`Assalamu alaikum, Tuan Hakim,' ibu itu memulakan
bicaranya.
`Ah, pagi-pagi buta engkau sudah sampai ke sini?'
bangkang Tuan Hakim kepada ibu itu.
`Minta maaf,' kata ibu itu.
`Ada apa?' Tuan Hakim pura-pura tanya.
Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana
bantuan yang Tuan janjikan,' kata ibu itu.
Bantuan yang aku janjikan?' bentak Tuan Hakim. 'Aku tak
pernah berjanji kepada siapa-siapa pun.'
Bukankah saya datang kelmarin dengan anak-anak saya, dan
Tuan Hakim....'
Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk
mengingatkan Tuan Hakim itu mengenai janjinya, tiba-tiba Tuan Hakim itu
membentak lagi dengan suara keras sekali.
`Hei pengawal,' panggil Tuan Hakim kepada penjaga pintu
di situ. 'Halau perempuan ini dari sini!'
`Hei Tuan Hakim! Kenapa Tuan bersikap zalim begini?!' ibu
itu menggerutu.
Pergi saja dari sini! jangan bising-bising!' perintah
Tuan Hakim.
Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari kantor
Tuan Hakim. Dia menahan tangisannya sekuat hatinya. Dia tidak mahu menunjukkan
dirinya rendah dan hina sebagai seorang pengemis yang sudah tidak punya
pendirian dan harga diri. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu
Rasulullah s.a.w. yang mesti menjaga harga diri.
Lekas-lekas dia melarikan dirinya dari tempat itu. Dia
keluar sedang fikirannya berkecamuk memikirkan nasib malang yang menimpa
dirinya. Apa akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah?
Aku katakan Tuan Hakim itu telah memungkiri janjinya? Mana anak-anak kecil tahu
alasan-alasan serupa itu!
Dia memesong ke haluan jalan di mana terdapat sederetan
rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi. Rumah-rumah itu banyak
yang sudah roboh kerana sudah tua dan benaannya sudah tidak sesuai dengan
kehendak orang-orang yang sudah serba maju pada mana itu.
Dia kemudian duduk di salah satu sudutnya sendirian untuk
memecahkan sakit yang sedang menekan hati sanubarinya. Dia terus menangis
sekuat hati dan sepuas-puasnya. Dia kemudian mengeluh: `Wahai Tuhanku! Apa yang
akan aku katakan kepada anak‑anakku
yang kecil itu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana
kelaparan. Aku tidak dapat mempu mereka lagi dengar alasan-alasan yang tidak
benar! Tuhanku! Berilah aku jalan keluar dari kesempitanku ini! Aku sendiri pun
sudah tidak sanggup menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang
belum tahu apa-apa pun?!'
Ibu itu terus menangis dan meraung seorang diri.
Diceritakan pula bahwa pada kota itu ada seorang Nasrani
yang agak luar biasa sikapnya. Meskipun dia seorang beragama Masihi, namun dia
sering berbelas-kashihan kepada orang-orang yang beragama Islam, khususnya
mereka yang miskin dan fakir. Dia suka membantu orang-orang yang sudah.
Orang Nasrani ini namanya Saiduk, mempunyai harta yang
banyak serta banyak pula orang yang bekeria dengannya.
Kebetulan sekali, Saiduk sedang melihat-lihat rumah-rumah
buruk di situ. Mungkin ada sesuatu tujuan dagang, kerana itulah dia
memeriksa-meriksa deretan rumah-rumah yang roboh di situ. Dari kejauhan
terdengar olehnya suatu suara tangisan yang merintih hati.
`Aku sudah datang ke sini beberapa kali, tidak pernah aku
dengar apa-apa macam ini,' katanya kepada beberapa orang pekerjanya yang datang
bersama-samanya. kamu dengar tidak suara itu?'
`Dengar suara tangisan seorang perempuan,' jawab seorang
pekerjanya.
`Jangan-jangan suara jin tak,' kata yang lain.
Eh, mana ada jin siang-siang hari begini?! kata yang lain
pula.
Mereka pun pergi ke tempat datangnya suara tangisan itu.
Mereka dapati disitu ada seorang perempuan yang setengah umur sedang menangis.
Melihat orang-orang itu datang, ibu itu berhenti menangis. Dia kelihatan
terperanjat. Dari mana orang-orang ini datang?
`Jangan takut,' kata Saiduk. 'Saya Saiduk, semua orang
kenal saya di sini,' sambungnya lagi.
`Saiduk, saudagar Nasrani itu?' tanya ibu itu
`Kenapa engkau menangis di sini?' tanya Saiduk.
`Tak ada apa-apa,'Jawab ibu itu.
`Tak ada apa-apa tak kan menangis? Mesti ada apa-apa,
cuba katakan!' kata Saiduk lagi. Ibu itu lalu menceritakan nasibnya yang malang
itu. Bagaimana dia menderita kesusahan dengan menanggung tiga orang anak
perempuan yang masih kecil-kecil. Diceritakan sekali apa yang berlaku di
antaranya dengan Tuan Hakim yang tidak berperikemanusiaan itu.
`Saya faham,' kata Saiduk. jangan menangis lagi!' katanya
lagi.
Saiduk lalu menyuruh perempuan itu kembali ke rumahnya
dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya. Dia lalu memanggil
pengurus perniagaannya dan berkata:
Berikan perempuan ini seribu dinar. Kemudian belikan dia
dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga!' perintah
Saiduk.
Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrari yang begitu
murah hari dan berperi-kemanusiaan terhadap orang yang susah sepertinya. Dia
tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbangrasa
itu. Meskipun dia bukan seorang Muslim, namun dia tetap seorang manusia yang
berperasaan kemanusiaan terhadap sesama manusia yang lain.
Orang suruhan Saiduk itu segera pergi ke pasar untuk
membeli makanan dan buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh
sebuah rumah, di samping pasangan pakaian untuk sang ibu dan anak-anaknya.
Semua itu disampaikannya pada hari itu juga. Anak-anak ibu itu bergembira
melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga
turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya
sudah ada seribu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun
lagi.
`Terima kasih banyak, sampaikan kepada Saiduk itu,' kata
ibu itu dengan tersenyum.
Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: Ya Allah! Ya
Tuhanku! Berikanlah si Saiduk itu hidayat dan taufiq memeluk Islam, dan berilah
dia dari kenikmatan-kenikmatanMu di syurga!
Pada malam itu Tuan Hakim bermimpi melihat seolah-olah
dia sedang berada di hari kiamat. Manusia terlalu sibuk masing-masing dengan
keadaannya sendiri-sendiri mencari perlindungan.
Tuan Hakim dibawa pengawal untuk menuju ke syurga,
kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang
tinggi indah permai penuh dengan ukiran mas merah, dan tingkap-tingkapnya dari
mutiara putih yang berkilau‑
kilauan. Antara dua tingkapnya berdiri seorang bidadari hurul-ein yang
bercahaya lebih terang dari cahaya mataharl, dan lebih menarik dari cahaya
bulan.
Apabila Tuan Hakim itu tiba di situ, semua
bidadari-bidadari hurul-ein bertempik di mukanya: 'Orang yang tidak tahu
diuntung! orang yang sial dan merugi! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan
gedung ini pula adalah mlllkmu. Tetapi sekarang, alangkah slahlya nasibmu!
semua ini termasuk kami bidadari-bidadari ini menjadi hak orang lain. Menjadi
milik si Saiduk, orang Nasrani itu. sekarang pergi dari sini, kami bukan hak
milikmu lagi. Bawa dia di tempatnya di dalam neraka itu!' Mereka
bertempik-tempik dengan suara yang keras.
Kemudian Tuan Hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan
diunjukkan tempatnya di situ.
Pada saat itulah Tuan Hakim itu tersedar dari mimpinya.
Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Apa yang aku lihat di dalam mimpiku
ini! Alangkah sialnya naslbku kerana perbuatan yang telah aku sia-siakan. Dia
tidak dapat tidur terus pada malam itu sampai pagi memikirkan mimpinya yang
dahsyat itu. Mungkin ini kerana perbuatanku yang kejam terhadap si perempuan
yang datang memohon bantuan untuk anak-anaknya itu.
Pada besok paginya, Tuan Hakim bergegas-gegas datang ke
rumah Saiduk orang Nasrani itu. Dia mengetuk pintunya, maka keluarlah penjaga
pintu bertanya:
`Oh, Tuan Hakim!' kata penjaga pintu itu. 'Ada apa?'
`Mana Saiduk?' tanya Tuan Hakim.
`Ada di dalam,'Jawab penjaga pintu.
`Panggillah dia ke mari!'
Saiduk keluar dan menyambut baik Tuan Hakim itu. 'Sila
masuk, Tuan Hakim!' dia mempelawa Tuan Hakim.
Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya, lalu dipersilakan
duduk. Tuan Hakim tidak sabar lagi, lalu bertanya:
`Ada apa-apa kebalkan yang kau lakukan semalam?' tanya
Tuan Hakim.
`Saya memang suka membuat kebaikan,'Jawabnya. 'Kebaikan
yang macam mana?' tanya Saiduk kemball.
`Kebaikan apa saja, cuba terangkan!'
`Tadi malam, saya minum lebih sedikit, saya mabuk, saya
tidak ingat apa-apa,' Saiduk memberitahu Tuan Hakim.
`Aku tidak mahu tahu tentang apa yang kau buat untuk
dirimu,' Tuan Hakim naik darah. 'Yang aku mahu tahu apa yang kau buat untuk
orang lain, Cuba ingat-ingat!'
Saiduk Cuba mengingat-ingat. Dalam fikirannya tentu Tuan
Hakim ini mahu tahu kebaikan yang aku lakukan terhadap perempuan janda itu,
agaknya, terkanya di dalam hati.
`Barangkali kebaikan yang saya buat terhadap
seorang-perempuan janda yang mempunyai anak-anak kecil, tiga orang jika tidak
salah?!' terang Saiduk.
`Ya ... ya,' pintas Tuan Hakim tidak sabar. 'Apa yang kau
berikan dia?'
`Apakah salah, jika saya berikan sesuatu kepadanya?'
`Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau
berikan kepadanya,' pintas Tuan Hakim lagi.
Dia saya dapati menangis di deretan rumah-rumah roboh
yang saya bell di Ujung kampung ini. Saya kasihan kepadanya. Saya berikan
makanan, pakaian dan segala keperluannya dan keperluan anak-anaknya,' kata
Saiduk.
`Itu saja yang kau beri?' tanya Tuan Hakim.
`Ada lagi,'Jawab Saiduk.
`Apa dia?'
`Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya.
Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anak kedInya,'
Saiduk memberitahu semua ceritanya.
Tuan Hakim termenung sebentar kerana mengingatkan
peristiwa yang berlaku antaranya dengan Ibu anak-anak itu.
`Tapi, saya ingin tahu apa sebabnya Tuan Hakim datang ke
rumah saya pagi-pagi begini kerana hendak bertanya perkara ini,' tanya Saiduk
minta penerangan.
Tuan Hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada
wajahnya ternyata seperti seorang yang banyak fikiran dan sedih sekali. Saiduk
semakin hairan dan mengulang lagi pertanyaannya.
`Tuan Hakim!' kata Saiduk. 'Cubalah beritahu saya apa
sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini?'
`Begini Saiduk. Aku mimpi tadi malam suatu mimpi yang
sungguh menyedihkan aku,' Dia kelihatan sangat muram sekali.
`Mimpi yang menyedihkan Tuan?' Saiduk terperanjat. 'Tapi
apa kena-mengenanya dengan diri saya?'
Tuan Hakim tidak punya helah lain, melainkan terpaksa
menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia beritahukan tentang
gedung di syurga yang asalnya atas namanya, lalu bertukar menjadi hak Saiduk.
Mendengar cerita itu, Saiduk lalu menghulurkan tangannya
kepada Tuan Hakim, katanya:
`Tuan Hakim! Sekarang saksikanlah bahwa saya menyaksikan
bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya, dan
bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutusnya membawa petunjuk
dan agama yang benar.'
Tuan Hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduk itu.
Kemudian dia keluar dari rumah Saiduk, sedang hatinya remuk redam, sedih dan menyesal
atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan itu.
Wahai suadarakul Cuba renungkan betapa seorang penguasa
yang tidak bijak dalam tugasnya telah membuat suatu keputusan yang salah. Dia
menahan hak orang miskin yang ada dalam tangannya sehingga dia diancam menjadi
dari golongan ahli neraka, padahal telah tersedia untuknya sebelum itu
bermacam-macam kenikmatan di dalam syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan