Catatan Popular

Khamis, 28 Julai 2016

KITAB ADABUL MURIDIN : [1] USUL IKTIKAD AHLI SUFI



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY  [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]

Sekarang marilah kita mulai dengan menyenaraikan perincian mazhab ahli sufi dalam bidang aqidah ;

Kaum sufi sepakat beriktikad bahawa ALLAH Taala adalah Tuhan yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya, tiada lawan, tiada penyerupaan dan persamaan terhadapNya. Dialah ALLAH yang sifatNya seperti yang difirmankan sendiri olehNya, namaNya juga seperti nama yang dikhabarkan olehNya.

Maha Suci ALLAH dari berjisim, kerana jisim itu sesuatu yang tergabung dari beberapa bahagian, secara langsung bahagian-bahagian ini perlu kepada pencipta yang dapat memasangnya. Maha Suci ALLAH dari yang demikian.

ALLAH Taala juga bukan suatu jauhar 1 (benda), kerana jauhar memerlukan ruang.
Maha Suci ALLAH ; bahkan Dialah yang Maha Pencipta bagi setiap benda dan ruang.

ALLAH Taala juga bukan suatu aradh , kerana aradh itu keadaannya berubah-rubah dari satu masa ke satu masa yang lain, sedangkan ALLAH itu Maha Kekal ; sekali-kali tidak berlaku pada diriNya segala gabungan, pemisahan dan pembahagian (sepertimana halnya makhluk).


Maha Suci ALLAH yang tak pernah terganggu bila diingat-ingat oleh hambaNya, akal
tak pernah dapat menjangkauNya, kata-kata tak mungkin dapat enggambarkanNya, segala isyarat tak pernah dapat menunjuk ke arahNya, rikiran tak pernah mampu meliputiNya dan segala pengelihatan tak pernah dapat memandang padaNya.

Tiap sesuatu telah ditetapkan olehNya. Makhluk tak harus bicara soal "keadaan"Nya, tapi sayugia berkata tentang "kewujudan"Nya. Kerana bukan semua yang wujud itu punya keadaan tertentu, sebaliknya tiap keadaan itu pasti merupakan sesuatu yang wujud. Maha Suci ALLAH dari segala yang tergambar oleh sangkaan, dari semua yang terbayang oleh tahaman.

Jika kamu bertanya bilakah Allah? Sesungguhnya ALLAH mendahululi bila dan masa. Jika kamu bertanya bagaimanakah Dia? Sesungguhnya Zat ALLAH tak dapat disifatkan keadaanNya. Jika kamu bertanya di mana Dia? Sesungguhnya kewujudan ALLAH mendahului kewujudan ruang dan tempat, kewujudanNya mewujudkan segala yang ada, Dia mencipta sesuatu tanpa memerlukan sebab, zatNya tak dapat dibayangkan, perbuatanNya tak dapat dipersoalkan.

Maha Suci ALLAH ; akal dan pengelihatan terhijab dariNya. Kerana akal hanya mampu untuk sampai kepada sesuatu yang setaraf dengannya. Sementelahan pula akal itu adalah perkakas untuk menghambakan diri kepada ALLAH, bukan alat untuk menunjuk kepada ketuhanan ALLAH.

Maha Suci ALLAH ; Zatnya tidak sama dengan zat makhluk, sifatNya tidak sama dengan sifat makhluk ; sifatNya Maha Mengetahui bukan kerana [perlu] menafikan jahil, sifatNya Maha Berkuasa bukan kerana [perlu] menafikan lemah 1 .

Kaum Sufi sepakat menetapkan segala sifat yang ALLAH sebutkan dalam kitabNya, juga yang sahih diriwayatkan dari perkhabaran Sidnan Nabi <^ <&l seperti sifat al-wajh (wajah), al-yad (tangan), an-nafs (jiwa), as-sam'u (pendengaran) al-basar (pengelihatan)... semuanya itu diiktikadkan tanpa penyerupaan dengan suatu apa pun, dan sekali-kali tidak dinafikan dengan berpandukan firmanNya :

...Maha Suci ALLAH tiada penyerupaan bagiNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. - Surah As-Syura : 11

Kaum sufi pernah ditanya orang mengenai ALLAH, maka jawab mereka :- Jika kamu bertanya tentang zatnya maka : Maha Suci ALLAH, tiada peyerupaan baginya

- Jika soalanmu tentang sifatNya maka Dia adalah yang Maha Esa lagi tempat bergantung,

Dia tidak beranak lagi tidak diperanakkan dan tiada suatu apa pun yang setaraj denganNya.


- Jika soalanmu tentang namaNya, maka Dia adalah ALLAH yang tiada Tuhan melainkan Dia, Mengetahui yang ghaib maupun yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

- Jika solanmu tentang perbuatanNya, maka setiap hari Dia berkerja (mengurus segala ciptaanNya) ...

Tentang masalah al-istiwa' (bersemayam diatas arash) kaum Sufi berpegang kepada kata- kata Imam Malik bin Anas : "Al-Istiwa' adalah perkara yang sedia maklum, bagaimana ia ; itu tak dapat dijangkau akal, beriman dengannya wajib, manakala bertanya tentangnya adalah bid'ah!". Demikianlah juga pegangan kaum sufi tentang masalah an-nuzul.

Kaum Sufi sepakat beriktikad bahawa Al-Quran adalah kalam ALLAH, bukan makhluk. Al-Quran tertulis dalam mashaf kita, dibaca dengan lidah kita, dihafaz di dalam dada kita. Inilah yang wajib diiktikadkan tanpa perlu menyoalkan makhluk atau tidaknya apa yang tertulis dan dibaca itu kerana sunnah Rasul tidak menyentuh perkara ini.

Kaum Sufi juga sepakat berpendapat bahawa memandang Zat ALLAH di dalam syurga itu hukumnya harus. Yang ALLAH Taala nafikan ialah melihat kepadaNya (dengan mata kepala) kerana pengelihatan sebegini bererti organ mata dengan cara tertentu mengesan suatu objek... (Maha Suci ALLAH dari sebarang penyerupaan). Dalam masalah ini Sidnan Nabi mengibaratkan pandangan dengan pandangan, bukan soal objek yang dipandang.

Sabda Sidnan Nabi

“Sesungguhnya kamu akan memandang Tuhan kamu di hari kiamat nanti ibarat kamu memandang bulan di malam purnama tanpa sebarang halangan.”

Kaum sufi sepakat mengatakan bahawa wajib beriman dan mengakui perkara-perkara yang disebutkan ALLAH Taala dalam Al-Quran dan apa yang datang dari perkhabaran hadis Baginda Sidnan Nabi  tentang [perkara-perkara ghaib] seperti syurga, neraka, lauhul mahfuz, qalam, haudh, syafaat, sirat, timbangan mizan, benteng pemisah di akhirat, azab kubur, soalan Munkar dan Nakir, ada yang akan dikeluarkan dari neraka dengan syafaat dari para pemberi syafaat, dibangkitkan sesudah mati, syurga dan neraka diciptakan untuk kekal abadi, ahli syurga kekal abadi mendapat nikmat di dalam syurga, ahli neraka kekal abadi mendapat
azab di dalam neraka, dan orang beriman yang masuk neraka bukan kerana dosa-dosa besar tidak akan kekal di dalamnya.

Kaum sufi sepakat meyakini bahawa ALLAH Taala menciptakan segala perbuatan
hamba-hambaNya, ALLAH jualah yang menciptakan segala amalan mereka, demikianlah seperti yang difirmankan ALLAH Taala :

Dan Allah-lah yang menciptakan kamu dan segala apa yang kamu lakukan.
Surah As-Saffat : 96

Kaum sufi sepakat meyakini bahawa semua makhluk akan mati dengan ajal masing-
masing. Begitu juga syirik dan maksiat itu semuanya berlaku dengan qadha dan qadar ALLAH Taala dan tiada siapa yang boleh membangkang ALLAH dalam soal ini,

Katakanlah : "ALLAH mempunyai hujah yangjelas lagi kuat... "  Surah Al-An'am : 149

dan ALLAH Taala tidak redha dari hamba-hambaNya kekufuran dan maksiat, dan redha (dari Allah) itu tidak sama dengan iradah (kehendak Allah).

Kaum sufi berpendapat bahawa patut solat menjadi makmum di belakang imam yang
baik dan yang tidak baik. Kaum sufi tidak mewajibkan syurga bagi seorang Islam semata-mata kerana kebaikan yang dilakukannya, kaum sufi juga tidak mengata dia ahli neraka semata-mata kerana dosa besar yang dilakukannya.

Kaum sufi berpendapat bahawa kekhalifahan itu tertentu kepada orang Quraisy ; tidak boleh bangsa lain merebut kekhalifan dari mereka. Kaum sufi tidak melihat keharusan pemberontakan melawan pemerintah, walaupun pemerintah itu zalim.

Kaum sufi beriman dengan semua kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasul.
Sesungguhnya mereka semua adalah manusia yang paling utama, dan yang terutama di kalangan mereka ialah Baginda Nabi Muhammad ^j yang telah dijadikan ALLAH Taala sebagai penutup segala nabi.

Dan manusia paling utama sesudah Saiyidina Rasulullah ialah Saiyidina
Abu Bakar, kemudian Saiyidina Umar, kemudian Saiyidina Uthman, kemudian Saiyidina Ali, kemudian sepuluh sahabat yang dijamin syurga oleh Saiyidina Rasulullah kemudian orang mukmin pada kurun yang diutus padanya Saiyidina Rasulullah kemudian para ulama yang beramal dengan ilmu, kemudian manusia yang paling memberi manfaat kepada manusia lain.

Kaum sufi sepakat mengatakan bahawa para rasul itu lebih mulia dari para malaikat,
namun bersalah-salahan pendapat mereka tentang kemuliaan malaikat keatas orang beriman, tapi yang jelasnya dikalangan malaikat ada yang lebih mulia antara satu sama lain sepertimana dikalangan orang mukmin ada yang lebih mulia antara satu sama lain.

Kaum sufi sepakat mengatakan bahawa mencari rezeki halal adalah satu kefardhuan, dan bumi ini tidak sunyi dari yang halal, kerana ALLAH Taala telah menuntut hamba-hambaNya mencari yang halal. ALLAH sekali-kali tidak menuntut hamba dengan suatu perkara melainkan perkara itu pasti ada ; mungkin banyak di satu tempat dan sedikit pula di satu tempat yang lain. Maka siapa yang zahirnya baik tidaklah patut diragui harta dan sumber pendapatannya.

Kaum sufi sepakat meyakini bahawa kesempurnaan iman itu ialah berikrar dengan lisan, tasdiq (meyakini) dengan hati dan mengamalkan dengan perbuatan. Maka barangsiapa meninggalkan ikrar sesungguhnya dia kafir, siapa meninggalkan tasdiq sesungguhnya dia munafik, dan siapa yang tidak beramal dengan perbuatan maka sesungguhnya dia mubtadi' (ahli bid'ah). Kaum sufi berpendapat bahawa kemuliaan manusia itu berdasarkan ketinggian imannya, hanya mengetahui Islam dengan hati itu tidak berguna selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah, kecuali dihalang oleh suatu keuzuran yang diiktiraf oleh syarak.


Kaum sufi berpendapat bahawa istisna' dalam soal iman itu dibolehkan dengan syarat [ucapan InsyALLAH itu] disebut langsung sesudah ikrar dan ia disebut untuk menyungguhkan ikrar, ini kerana soal iman itu perkara yang ghaib. Sidi Al-Hasan Al-Basri pernah ditanya : 'Apakah benar-benar tuan ini beriman?!" Maka beliau menjawab : "Jika iman yang kau maksudkan itu ialah pengakuan (Islam) yang menjamin nyawaku, menghalalkan sembelihanku dan pernikahanku ; maka sesungguhnya memang benar-benar aku beriman. Tapi jika iman yang kau maksudkan ialah iman yang menjamin aku masuk syurga, menyelamatkan aku dari neraka, iman yang diredhai ALLAH ; maka aku adalah orang beriman, Insya ALLAH." Dalam Al- Quran, ALLAH Taala pun melakukan istisna ' iaitu dalam firmanNya :

...kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram -Insya Allah- dalam keadaan aman... - Surah Al-fath : 27

dalam perkara ini ALLAH menyebut (Insya Allah) walaupun ia tidak syak lagi.

Ada ulama sufi telah ditanya mengenai istisna' ALLAH Taala dalam ayat tadi, beliau
menjawab : "ALLAH mahu mendidik hamba-hambaNya melalui istisna' ini, ALLAH mahu mengingatkan mereka bahawa ALLAH Taala yang Maha Sempurna pengetahuanNya pun berkata (Insya Allah), maka makhluk yang lemah pengetahuannya sudah tentu lebih patut untuk tidak menghukumkan sesuatu melainkan dengan mengembalikannya kepada kehendak ALLAH
jua." Seterusnya Baginda Sidnan Nabi  dalam ucapannya kepada ahli kubur
berkata :

...dan kami -Inysa Allah- akan mengikut kamu semua. - Riwayat At-Tirmizi

...di sini Baginda tetap menyebut (Insya Allah) sedangkan Baginda tak pernah meragui bahawa mati pasti terjadi, dan pasti semua orang akhirnya akan menjadi ahli kubur. Dengan ini jelaslah bahawa istisna' juga turut memberi erti kepastian.

Kamu sufi sepakat berpendapat mengenai keharusan melakukan suatu pekerjaan,
berniaga dan bertukang yang mana itu semua dibuat untuk bertolong bantu sesama manusia bagi mendatangkan kebaikan dan ketaqwaan, namun kaum sufi melihat semua usaha itu tidaklah memberi apa-apa bekas untuk mendatangkan rezeki. Kaum sufi juga berpendapat bahawa pekerjaan terakhir yang dapat dilakukan buat mencari rezeki ialah minta sedekah, tapi ini tidak halal dikerjakan oleh orang kaya dan orang yang punya maruah sempurna.

Tiada ulasan: