AL IMAM AL
ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT
SUHRAWARDIYAH]
Kefakiran tidak bererti tasawuf,
namun hujung kefakiran adalah pangkal tasawuf.
Begitulah halnya dengan zuhud ;
zuhud tidak bererti fakir.
Takrif fakir dalam terminologi sufi
bukan sekadar miskin yang tidak memiliki apa-apa, bahkan fakir yang terpuji
ialah yakin sepenuhnya kepada ketentuan ALLAH dan redha dengan segala yang
telah ditetapkan olehNya.
Seorang sufi tidak sama dengan orang
malamati tidak menzahir kebaikan diri dan tidak pula menyembunyikan kejahatan,
sedang orang sufi ialah mereka yang tidak sibuk dengan apa yang orang lain kata
dan tak peduli apakah mereka diterima orang lain atau ditolak.
Jika seseorang tidak
lagi memikirkan soal mencari rezeki dan telah yakin benar terhadap jaminan
ALLAH serta bulat tawakkalnya maka kaum sufi sepakat memutuskan bahawa yang
terlebih afdhal baginya ialah meninggalkan pekerjaan dan perusahaan untuk
menumpukan ibadah membuat ketaatan sepenuh masa, melainkan kalau khalwah
(bersendirian) maupun jalwah (ramai) terasa sama olehnya, uzlah (mengasingkan
diri) maupun bergaul tiada bezanya ; maka inilah orang yang dapat menghayati
kekuasaan ALLAH dalam setiap keadaan.
Ulama sufi berkata :
"Jangan
kau menyibukkan dirimu dengan rezeki, nanti imanmu kepada yang Maha Memberi
Rezeki akan diragui lalu hilanglah keyakinanmu terhadap jaminan dariNya."
Seorang Sufi pernah ditanya :
"Dari
mana kamu makan? Lantas dijawab : Kalau sumbernya "dari mana" sudah
lamalah habisnya".
Soalan yang sama ditanya kepada sufi
yang lain, lantas dijawab : "Bertanyalah kepada Dia yang memberi aku makan
; dari mana Dia memberi aku makan?!".
Kaum Sufi sepakat mengatakan bahawa
amalan seseorang bukan penyebab bahagia atau celaka dirinya, kerana Saidina
Nabi telah bersabda :
Orang bahagia itu bahagia sejak ditentukan dalam perut
ibunya, sedangkan orang celaka itu celaka sejak ditentukan dalam perut ibunya.
Kaum Sufi percaya kita mendapat
pahala ialah kerana sifat pemurahnya ALLAH, jika dihukum ALLAH maka hukuman itu
adalah keadilan dariNya. Sifat redha dan murka ALLAH Taala adalah qadim
(sediakala sejak azali), tidak terpengaruh dengan perkerjaan mahkluk yang
bersifat baharu. Siapa yang diredhaiNya akan digerak untuk melaksanakan amalan
ahli syurga, siapa yang dimurkaiNya akan digerak untuk melakukan amalan ahli
neraka.
Kaum Sufi mengatakan bahawa wajiblah
setiap insan untuk redha dengan segala qadha dan qadar, sabar dengan ujian dan
bersyukur dengan nikmat. Sesungguhnya rasa khauf (takut) dan raja' (harap) 2
adalah benteng yang menjaga seorang hamba dari tidak beradab dengan Tuhannya.
Hati yang kosong dari rasa takut dan harap adalah hati yang punah. Selagi mana
seorang insan berakal waras wajiblah dia mentaati hukum-hakam, suruhan dan
larangan atau apa
Kaum Sufi berpendapat bahawa sifat
kemanusiaan akan tetap dan kekal pada diri
manusia sekalipun dia mampu
merentasi batas alam buana, cuma kemanusiaan seseorang itu kadang-kadang kuat
dan kadang-kadang lemah.
Golongan siddiqin jiwanya bebas dari
belenggu nafsu. Golongan arifin pula adalah orang yang bersih total dari sifat
ma^mumah , manakala jika seseorang masih bertaraf murid maka mazmumahnya masih
ada cuma ia tidak menyala.
Seorang hamba mampu meningkatkan
dirinya dari satu hal (keadaan) kepada hal yang lebih tinggi hingga dapat
mencapai darjat kerohanian tertentu yang membolehkannya melipat bumi, berjalan
di atas air dan ghaib dari pandangan mata kasar.
Kaum Sufi melihat bahawa cinta
kerana ALLAH dan benci kerana ALLAH merupakan
antara benteng iman yang terkuat,
menyuruh orang lain membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajiban
bagi setiap orang yang mampu melaksanakannya berdasarkan kemampuan
masing-masing.
Ijmak kaum Sufi mengatakan bahawa
karamah adalah hal yang harus berlaku kepada para wali ; baik di zaman Sidnan
Nabi maupun selain zaman Baginda.
Kenabian seseorang bukanlah dikira dengan berlakunya mukjizat (perkara yang
mencarik adat) keatas dirinya, kenabian itu bermula apabila seorang Nabi diutus
(dengan wahyu) oleh ALLAH Taala.
Beza antara mukjizat dengan karamah
ialah seorang nabi wajib baginya menzahirkan mukjizat dan mencabar
penentangnya, sedangkan seorang wali wajib baginya menyembunyikan karamah
melainkan ALLAH sendiri yang menzahirkannya. Sesungguhnya apa yang sabit disisi
ALLAH itulah yang dizahirkan kepada makhlukNya.
Kaum Sufi menolak sikap bermujadalah
yang tak berkesudahan dalam agama. Yang
mereka anjurkan ialah berkerja
melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang keatas mereka.
Kaum Sufi sepakat mengatakan bahawa
semua jenis pakaian adalah boleh digunakan melainkan pakaian yang ditegah oleh
syariat -keatas kaum lelaki- yaitu pakaian yang kebanyakan (bahannya dari) kain
ibraysam .
Kaum Sufi berpendapat cukuplah
berpakain yang lama dan lusuh, kalau bertampung itu lebih afdhal kerana Baginda
Sidnan Nabi bersabda :
Apa yang sedikit tapi mencukupi itu lebih baik dari
yang banyak dan melalaikan. - Al-Jami'us Saghir
1 - Sifat mazmumah : sifat tercela,
seperti pemarah, sombong, riya dll.
2 - jamaknya Dalam istilah sufi
hal/ahwal bererti suatu keadaan maknawi yang berlaku pada diri seorang sufi.
3 - sejenis kain sutera mewah.
Sementelahan pula pakaian ini
termasuk dalam persoalan dunia yang halalnya dihisab dan haramnya diazab,
sepertimana sabda Sidnan Nabi
Barangsiapa meninggalkan pakaian yang indah di dunia
sedangkan dia mampu untuk memakainya, nescaya ALLAH akan menyarungkannya dengan
pakaian kemuliaan di hari kiamat. - Al-Mustadrak Lil-Hakim
Ada beberapa sebab mengapa kaum Sufi
cenderung memilih pakaian bertampung,
antaranya ialah : pakaian sebegini
lebih murah belanjanya, kurang koyaknya, lebih lama dapat dipakai, lebih dekat
dengan sifat tawadhu', tahan lasak, dapat menahan hawa dingin dan panas, orang
jahat tidak cenderung memandangnya serta dapat mencegah pemakai dari kejahatan
dan sifat ego. Diriwayatkan dari Saiyidatina Ummul Mukminin Aisyah W bahawa
beliau berkata :
Kekasihku Saiyidina Rasulullah menyuruhku agar tidak membuang kain
tudungku yang terkoyak ; Baginda menganjurkanku untuk
terus memakai dengan menampalnya.
Dalam satu hadis yang lain Saiyidina
Ibnu Umar meriwayatkan :
Aku pernah melihat Saiyidina Rasulullah menampal baju Baginda, aku juga
pernah melihat Abu Bakar hanya berpakaian sehelai
aba'ah\ aku juga pernah melihat UmarAl Khattab menampal jubahnya dengan
beberapa tampungan.
Diriwayatkan dari Saiyidina Anas bin
Malik j katanya :
Warna yang paling digemari oleh
Saiyidina Rasulullah ialah hijau.
Sesungguhnya pakaian ahli syurga berwarna hijau. -
Al-Jami'us Saghir
Dalam hadis lain Saiyidina Anas
meriwayatkan sabda Saiyidina Rasulullah
:
Pakaian terbaik kamu ialah yang berwarna putih -
As-Sunan Al-Kubro Lin-Nasa'i
Maksud hadis ini ialah pakaian putih
merupakan pakaianmu yang tercantik dan yang paling sesuai dipakai untuk
sekelian manusia.
Kaum Sufi sepakat berpendapat bahawa
sunat hukumnya mengelokkan suara ketika
membaca Al-Quran selagi tidak
menjejaskan makna bacaan, berdasarkan sabda Sidnan Nabi
Hiasilah Al Quran dengan suaramu. - Al-Mustadrak
Lil-Hakim
Sabda Baginda lagi
Sesungguhnya tiap sesuatu ada perhiasannya dan
perhiasan Al Quran itu ialah suara yang merdu. Aj-Jami'us Saghir
Walau bagaimanapun mereka
menghukumkan makruh jika bacaan dilakukan dengan lagu yang terputus-putus.
Mengenai lagu qasidah dan syair pula
Saiyidina Rasulullah pernah
ditanyakan tentangnya, maka sabda
baginda :
Syair adalah kata-kata ; jika baik maka baiklah ia,
jika buruk maka buruklah ia.
Jadi syair yang baik ialah kata-kata
nasihat, hikmah, yang mengingatkan tentang keagungan ALLAH serta mensyukuri
nikmatNya, juga yang menyebut sifat-sifat para solihin dan orang bertaqwa.
Syair-syair begini sunat didengar. Syair yang harus pula ialah kata-kata
mengenai runtuhan desa, kampung halaman, penderitaan jiwa dan kisah umat
manusia. Syair yang haram ialah kata-kata ejekan dan omongan bodoh. Syair yang
makruh ialah gambaran wajah jelita, pipi, bentuk tubuh, alunan rambut dan
apa-apa yang disukai oleh tabiat nafsu. Kecuali bagi seorang alim yang rabbani
(terdidik dan mendidik) kerana dia dapat membezakan antara tabiat (yang normal)
dan syahwat, mampu membezakan antara ilham dan was-was. Alim rabbani ialah
peribadi yang dapat membunuh nafsunya dengan riadhah dan mujahadah, jiwa
manusiawinya telah disucikan dan kepentingan diri telah diungkai. Peribadi
sebegini disifatkan oleh ALLAH sebagai :
Mereka adalah orang yang mendengarkan perkataan lalu
mengikuti mana yang baik - Surah Az-Zumar : 18
Tanda seseorang telah mencapai tahap
ini ialah : pujian dan kejian dirasakan sama, diberi atau tidak tiada berbeza,
dipulaukan atau dikawan sama sahaja. Dikalangan syeikh sufi ada yang pernah
ditanya tentang hukum sama' 1 (mendengar syair), beliau menjawab : "Sunat
hukumnya bagi ahli hakikat, harus untuk ahli ibadah dan orang-orang warak,
manakala untuk orang yang bernafsu rakus maka hukumnya makruh". Sidi
Al-Junaid Al-Baghdadi 2 telah ditanya mengenai sama', jawab beliau : "Apa
jua yang boleh mengarahkan hamba mengadap ALLAH Taala... itu dibolehkan".
Mendengar suara merdu dan nyanyian
yang baik merupakan makanan jiwa dan ini
dibenarkan dalam syariat. Secara
dasarnya suara merdu adalah sesuatu yang dipuji. Firman ALLAH Taala :
ALLAH menambah pada ciptaanNya dengan apa yang
dikehendakiNya. - Surah Fathir : 1
Ada pendapat yang menafsirkan bahawa
yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah suara yang elok dan merdu.
Ada ulama sufi berkata :
"Suara merdu tak dapat memasukkan apa-apa ke
dalam jiwa, namun ia mampu menggerakkan apa yang ada di dalamnya".
Ahli sama' punya tingkatan yang berbeza-beza
terhadap apa yang mereka dengarkan ; ada yang mendengar hingga diselubungi
perasaan takut, atau sedih, atau rindu hingga menyebabkan dia menangis,
mengaduh, menjerit, mengoyak baju, pengsan dan tak tentu hala.
Ada yang mendengar hingga diselubungi
rasa harap, suka dan gembira hingga rasa
terhibur lalu menari, bertepuk
tangan. Dalam satu riwayat dikhabarkan bahawa Nabi Daud akan menari bila merasa ketenangan jiwa.
Diriwayatkan bahawa Saiyidina Ali
berkata :
aku bersama Zaid dan Jaajar datang
mengadap Baginda Nabi Baginda lantas bersabda kepada Jaajar : ((Engkau
menyerupai rupa paras dan budi pekertiku)),
kerana terlalu gembira dengan sabda
Baginda, Jaajar melompat-lompat kegirangan. Baginda kemudian bersabda kepada
Zaid : ((Engkau saudara kami juga kerabat dikalangan kami)), mendengarkan itu
Zaid terlompat-lompat. Baginda kemudian bersabda kepadaku (Ali) : ((Engkau pula
sebahagan dari diriku dan aku sebahagian dari dirimu j), lantas aku pun
terlompat-lompat.
Sidi Abu Ubaidah 1 mendefinasi
kalimat hajala sebagai : mengangkat sebelah kaki kemudian melompat dengan kaki
yang sebelah lagi, kalimat ini kadangkala turut bererti melompat dengan kedua
belah kaki. Yang jelasnya kata kerja ini memberi erti gerakan melompat dan
bukan berjalan.
Dalam keadaan lain ada orang
mendengarkan sama' hingga diselubungi rasa rindu yang mendalam terhadap apa
yang disebut dalam qasidah atau syair itu. Rasa rindu ini mendorongnya secara
spontan bangun dari duduknya umpama seorang perindu ingin pergi kepada kekasihnya
; bilamana mendapati ia tak mungkin sampai kepada yang dirindui dia
berulang-ulang duduk- bangun dan berputar-putar ditempatnya. Ini mungkin
terjadi apabila berlakunya hal ulang-alik antara jasad dan roh waktu mendengar
sama' . Ini kerana jasad itu sifatnya rendah ; tercipta dari tanah, roh pula
rohaniah yang tinggi ; tercipta dari kegembiraan, dengan itu roh naik ke
alamnya
dan jasad pula turun ke tempatnya
hinggalah keadaan menjadi tenang. Kadang-kadang kaum sufi melakukan perkara
tadi kerana perasaan gembira dan kelapangan jiwa waktu mendengar sama', ini
tidak dilarang cuma ia bukanlah sifat golongan muhaqqiqin.
Dihikayatkan bahawa Sidi Abdullah
Ahmad Bin Atha' Ar-Rouzbari berkata :
"Rahsia orang
yang jujur mendengar sama' tiga perkara : kenal ALLAH, setia dengan janji
padaNya, dan menghimpun hemah." Tempat majlis sama' diadakan haruslah
berbau harum, terhormat, tidak
Mendengar sama' itu hendaklah dengan
tiga makna : mendengar dengan mahabbah,
mendengar dengan takut, mendengar
dengan harap.
Gerakan yang berlaku waktu mendengar
sama' itu ada tiga jenis : pertama kerana jiwa terhibur, kedua kerana wajd ketiga kerana khauj (takut). Jiwa rasa
terhibur itu ada tiga alamat : menari, bertepuk tangan dan gembira Wajd ada
tiga alamat : pengsan, kebimbangan hati dan jeritan. Khaufa.d& tiga alamat
: tangisan, menampar diri dan pekikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan