Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan
dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut
melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk
membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah
seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini
kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak
ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa
tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi
hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping
wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul
Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari
satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi".
Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.
Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu
hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya
setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat
terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya.
Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.
Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid
mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul
Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja
pintu tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid
dengan kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali
dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu
tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan
pakaian lain yang diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan
solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah
tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata
"wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil".
Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh
hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan
takjub sekali.
Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari
air disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau
berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh
spertinya tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai
berdoa Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah
menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan
untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut asing
baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas tindakannya dan dalam
keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang
dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu
ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda
tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang pasir ini
wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya,
bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada
orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi
"janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid
mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang
berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat
ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah
dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang
berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan berkata
didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi hanya beberapa mini sahaja
perjalannya kemari.
Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada
Abdul Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba
mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid
menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa
menuggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan
dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan
dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya
mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa
Abdul Wahid makan dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya
berkata kepada Adul Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan
tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan
solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti
malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan
kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya
berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".
Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan
berjalan dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba
dihadapan rumah Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid
"betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah Taala" jawab Abdul
Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan kepada batu penyendal pintu
dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan
bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu
Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut
bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang
berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.
Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya
yang menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang
sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak
perumpuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam
anyahnya tidak balik kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana
mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid
dengan perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah
hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya
terkeluar dan dia jatuh pingsan.
Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat
kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada
disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan
marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus.
Abdul Wahid merasa kesal diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan
mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya.
Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit
serta mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya
sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah
berdoa, matanya kembali sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil
tangan anak Abdul Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu.
Tidak lama kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala.
Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan
melihat keajaiban yang telah berlaku.
Bagitulah adik-adik besarnya darjat orang yang taat dan
patuh kepada perintah Allah dan dia telah memperolehi darjat dan kemulian dari
Allah Subhanahu Wataala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan