Catatan Popular

Khamis, 28 Julai 2016

KITAB ADABUL MURIDIN : [8] MAQAM HAMBA DI HADAPAN ALLAH



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]

Istilah maqam (dalam literasi tasawur) bererti pencapaian atau darjat hamba dihadapan ALLAH Taala dalam beribadah kepadaNya. Firman ALLAH Taala :

Tiada seorang pun di antara kami (malaikat) melainkan mempunyai
kedudukan yang tertentu. - Surah As-Saffat : 164

Tingkatan maqam yang dimaksudkan ialah seperti berikut :-

Permulaan maqam ialah kesedaran ; ertinya menginsafi diri dari kelalaian terhadap
ALLAH. Kemudian taubat ; ertinya kembali kepada ALLAH (setelah menginsafi kelalaian) dengan kekal menyesali dosa serta banyak beristighfar. Kemudian inabah ; ertinya merubah diri dari lalai kepada zikir mengingati ALLAH. Ada pendapat mengatakan taubat ertinya rasa gerun (dengan ancaman Allah), inabah ertinya keinginan untuk kembali kepada ALLAH. Pendapat lain mengatakan : taubat pada yang zahir, inabah pada yang batin.

Seterusnya warak ; ertinya meninggalkan yang syubhat (tak jelas halal haramnya).
Kemudian muhasabatun nafs ; ertinya mengkoreksi diri apakah meningkat atau menurun, apakah yang bertambah kebaikan atau kejahatan. Kemudian iradah ; ertinya terus beramal tanpa rehat. Kemudian zuhud ; ertinya meninggalkan kenikmatan dunia yang halal, menjauhi dunia dan segala syahwatnya. Kemudian faqr (fakir) ; ertinya tidak memiliki matabenda dunia serta mengosongkan hati dari apa yang tak tercapai oleh tangan. Kemudian jujur ; ertinya : zahir dan batin sama sahaja. Kemudian at-tasobbur (menahan sabar) ; ertinya menguatkan diri menempuh
segala rintangan dan menelan kepahitan. Menahan sabar merupakan maqam terakhir bagi golongan murid.

Selepas maqam at-tasobbur meningkat pula ke maqam sabar ; ertinya tidak mengadu dalam menanggung kepedihan. Kemudian redha ; ertinya : rasa manis dengan ujian. Kemudian ikhlas ; ertinya dalam beramal tidak nampak lagi makhluk, tujuannya hanya kerana ALLAH. Kemudian tawakkal kepada ALLAH ; ertinya bergantung semata-mata kepadaNya, sama sekali tidak mengharap selainNya.

Tiada ulasan: