Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthami;
“Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?”. Abu Yazid menjawab: “Diri saya telah
hilang(fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang”.
**Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah
kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dengan katanya: “Buangkanlah
diri kamu.
Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang
melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu
segala-galanya”.
Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini
dengan katanya; Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya
dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat
memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat
berkata apa-apa.
Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu
beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera.
Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga
Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga.”
**Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf kepada
golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan
kata-kata beliau seperti berikut: Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah)
sebelum melalui fana(hapus diri) Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan
‘mematikan diri’ ialah kesufian. Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada
Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang
cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan