AL IMAM AL
ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT
SUHRAWARDIYAH]
Dalam soal kefakiran dan kekayaan
kaum Sufi sepakat menyatakan bahawa kefakiran jika disertai sifat redha itu
lebih afdhal dari kekayaan, sebab itulah ia menjadi pilihan Baginda Sidnan Nabi dan ini jualah yang dianjurkan oleh Malaikat Jibril tika Baginda
ditawarkan dengan seluruh anak kunci perbendaharaan bumi tanpa sedikitpun mengurangi
ganjaran di sisi ALLAH walau sebelah sayap lalat. Diceritakan didalam hadis
bahawa Saiyidina berkata kepada baginda :
..."Tawadhu'-lah tuan (dengan
tawaran ini)", maka sabda Baginda Nabi :
"Ya ALLAH, hamba ingin lapar sehari, kenyang
sehari. Bila lapar dapat hamba mengadu padaMu, bila kenyang dapat hamba
bersyukur dan memuji-mujiMu" '.-At- Tirmiii : 9/209
Inilah hujjah yang dipakai oleh
mereka yang menolak bila ditawarkan dunia. Dan lagi sabda Sidnan Nabi :
Ya ALLAH, hidupkan aku sebagai orang
miskin, matikan aku sebagai orang miskin dan bangkitkan aku di Padang Mahsyar
bersama golongan miskin.
Menjadi satu penghormatan besar dan
kebanggaan yang tiada taranya kepada golongan miskin kalau yang Baginda doakan
ialah golongan miskin dibangkitkan bersama Baginda, tapi yang berlaku ialah
sebaliknya ; Baginda berdoa minta dibangkitkan bersama mereka!
Jika orang lain menyanggah perkara
ini dengan sabda Sidnan Nabi
Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah
. - Musnad Imam Ahmad
Tangan yang diatas ialah tangan yang
memberi, tangan yang dibawah ialah tangan yang menerima.
Maka jawapannya ialah ; tangan yang
diatas mendapat kemuliaan jika memberi apa yang dimiliki, tangan yang dibawah
jatuh nilainya apabila menerima pemberian. Melalui fadhilat bersedekah dan
sikap pemurah dapat dilihat kelebihan fakir, maksudnya jika memiliki harta
merupakan sesuatu yang terpuji maka sudah tentu melepaskan harta dengan
bersedekah menjadi sifat yang tercela. Dapat difahami bahawa mengutamakan kekayaan
dengan alasan untuk memberi dan berkorban ibarat mengutamakan maksiat dari
ketaatan demi mengejar fadhilat taubat. Sesungguhnya taubat menjadi fadhilat
kerana dengannya maksiat yang keji dapat
ditinggalkan, begitulah keadaannya
dengan berkorban harta ; tujuannya ialah untuk membuang mata benda yang
melalaikan dari ALLAH Azza Wajalla.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan