AL IMAM AL
ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT
SUHRAWARDIYAH]
Jawapan para syeikh sufi (mengenai
definisi tasawuf) berbeza berdasarkan latar belakang soalan itu sendiri. Setiap
syeikh menjawab berdasarkan ehwal dirinya, atau dengan sekadar yang mampu
difahami oleh yang bertanya ; kalau yang bertanya masih seorang murid maka
jawapannya berdasarkan zahir mazhab sufi dibidang muamalat, jika yang bertanya
telah berada ditahap pertengahan maka jawapannya berdasarkan ahwal... jika yang
bertanya seorang arif maka jawapan yang akan diberi berdasarkan hakikat.
Apapun jawapan ahli sufi yang paling
zahir ialah : Permulaan tasawuf adalah ilmu,
pertengahannya amal dan
penghujungnya kurniaan (dari Allah). Ilmu akan menyuluh jalan, amalan membantu
untuk mencapai tujuan, sedangkan kurniaan (dari ALLAH di hujungnya) akan
menyampaikan kepada apa yang dicita.
Ahli tasawuf terbahagi kepada tiga
golongan :
• pertama
golongan murid yang sedang menuntut
muridun thalib
• kedua
golongan pertengahan yang sedang menempuh perjalanan Jaujla
mutawassithun
saa'ir
• dan yang
ketiga golongan yang telah sempurna lagi sampai (kepada Allah) -
muntahin
washil.
Maka murid itu empunya waqt (waktu
semasa), yang pertengahan empunya hal, yang muntahi (telah sempurna dan sampai)
empunya nafas ; perkara yang paling utama disisi mereka ialah menghitung nafas.
Golongan murid diberati dengan
kewajiban-kewajiban dalam memenuhi tuntutannya,
golongan pertengahan
dipertanggungjawab untuk memenuhi tuntutan adab pada setiap peringkat yang
menjadikan warna dirinya berubah-ubah berdasarkan peningkatan dari satu maqam
ke satu maqam yang lain, yang menjadikan pencapaian golongan pertengahan akan
terus meningkat.
Golongan yang telah sempurna pula
adalah golongan yang dijamin kerana mereka telah melepasi semua maqam,
kedudukan mereka adalah terjamin dan takkan terkesan dengan sebarang keadaan
maupun bencana yang menimpa. Kedudukan ini diistilahkan sebagai at-tamkin (yang
tak tergoyah) sepertimana diibaratkan ketika peristiwa Zulaikha mempamerkan
Nabi Yusufkepada wanita-wanita bangsawan ; semua hadirin terpesona hingga
memotong jari-jemari sendiri, namun Zulaikha sedikit pun tak tergoyah disitu
kerana dia telah mencapai darjat tamkin
terhadap Yusuf, sedangkan realitinya
dikalangan wanita-wanita itu dialah yang paling tergila- gilakan Yusuf.
Dengan itu dapatlah difahami bahawa
peringkat murid penuh dengan mujahadah
melawan kehendak nafsu, menanggung
beban, meneguk kepahitan, menolak tepi segala kepentingan diri serta kelazatan
yang diingini nafsu. Peringkat pertengahan umpama menongkah gelora di lautan
demi mencapai tujuan, memelihara kejujuran diri dalam semua keadaan serta
menjaga adab dalam setiap maqam yang dicapai. Manakala di peringkat
kesempurnaan adalah peringkat sedar dan waras serta tamkin, berinteraksi dengan
ALLAH Taala yang Maha Benar dalam situasi apa pun. Di peringkat kesempurnaan
ini bagi seorang sufi susah dan senang adalah
sama, diberi atau tidak, berteman
mesra atau dipulaukan semuanya sama tak berbeza reaksinya. Makan atau lapar
sama, tidur atau jaga sama ; kepentingan dirinya sudah sirna, yang kekal adalah
apa yang diwajibkan keatasnya, zahirnya bersama makhluk batinnya bersama ALLAH.
Semuanya itu adalah dicontohi dari
ehwal kehidupan junjungan Sidnan Nabi <^ *M dan para sahabatnya ;
diperingkat awal baginda khalwah (menyendiri) di Gua Hira', kemudian baginda
bergaul dengan manusia ; dimana tiada beza lagi disisi Baginda antara khalwah
dengan jalwah (bersama makhluk). Begitu juga dengan para sahabat ahli suffah
sesudah mencapai ehwal tamkin mereka menjadi para penguasa dan pentadbir ;
waktu itu bergaul dengan manusia tidak lagi memberi kesan terhadap jatidiri
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan