Catatan Popular

Khamis, 28 Julai 2016

KITAB ADABUL MURIDIN : [7] BUDI PEKERTI SUFI



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]

Ummul Mukminin Saiyidatina Aisyah pernah ditanya mengenai budi perkerti
Saiyidina Rasulullah  maka beliau pun menjawab : pekerti Baginda adalah Al Quran.  - Musnad Imam Ahmad

Firman ALLAH Taala :

Ambillah kemaajan, suruhlah berbuat kebaikan dan janganlah dilayan kaum yang jahil. - Surah Al-A'raaf : 199

Sabda Sidnan Nabi :

Maukah aku khabarkan kepadamu siapakah yang paling kucintai dan paling dekat kedudukannya denganku di hari kiamat nanti ? Kata para sahabat : Mau ya Rasulullah. Baginda pun bersabda : "Yang paling baik akhlaknya, baik pergaulannya, mesra dengan orang dan orang pun mesra dengannya. " - Al-Jami'us Saghir

Sabda Sidnan Nabi

Akhlak buruk adalah kecelakaan, orang yang paling jahat dikalangan kamu ialah yang paling buruk akhlaknya. - Al- Jami'us Saghir

Sidi Abu Bakar Al-Kattani berkata : "Tasawuf adalah akhlak ; siapa yang dapat
meningkatkan akhlakmu bererti dia telah menambah nilai tasawumiu."

Diantara budi pekerti ahli sufi ialah : lemah lembut, tawadhuk, memberi nasihat, belas kasihan, menanggung kesusahan, sepakat, ihsan, pandai melayan karenah, mengutamakan orang lain, berkhidmat, mesra berwajah manis, murah hati, /utuwwah (kesatriaan), mengorbankan kedudukan, menjaga maruah, berkasih sayang, dermawan memberi tanpa mengharap balasan, bermesra memberi maaf, melupakan kesalahan orang, pemurah, setia, malu, berlemah lembut, berwajah gembira bersahaja, tenang, wibawa diri, berdoa, memuji pada tempatnya, berbaik sangka, memandang diri sebagai tiada apa, memuliakan saudara mengagungkan para syeikh, mendoakan kebaikan untuk yang kecil dan besar, memandang remeh kebaikan yang dilakukan untuk orang lain serta memandang besar kebaikan orang untuknya.

Sidi Sahl Bin Abdullah  telah ditanya mengenai akhlak, beliau menjawab :

 "Akhlak yang paling bawah ialah sanggup menanggung kesusahan, meninggalkan balasan dari kebaikan yang dilakukan, mengasihani orang yang berbuat zalim serta mendoakannya."



Inilah dia budi pekerti ; akhlak sufi sejati, bukan seperti golongan yang mendakwa-dakwi dirinya sufi ; golongan yang menamakan ketamakan mereka sebagai "minta tambah", tidak beradab dikata "ikhlas", berbuat batil dikata "melatah", sedap-sedap membuat mazmumah dikata "baik", mengikut hawa nafsu dikata "ujian", mencari dunia dikata "sudah mencapai maqam", buruk perangai dikata "serangan balas", bakhil dikata "hemat", jahat mulut dikata "menegur"... Ini semua tiada kaitan langsung dengan perjalanan ahli sufi.

Satu hari Sidi Abu Yazid Al-Busthami 1 mengajak temannya : "Ayuh, mari pergi kepada si anu yang mempromosi kezuhudan dirinya". Ketika sudah hampir mereka mendapati orang yang dimaksudkan sedang keluar dari rumah mahu menuju ke masjid. Dari jauh Sidi Abu Yazid memerhatikan orang itu meludah ke arah kiblat. Beliau terus berkata kepada temannya : "Orang ini satu dari sekian banyak adab syariat pun tidak dijaga, lalu apakah dakwa dirinya mencapai maqam kewalian itu terjamin jujurnya?!" Sidi Abu Yazid berpatah balik dan langsung tidak menyapa lelaki itu.

Tiada ulasan: