Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2021

KITAB IMAM AL QURTHUBI : FASAL KEMATIAN BAB 11 - TALQIN KALIMAH 'LAILLAHAILLALLAH'

Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat"

Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa'id al Khudri bahawa Rasulullah telah bersabda "Talqinkan orang-orang yang telah mati diantara kamu dengan kalimah Laillahaillallah". Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dari Zaid bin Aslam dari Saidina Othman ibnu Affan ra bahawa Rasulullah saw bersabda " Apabila sesorang sedang menghadapi ajal kematiannya, talqinkan ia dengan kalimah Laillahaillallah. Kerana setiap hamba yang pada akhir hidupnya membaca kalimah tersebut nescaya pekara itu merupakan bekalan menuju ke Syurga ". Dalam riwayat Abdurazaq dan Ibnu Abu Syaibah, Saidina Umar al Khathab ra berkata, "Saksikanlah orang-orang yang hendak meninggal dunia diantara kalian dan talqinlah mereka dengan kalimah Laillahaillallah serta ingatkanlah mereka kerana mereka boleh melihat apa yang tidak dapat kamu lihat (dikala itu)".

Telah diriwayatkan sebuah hadis gharib oleh Abu Nu'aim dari Makhul dari Ismail bin Ayyasy bin Abu Mua'dz @ Utbah bin Humaid dari Watsilah ibnu Asqa' bahawa Nabi saw bersabda "Saksikanlah orang-orang yang hendak meninggal dunia diantara kamu, mintalah mereka membaca kalimah Laillahaillallah dan berilah kabar gembira dengan syurga, kerana orang yang bijaksana sekalipun akan bingung pada saat itu, syaitan sangat dekat dengan manusia. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman kekuasaan Nya, pandangan mata Malaikat Maut itu lebih dahsyat sakitnya daripada 1000 kali libasan pedang dan demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman Nya, tidaklah keluar nyawa sesorang hamba dari dunia sehingga ia merasakan kesakitan pada sekujur tubuhnya."


KETERANGAN:

Menurut Ijma Ulama-ulama ASWJ, membacakan kalimah Talqin itu hukumnya Sunat Ma'taur (sunat yang sangat perlu) kerena seriusnya Rasulullah dan para Sahabat-sahabat baginda memerintahkan akan perlaksanaannya kepada umat Islam semua bahkan sekarang telah menjadi budaya Umat Islam sebelah sini mengamalkannya. Ia adalah kerana untuk menjadikan kalimah terakhir yang diucapkannya ialah Laillahaillallah (tiada Tuhan selain Allah) supaya dia mendapat kebahagiaan diakhirat dan juga supaya ia termasuk golonggan yang disebut oleh Nabi saw dengan sabda "Barangsiapa yang menucapkan kalimah terakhir dengan Laillahaillallah, maka ia masuk syurga". Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Mu'adz bin Jabal yang dinilai sebagai hadis sahih oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq. Hendaklah orang yang sedang menghadapi ajal itu sentiasa diingatkan sesuatu kalimah yang dapat menhalau Syaitan dan Iblis yang ingin membatalkan akidahnya.

Apabila orang yang sedang menghadapi ajal atau sedang nazak tersebut sudah membaca kalimah talqin atau shadatai yang diajarkan kepadanya SEKALI, janganlah ia digesa lagi untuk mengulangi berkali-kali membacakannya kerana mengurangkan tekanan kepadanya yang tentunya sedang gelisah disaat itu. Menurut Ulama ia sudah memadai dengan satu ucapan sahaja dan jangan digesa dan diasak berulang-ulang kali kerana ia mambinggungkannya. Cukup hanya dengan sekali ucapan sahaja dan kamu bercerita kehebatan syurga serta nama-nama agung Allah dengan keindahan supaya mendatangkan ketenangan dan sangkaan baik terhadap Allah swt. Menurut Ibnu Mubarak yang mengatakan "Talqinlah orang yang akan meninggal dunia dengan kalimah Laillahaillallah. Dan jika ia telah mengucapkannya maka biarkanlah dia ". Hadis ini telah dikemukakan oleh al Baghawi dalam 'Syarah as Sunnah' dihalaman (v/296).

Menurut pendapat Abu Muhammad @ Abdul Haq "Jika ia terus didesak untuk mengucapkan kalimah tersebut, padahal ia telah pun mengucapkannya, dikuatiri akan membuatkannya merasa gelisah lalu peluang ini akan dimanafaatkan oleh syaitan hingga menyebabkan ia akan mendapat 'sa'ul khatimah' (kesudahan yang buruk) pula". Demikianlah yang diarahkan oleh Ibnu Mubarak untuk diperhatikan. Berkata al Hasan "Ibnu Mubarak pernah berpesan kepadaku "Talqinlah aku dan jangan kamu ulang-ulangi kecuali aku sudah berbicara hal yang lain". Tujuan bertalqin itu ialah supaya seseorang yang hendak meninggal dunia itu hatinya hanya ingat Allah sahaja. Jadi masaalah sebenar ialah berpusat kepada HATI. Hati yang ingat Allahlah yang dititikberatkan kerana amalan itulah yang membawa keselamatan. Selanjutnya akan dibentangkan kemudian.

Pendapat lain ialah talqin boleh juga dengan cara membacakan hadis-hadis yang berkaitan akan pekara ini supaya ia faham tuntuan sunah Nabi keatasnya. Sebagai contoh jika orang yang hendak meninggal itu merupakan seorang Ulama besar, Imam, Khadi yang telah faham kedudukan Talqin itu, kita cuma mengingatkannya sahaja. Seperti yang telah diceritakan oleh Abu Nu'aim seperti berikut, " Pada waktu itu Abu Zara'ah sedang menghadapi ajal yang ditemani oleh Abu Hatim, Muhammad bin Salamah, al Munzdir bin Syadzan dan beberapa ulama lain lagi. Mereka berkata berkenaan hadis tentang Talqin dan mereka berharap Abu Zara'ah masih hidup dan mendengarkannya. Mereka berkata 'kawan-kawan mari kita saling mengingatkan hadis berkenaan talqin'. Muhammad bin Salamah memulakan bicara "Aku mendengar dari Adh Dhahhak bin Mukhlidm dari Abu Ashim dari Abdul Humaid bin Jaafar dari Shaleh bin Abu Gharib"...sampai disitu mereka semua pun terdiam. Tiba-tiba dengan suara yang berat Abu Zara'ah pun berkata ' Aku pernah mendengar dari Abu Ashim dari Abdul Humaid bin Jaafar dari Shaleh bin Abu Gharib dari Katsir bin Marrat al Hadhrami dan dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang terakhir kali dalam hidupnya mengucapkan kalimah Laillahaillallah, maka ia masuk syurga." Didalam satu riwayat yang lain menyebutkan '...Allah mengharamkan ia masuk neraka ." Habis sahaja dia membaca hadis-hadis itu, Abu Zara'ah pun pulang kerahmatullah. Semoga rohnya dirahmati Allah swt.

Menurut cerita daripada Abdullah bin Stabramah katanya "Suatu hari aku bersama dengan Amir asy Syu'ib, kami melawat orang sakit yang sudah sangat dekat ajalnya. Kami dapati ada seorang yang sedang menalqinkannya supaya ia membaca kalimah Laillahaillallah dengan diulang-ulang . Maka asy Syu"ib pun menghampiri orang itu dan berkata "Tolong kesiani dia". Tiba-tiba orang yang sakit itu bangkit seraya berkata "Samaada kamu talqinkan aku atau tidak, aku tidak pernah meninggalkan kalimah takwa itu, Allah berfirman "Allah mewajibkan kepada mereka kalimah takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan memilikinya". (Surah al Fath ayat 26.), melihat keadaan itu asy Syu'ib pun berkata "Segala puji bagi Allah yang berkenan menyelamatkan sahabat kita ini ." Telah juga diceritakan bahawa ketika al Junaid sedang menghadapi maut telah diminta untuk mengucap shadah tetapi telah dijawab olehnya "Aku belum lupa dan aku akan terus ingat".

Mejoriti pendapat Ulama mengatakan adalah amat perlu diingatkan kalimah shadatai ini walaupun orang itu dalam keadaan sedar ataupun sangat faham dan maklum. Telah diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nu'aim dari Makhul dari Watsilah ibnu Asqa' bahawa Nabi saw bersabda "Hadirlah pada orang yang hendak meninggal dunia dan mengingatkannya kembali kepada kalimah shadatai Laillahaillallah. Berikan mereka kabar gembira dengan syurga kerana pada keadaan hampir maut itu orang bijaksana baik lelaki mahupun wanita akan kebingungan dan syaitan sangat dekat dengannya. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, pandangan malaikat maut itu lebih dahsyat dari libasan 1000 pedang. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, setiap nyawa seorang hamba yang keluar dari dunia ini akan merasakan kesakitan pada sekujur tubunya."

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah telah bersabda "Malaikat naut menghampiri seseorang dan akan melihat kedalam hati orang itu, jika tidak ditemui apa-apa maka dia akan memeriksa janggut dan didapati hujung lidah orang itu sedang bergerak mengucapkan kalimah Laillahaillallah. Ia kemudiannya diampunkan berkat kalimah agung itu".


Tiada ulasan: