Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2021

KITAB IMAM AL QURTHUBI : FASAL KEMATIAN BAB 14 – HURU HARA SHAKARATULMAUT

Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat

Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)


Telah disebutkan sebelum ini sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Janganlah kamu mengharap-harap kematian kerana huruhara kematian itu amatlah dahsyat." Ketika Saidina Umar al Khathab ra telah ditikam, seorang sahabat berkata kepadanya "Aku berharap semoga kulitmu tidak disentuh api Neraka" Sejenak kemudian Saidina Umar memandang kepadanya dan berkata "Sesungguhnya orang yang kamu anggap tertipu memang orang yang tertipu. Demi Allah, andainya aku punya apa yang ada dimuka bumi ini untuk menebus dahsyatnya huruhara maut".

Abu Darda mengatakan "Ada tiga jenis manusia yang membuat aku tertawa dan tiga pekara yang membuat aku menangis sedih. Tiga jenis manusia yang membuat aku tertawa lucu ialah orang yang masih mengangan-angankan dunia sedangkan ia sedang diburu oleh maut, orang yang lalai tetapi tidak merasa dirinya lalai dan orang yang tertawa kuat namun dia tidak tahu adakah Allah mereadhainya atau murka kepadanya. Semantara tiga pekara yang membuat aku menangis sedih ialah berpisah dengan orang-orang tercinta seperti Muhammad dan Sahabat- sahabatnya, menghadapi huruhara kematian dan berdiri dihadapan Allah pada hari semua yang tersembunyi akan terbuka dan aku tidak tahu nasibku kesyurga atau neraka ".

Diriwayatkan oleh Muhammad dari Anas bin Malik bahawa ia berkata "Mahukah kamu aku ceritakan tentang dua jenis hari dan dua jenis malam dimana seluruh makhluk belum pernah mendengarkannya. Iaitu hari pertama ketika kamu didatangi malaikat pembawa kabar dari Allah yang mungkin membawa redhaNya atau murka Nya. Kedua hari ketika Tuhanmu menyerahkan buku catitan amalan kepadamu samaada kamu menerima dengan tangan kananmu atau tangan kirimu. Kemudian malam pertama kamu mendiami alam kubur yang belum pernah kamu diami selama ini dan malam kedua ialah malam yang esoknya terjadi hari kiamat.



KETERANGAN:


Demikianlah gambaran huruhara dari saat kematian dan terusnya hingga hari dibangkitkan semula seluruh manusia. Tiada lagi kesukaan seperti didunia yang fana ini. Tiada lagi masa untuk kamu beristirehat, bersantai, berkelah, bersukaria seperti didunia ini. Dari semenjak malaikat maut sampai dihadapanmu seterusnyalah kamu akan menderita selama-lamanya dek sebab kelalaian kamu semasa didunia ini. Semuanya azab sengsara yang kamu lalui saban hari malam dan siang yang panjang. Sesak nafas mengenangkannya, sedih pilu dibuatnya, keluh kesah tiada hentinya, kekasalan yang terlampau lara hingga tiada ruang lagi untuk mu bergerak sedikit pun. Hanya kemurkaan Allah saja yang kamu dengar hingga tercabut telingamu, kerana semasa didunia kamu tidak mahu mendengar nasihat, tidak mahu mengambil iktibar kejadian yang lalu. Sudah tebal telingamu, sudah tersumbat cupingnya kerana lalai dengan hiburan dan mendengar pekara-pekara mungkar. Maka kemurkaan itu ialah jeritan didalam kubur yang tidak tertahan dan tidak sanggup kamu dengar tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Tangan mu terkunci sudah, maka dikala itu dengarkanlah sepuasnya, ya sepuas- puasnya...!!


Tiada ulasan: