Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat
Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)
NABI MUHAMMAD saw telah bersabda "Sesungguhnya ketika seorang hamba itu akan meningal dunia, ada dua ekor syaitan yang akan duduk dekat dengannya, satu disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Syaitan yang disebelah kanan menjelma seperti ayahmu dan berkata kepadamu 'Wahai anakku... aku sangat sayang dan cinta kepadamu, kerana itu matilah kamu dengan memeluk agama Nasrani yang merupakan agama yang terbaik diantara semua agama yang ada'. Kemudian syaitan disebelah kirimu menjelma menjadi ibumu dan berkata kepadamu ' wahai putraku...akulah yang telah mengandungkan kamu, menyusukan kamu dan membesarkan kamu, kerana itu matilah kamu dengan memeluk agama Yahudi yang merupakan agama yang terbaik dari semua agama yang ada. Riwayat ini telah diucapkan oleh Abu Hasan al Qasi dalam Ulasan Risalah Ibni Abi Zaid.
Dari sanad riwayat yang diperkatakan oleh Abu Hamid dalam kitabnya bertajuk "Kasyfu Ulum al Akhirat" katanya "Ketika nyawa sesorang akan dicabut datang berbagai fitnah kepadanya. Iblis memerintahkan kepada anak buahnya (syaitan) untuk mengoda. Mereka mendatangkannya dengan menjelma sebagai wajah orang-orang tercinta yang sangat dihormati seperti ayah, ibu, kakak, adik, sahabat dan sebagainya. Mereka mengatakan 'Sebentar lagi kamu akan mati, hai sipulan dan kami telah mendahuluimu. Matilah kamu sebagai orang yang beragama Yahudi kerana ia adalah satu-satunya agama yang diterima disisi Allah'. Jika kamu berpaling dan menolak ajakan itu, datang lagi anak buah Iblis yang lain dan berkata 'matilah kamu dengan memeluk agama Nasrani kerana ia adalah agama Isa al Masihi yang menghapuskan agama Musa'. Kemudian mereka akan menceritakan akidah seluruh agama. Disaat itulah Allah akan memalingkan orang-orang yang dikehendakiNya (untuk disesatkan) sesuai dengan maksud surah Ali Imran ayat 8 yang mafhumnya ;
"Ya Yuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau".
Dengan lain perkataan, "Janganlah Engkau goyangkan iman dihati kami disaat menghadapi kematian, setelah sebelum itu Engkau kurniakan kepada kami petunjuk ".
Jika Allah menghendaki hambanya mendapat petunjuk serta kemantapan, ia akan didatangkan rahmat. Ada yang mengatakan yang dimaksudkan dengan rahmat itu ialah hadirnya Malaikat Jibril as, sehingga syaitan itu semua lari dengan wajah pucat lesi dan ia pun tersenyum. Tidak banyak orang yang dilihat tersenyum ketika akan meninggal dunia kerana ia rasa gembira atas kedatangan Malaikat Jibril as yang diutus Allah. Malaikat Jibril pun bertanya "Wahai sipulan, kamu kenal aku ? Aku ialah Jibril dan mereka itu tadi adalah syaitan yang menjadi musuh-musuh mu. Matilah kamu dengan tetap setia dengan agama Islam yang hanif (suci murni) dan syariatnya yang agung. Disaat itu tiada yang lebih mengembirakan seseorang mukmin selain dengan kehadiran bantuan Malaikat Jibril as. Inilah yang dimaksudkan didalam firman Allah "..dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana Engkaulah Maha Pemberi kurnia".
CATITAN PENULIS :
Disini, izinkan saya mencelah. Sebenarnya tidak semua mukmin yang akan dapat pertolongan kehadiran Malaikat Jibril as kecuali orang-orang pilihan Allah sahaja seperti golongan Rasul-rasul, Nabi-nabi, Wali-wali dan sedikit dari golongan pilihanNya sahaja. Bukan semua orang akan didatangkan pertolongan Allah seumpama itu. Itulah sebabnya mengapa didalam Pengajian Tarikat dan Sufiah dititikberatkan pengambilan Ijazah atau Mubaiah atau dengan nama yang lebih tepat disebut Talqin. Talqin adalah ucapan 2 kalimah shadatai yang biasa didengar, cuma bezanya didalam Pengajian Sufi, Talqin itu mempunyai rantaian kesanambungan ilmu dari Rasulullah saw kepada sahabatnya, kepada walinya, kepada imamnya dan kepada guru-gurunya hingga ketangan kamu. Ia juga dikenali dengan nama rantaian Wasilah dan Rabitah. Dengan adanya kekuatan rantaian inilah tiada mana-mana jin, syaitan dan Iblis yang akan hadir mengganggu kamu kerana yang akan hadir membantu kamu dikala shakaratulmaut ialah wali-wali dan guru-guru penjaga kamu itu. Begitulah pentingnya talqin yang berwisilah dan berabitah didalam pengajian sufi ini. Ini hanya salah satu bentuk bantuan, sedangkan banyak lagi bentuk bantuan ghaib yang kamu perlukan semasa kamu hidup , disaat akan mati, sesudah mati, dihari kiamat, dihari kebangkitan dan diakhirat nanti. Disemua peringkat itu kamu perlukan kekuatan dan bantuan terutama dari Rasulullah saw itu sendiri. Tidak akan mungkin kamu mampu menghadapinya berseorangan tampa keistemawaan yang Allah kurnia dan keistimewaan itu ada pada mereka-mereka yang telah terpilih itu. Cantuman kekuatan itulah yang kamu perlukan bagi berhadapan dengan musuh-musuh kamu yang paling nyata itu. Inilah peperangan yang sebanarnya. Itulah sebabnya saya membebel, bising dan asek cakap pasal talqin, baiaah, ijazah, wasilah, rabitah kepada kamu semua, tak lain tak bukan untuk selamatkan diri kamu sendiri sekarang ini, bukannya tunggu masa nak mati esok. INILAH ANTARA RAHSIA TERBESAR SUFIAH YANG TERSEMBUNYI, IAITU KEKUATAN BATIN DAN ROHINIAH KAMU SENDIRI YANG BERCANTUM-CANTUM DENGAN KEKUATAN YANG TELAH DIBERI KEKUATAN DARI ALLAH SWT. Fikirkan mana lebih baik pergi beperang seorang diri atau beramai-ramai itu lebih baik ? Ada ke orang berperang seorang diri ? Siapa yang akan menang, berseorangan atau berkumpulan ? Diharap ini akan memberi kefahaman kepada anda semua.
Seterusnya didalam Manaqib al Imam Ibnu Hambal mukasurat 407 karya Ibnu Jauzi. Maka Abdullah bin Ahmad bin Hambal berkata "Ketika menjelang wafatnya ayahku, aku menyapu peluh dijanggutnya dengan kain. Tiba-tiba ia sedar dari pingsan, sambil dia mengerak-gerakkan tangannya ia berkata 'Jangan, aku tak mahu. Jangan, aku tak mahu'. Setelah dia tenang, aku pun bertanya 'Ayah kenapa ?, Apa yang ayah nampak ? ' Ia menjawab 'Tadi aku melihat syaitan berdiri tepat didepan ku, sambil menggigit jariku, ia berkata 'hai Ahmad, ayuh ikut aku.' lalu aku jawab 'Jangan, aku tidak mahu. Jangan, aku tidak mahu'. Sampai aku hampir mati ". Imam Abu Abbas @ Ahmad bin Umar al Qurthubi menceritakan pengalamannya sewaktu ia berada diperbatasan (sempadan) Kota Iskandariah, ia berkata "Suatu hari aku menjenguk guruku Abu Jaafar @ Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al Qurthubi yang sedang dalam keadaan nazak. Ketika seseorang menalqinkannya dengan kalimah Laillahaillallah, ia terus manjawab "Tidak...tidak ". Setelah ia sedar aku menghampirinya dan menceritakan keadaan itu padanya, lalu ia berkata " Tadi ada dua ekor syaitan menghampiri ku dari sebelah kanan dan kiri. Seekor berkata "marilah memeluk agama Yahudi kerana ia adalah agama baik. dan seekor lagi mengajak untuk memeluk agama Nasrani kerana ia adalah agama terbaik, lantas aku menolak dengan mengatakan Tidak..tidak ".
Didalam sebuah kitab karya at Tarmidzi dan an Nasai' yang aku simpan, terdapat riwayat dari Nabi saw yang menyatakan "Sesungguhnya syaitan akan menghampiri salah seorang dari kamu yang sedang nazak dan berkata 'Matilah kamu sebagai orang Nasrani'. Oleh kerana itu jawablah 'tidak...pergi jahanam (neraka jahanam) kamu'. pengalaman seperti ini selalu terjadi kepada orang-orang soleh. Jadi jika mereka berkata 'tidak' ketika ditalqin, ia bukannya merujuk kepada sesiapa melainkan kepada syaitan (dengan pandangan ghaib) yang sedang memujuknya kejalan sesat. Oleh itu jangan salah sangka. Telah di riwayatkan oleh Ibnu Mubarak dan Sufyan dari Laits dari Mujahid bahawa ia berkata "Setiap orang yang hendak meninggal dunia, ia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang duduk menungguinya. Jika mereka itu orang fasiq, maka ia akan mati sebagai seorang fasiq dan jika mereka orang-orang yang ahli zikir, ia akan mati dalam keadaan baik". Ini adalah riwayat daaif. Seorang dari penduduk Basrah yang terkenal rajin beribadah bernama Rabi' bin Marrat bin Ma'bad al Juhani menceritakan pengalamannya, "Aku mendapati beberapa orang sedang menalqin seorang lelaki yang sedang dalam keadaan nazak, "Hai fulan.. katakanlah Laillahailallah. Tetapi orang itu malahan meminta air minum. Mereka mencuba lagi dan kali ini ia menjawab dengan kata "Sepuluh, sebelas dan duabelas..". Kebelakangan aku diberitahu bahawa beliau itu seorang peniaga yang suka berbuat curang"
Abu Muhammad @ Abdul Haq bercerita tentang sebuah hikayat didalam kitabnya bertajuk "al Aqibat" yang berbunyi seperti berikut ;
"Ada seorang lelaki yang sedang berdiri dihalaman rumah barunya yang mirip sebuah bangunan tempat menyimpan permaidani, tiba-tiba ia melihat seorang gadis cantik datang menghampirinya dan bertanya "Manakah jalan menuju ke tempat permaidani yang terbaik sekali didearah ini ?". Lelaki itu menunjuk arah kerumah barunya dan berkata "Itu tempat permaidani yang terbaik sekali ". Gadis itu pun masuklah kerumahnya sambil diikuti dari belakang. Bila saja dia masuk kerumah itu dilihatnya tempat itu bukannya tempat menyimpan permaidani lalu dia merasa telah tertipu, pun begitu sigadis merasa senang dapat berduaan dengan lelaki itu didalam rumah barunya itu. Sigadis menjadikan alasan tertipu itu sebagai ruang untuk meminta disediakan makanan yang sedap-sedap, maka lelaki itu pun bersetuju malah akan menyediakan apa saja permintaan gadis yang cantik itu. "Tentu !... aku akan menurut apa saja permintaan mu itu ". Ia pun keluar dengan mengunci pintu rumah itu bertujuan supaya gadis itu tidak lari. Kemudian ia kembali semula dengan membawa makanan yang sangat enak untuk gadis itu dengan perasaan yang sangat gembira. Tetapi apabila dia masuk keruang rumah itu didapatinya gadis itu telah tiada. Dia berusha mencari diseluruh ruang rumahnya namun tidak bertemu. Dia merasa bingung dan berjalan kesana dan kemari sambil berfikir terus-terusan, apabila merasa penat dia pun pulang kerumah lamanya. Tidak henti-henti ia memikirkan tentang gadis cantik itu. Ia sentiasa bertanya kepada dirinya sendiri kemana perginya gadis itu ??? hari demi hari di memikirkan hal itu saja. Da pun pergi kerumah barunya dan mencari gadis itu lagi namun tak juga bertemu. Tidak ia berhenti mencari sambil bertanya kepada dirinya "wahai gadis yang bertanyakan arah ke tempat permaidani, dimana kamu berada sekarang ??? Gadis yang ternyata masih bersembunyi diatas bumbung rumah itu pun menjawab "Bukankah kamu telah berjaya memerangkapnya didalam rumah kamu ???". Mendengar jawapan itu ia menjadi bertambah bingung kerana hanya boleh mendengar gema suaranya tetapi tidak juga bertemu dengan orangnya ". Saban harinya ia begitu hingga berlaku tekanan perasaan (stras) lalu dia jatuh sakit yang sangat lama. Kemudian sakitnya bertambah tenat ia pun hampir menemui ajal, lalu datang seorang sahabatnya meningatkannya untuk memgucapkan talqin Laillahaillallah, dikala itu ia masih lagi menjawab "Wahai gadis yang bertanya arah tempat permaidani, dimanakah kamu berada sekarang ???". Itu sajalah ucapan yang keluar dari bibirnya hinggalah nafasnya yang terakhir. Kita berlindung dengan Allah supaya pekara sebegini tidak berlaku kepada kita ".
CATITAN PENULIS ;
Memang terdapat banyak cerita sebegini didalam dunia pada hari ini dan dizaman ini kerana terlampau mengejarkan kebendaan, kemewahan dunia, kekayaan dunia, gelomar, pangkat darjat, wanita kebanggaan, bangunan, rumah agam dan lain-lain lagi hinggkan mereka lalai, lupa, maksiat, durhaka, zalim, fasiq, munafiq, zindik, sesat lagi menyesatkan kerana fitnah dunia. Allah datangkan dugaan pada saat akhir nyawanya yang menyebabkan ia terus mati dalam kedaan yang sangat buruk. Allah pekakkan telinganya disaat itu hingga ia tidak dapat mendengar talqin lagi. Allah kelukan lidahnya supaya tidak dapat mengucap kalimah shadatai lagi. Allah lupakan ia akan kalimah tauhid itu supaya ia mati sesat. Allah tarik ingatannya menjadikan ia hanya ingat harta, wanita dan kebendaan dunia saja sampai tak boleh mengucap lagi. Allah butakan matanya supaya ia tidak nampak kawan yang menalqinkannya lagi. Dan yang paling utama sekali, kamu kena mengatahui (didalam cerita itu tadi) bahawa gadis itu adalah syaitan yang menjelma untuk memgadakan fitnah kepada lelaki itu supaya mati dalam lupa shadatai, lupa talqin, lupa ucapan Laillahaillallah. Mati dalam kedaan sesat mengikut syaitan itu kealam Iblis. Bukannya mati masuk kealam barzah yang Allah ciptakan bersama-sama para solehin, arifin dan mutaqin. Begitulah kedaannya Allah swt yang Mahaperkasa dan Mahaagung memberi hukumnya untuk menyesatkan sesiapa yang mahu disesatkanNya atas sebab angkuhnya mereka, kufur nikmatNya, zalimnya mereka itu waktu didunia. Maka ambillah iktibar akan hikayat cerita ini, supaya ia menjadi sempadan untuk kita. Mulakan mendapatkan sahdatai itu sekarang!!!, dapatkan talqin itu sekarang!!!, mengucap 2 kalimah shadatai itu sekarang !!!. Bukan tunggu nyawa sampai dikerongkong atau dihalkum baru nak mengucap???. Bukan tunggu orang ajarkan talqin baru nak mengucap??? Itu semuanya sudah terlambat saudara !!! waktu sudah terlalu hampir dipenghujungnya. Belum tentu kamu dapat mengucap pada waktu itu ??? JADI, SEKARANG MASANYA, MASA MUDA MU !!! Mantapkan diri, kuatkan sanubari, kuatkan rohani jasmani utk berhadapan dengan MAUT. Inilah peperangan sebenar... antara kebenaran atau kesesatan. Pilihan hanya satu ??? Buat pilihanmu sekarang, bukan tunggu keadaan mendesak nanti baru nak pilih jalan ???
Selanjutnya, Ibnu Dhafar dalam kitabnya "an Nasha'ih" telah bercerita "Yunus binUbaid adalah seorang penjual rempah-rempah yang terkenal sangat jujur. Ia tidak mahu ada orang yang tertipu membeli barangannya, apa tah lagi berbuat curang dalam perniagaan. Itulah sebabnya dia tidak membuka kedainya pada waktu terlalu pagi dan tidak menutup kedai pada waktu terlampau senja kerana dikuawtiri akan menyebabkan pelanggannya tersalah pilih barang hingga menyebabkan keciwa. Satu ketika dia telah memukul timbangannya yang sudah tidak betul timbangannya sebab sudah uzur. Bimbang akan membuat timbangan yang salah dia lantas menrosakkan terus timbangan itu dengan memukulnya dengan batu. Sebenarnya dia boleh saja memperbaiki timbangan itu tetapi tidak dilakukannya. Apabila ditanya dia menjawab "Aku tidak mahu menyimpan barangan yang boleh membawa bincana kepadaku". Ditanya kenapa timbangan itu yang jadi mangsa pukulannya, dia lantas bercerita kisahnya "Suatu hari aku melawat seorang kawan yang sedang nazak, lalu aku cuba mengingatkannya untuk mengucap talqin Laillahaillallah, namun kawan itu hanya tergagap-gagap tak boleh bercakap dengan matanya terjojol besar, susah sungguh dia nak berkata-kata seperti ada sesuatu yang terlekat didalam mulutnya. Dicubanya sekali lagi, pekara yang sama berlaku. Kemudian bila dia sudah tenang, lantas dia memberitahuku "Tolong kamu saja yang berdoa kepada Allah untukku, lidahku seperti terlekat pada timbangan yang aku guna untuk menipu pelanggan. Itulah sebabnya aku tidak mampu mengucap. Setiap kali aku cuba mengucap, pekara yang sama akan terjadi. Tolonglah aku". Maka semenjak dari saat itulah, Yunus bin Ubaid membuat syarat untuk membeli barang dikedainya. Oleh kerana tiada timbangan lagi, maka pelanggan kena mambawa timbangan sendiri dan meninbangkan sendiri barang-barang yang mereka beli dengan tangan mereka sendiri. Kepada yang tidak mengikut syaratnya umpamanya tiada timbangan, dia lebih rela tidak melayan mereka. Mereka akan disuruh pergi saja ketempat lain.
KETERANGAN:
Sebenarnya didalam setuasi yang tenat semasa menghadapi maut itu, terlampau banyak gangguan akan berlaku. Gangguan itu disebabkan perbuatan kita sendiri, tak kutang juga gangguan dari syaitan. Semua yang anda lakukan akan dihimpunkan semua dikala itu hingga kamu tidak mampu berbuat apa-apa. Semua angota tubuh kamu juga tidak berfungsi dengan betul lagi pada waktu itu kerana dosa-dosa kamu sendiri. Terlalu banyak kejadian aneh yang berlaku dari cerita-cerita orang ramai, orang-orang alim, ulama-ulama berkenaan dengan dugaan semasa shakaratulmaut itu semuanya benar dan ia memeng berlaku. Ia bukannya cerita hayalan atau cerita dongeng. Kejadian itu merupakan balasan kepada manusia-manusia yang lupa perintah Allah, langar perintah Allah, tidak taat pada suruhan Allah,melangar hukum Allah, terlampau banyak melakukan maksiat, dosa besar juga dosa kecil, dosa kering dengan manusia lain dan sebagainya. Ambillah aktibar dari semua cerita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan