Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat
Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah saw bersabda "Apabila kamu menyaksikan orang yang telah meninggal dunia diantara kamu, maka pejamkanlah matanya kerana matanya itu baharu sahaja mengiringi nyawanya yang keluar, berkata-katalah pekara yang baik kerana para malaikat akan mendoakan apa yang dikatakan oleh keluarganya ". Diriwayatkan pula oleh al Kharaithi @ Abu Bakar bin Muhammad bin Jaafar, dari Abu Musa Imran bin Musa dari Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Ismail bin Ulyat dari Hisyam bin Hassan dari Hafshah binti Sirin dari Ummul Hasan bahawa ia berkata "Ketika aku bersama Ummu Salamah tiba-tiba muncul seseorang dan berkata "sifulan akan meninggal" Ummu Salamah berkata kepada ku "Pergilah kesana, jika ia benar-benar dalam keadaan tenat, ucapkanlah "Semoga salam sejahtera dilimpahkan kepada para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru seklian alam.."
Dari Sufian ats Tsauri dari Sulaiman at Taimi dari Bakar bun Abdullah al Muzani bahawa ia berkata "Ketika kamu memejamkan mata mayat bacalah, "Bismillah wa'ala mil'lati Rasulillah". Setelah itu membaca tasbih, Sufian kemudian membaca ayat dari surah Syura ayat 5 yang mafhumnya ;
"..Dan para malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya".
Berkata Abu Daud "Memajamkan mata mayat itu dilakukan selepas hilangnya nyawa, aku pernah mendengar Muhammad bin Ahmad al Muqri mengambil cerita Abu Maisarah seorang yang terkenal tekun beribadah, 'Aku memejamkan mata Ja'far bin Mu'alim, seorang yang terkenal sangat bijak pada waktu itu yang sudah dalam keadaan tenat nazak. Pada malam itu aku bermimpi bertemu dengannya dan ia berkata 'Sungguh sangat bererti apa yang telah kamu lakukan sebelum aku meninggal dunia itu". Oleh itu jangan lakukan menutup mata orang yang sedang nazak sehingga ia benar-benar telah meninggal dunia.
KETERANGAN;
Telah diberitahu kepada kita beberapa panduan adab semasa menziarahi orang yang sedang tenat nazak yang mahu meninggal dunia dan juga semasa melawat jenazah simati. Ia perlu dititikberatkan supaya simati mendapat ketenangan semasa berhadapan kematian dan diberkati Allah swa sesudah ia meninggal dunia. Yang paling penting sekali supaya sisakit itu tidak diganggu syaitan dan iblis pada waktu itu, maka orang-orang yang hadir hendaklah tahu apa yang harus dilakukan diwaktu itu sesuai dengan sunah dan pesanan Nabi saw dan Sahabat- sahabatnya yang telah disebutkan tadi. Jika kita bersimpati dengan keluarga simati hendaklah kita menemani mereka diwaktu itu sehinggalah mereka boleh merasa tenang dengan permergian simati. Ini semua perbuatan sunah seperti ajaran Nabi kita dan janganlah merasa bimbang kerana jika sampai nanti ajal kamu pula, orang yang lain akan didatangkan Allah untuk membantu keluarga mu. Begitulah sileh berganti tolong menolong dan bantu membantu sesama umat yang diamalkan sejak sekian lamanya. Usaha ini haruslah diteruskan oleh umat seterusnya supaya umat Islam menjadi kuat bersatu dalam menempuh arus kehidupan diwaktu senang mahupan apabila ditimpa musibah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan