Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2021

KITAB IMAM AL QURTHUBI : FASAL KEMATIAN BAB 16 - PAHALA YANG SAMPAI KEPADA MAYAT

Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat

Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)


Telah diriwayatkan oleh Abu Hamid al Ghazali didalam kitabnya bertajuk "Al Ihya" dan juga oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam kitabnya bertajuk "Al Aqibat" menyatakan bahawa Ahmad bin Hambal berkata "Apabila kamu memasuki kawasan kuburan, bacalah surah al Fatihah, al Falaq, An Naas dan surah al Ikhlas. Peruntukkan pahalanya untuk ahli kubur disitu semua kerana pahala itu akan sampai kepada mereka ". Daripada Ali bin Musa al Haddad bercerita "Aku sedang bersama Ahmad bin Hambal dalam satu majlis pengkebumian. Saat itu Muhammad bin Qudamah al Jauhari sedang membaca al Quran. Selesai mayat ditanam, muncul seorang lelaki tuna netra lalu menbaca al Quran didepan sebuah kubur. Ahmad bin Hambal menghampirinya dan berkata " Hai fulan... sesungguhnya membaca al Quran dikuburan itu bid'ah." Setelah itu kami pun keluar didalam perjalanan Muhammad bin Qudamah bertanya kepada Ahmad bin Hambal, "Hai Abdullah.. apa pendapat kamu tentang Mubasyir bin Ismail ?" Ia menjawab "Dia adalah seorang perawi yang boleh dipercayai". Muhammad bin Qudamah bertanya lagi "Kamu pernah menulis riwayat hadis darinya". Ia menjawab "Ya..pernah !" Muhammad bin Qudamah berkata "Mubasyir pernah bercerita kepadaku, dari Abdurrahman ibnu Alla' ibnu Hajjaj, dari ayahnya bahawa sesungguhnya ia berpesan "Apa bila selesai permakaman mayat, bacalah bahagian pertama dan bahagian akhir surah al Baqarah pada bahagian kepala kuburan". Katanya, ia juga pernah mendengar Saidina Umar ra berpesan seperti itu. Maka Ahmad bin Hambal berkata kepada ku "Temui kembali pemuda tuna netra itu tadi dan katakan kepadanya supaya terus membaca al Quran". Maka perbuatan membaca ayat-ayat suci al Quran itu bukanlah perbuatan bidaah, seperti yang dikatakannya diawal tadi.

Sebahagian Ulama yang membenarkan pembacaan al Quran di kuburan itu adalah mengikut panduan dari sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang menerangkan bahawa Nabi saw pernah membelah dua sebuah pelepah kurma. Kemudian Baginda menanam pelepah kurma itu satu di satu kuburan dan yang satu lagi dikuburan yang lain seraya bersabda "Semoga ia dapat meringankan siksaan kubur kepada keduanya selagi (pelepah kurma) belum kering ". Juga disebut didalam 'Musnad Abi Daud at Thayalisi' iaitu Rasulullah meletakkan dua pelapah kurma itu kemudian bersabda "Sebelum kedua pelapah ini kering, ia dapat meringankan siksaannya". Maka berdasarkan hadis ini mereka berpendapat bahawa dihukumkan sunat menanam pokok dan membaca ayat al Quran di kuburan. Jika batang pokok saja boleh meringankan seksa kubur, apatah lagi dengan bacaan ayat suci al Quran.

Telah diriwayatkan sebuah hadis daaif oleh as Salafi dari Saidina Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda " Seseorang yang melalui kawasan kuburan dan berhenti untuk membaca surah al Ikhlas sebanyak 11 kali kemudian diberikan pahlanya kepada orang-orang yang telah mati, maka dia akan diberi pahala sebanyak jumlah yang mati itu". Dari riwayat Anas (pelayan Nabi), Rasulullah bersabda "Apabila seseorang mukmin membacakan Ayatul Kursi dan kemudiannya menghadiahkan pahala bacaan itu kepada para penghuni kubur, maka Allah akan memasukkan empat puluh cahaya kesetiap kubur orang mukmin mulai dari ujung dunia sebelah timur sampai barat. Allah akan lapangkan liang kubur mereka. Allah akan memberi pahala 40 orang Nabi kepada pembaca ayat itu, mengangkat satu darjat bagi setiap mayat."

Berkata al Hasan "Barangsiapa memasuki sebuah kuburan lalu mrmbaca doa 'Ya Allah, Tuhan jasad-jasad yang telah sudah rosak dan tulang-tulang yang telah hancur lebur, Engkau keluarkanlah mereka dari dunia dalam keadaan beriman kepada Engkau, maka berikanlah rahmat dan keselamatan Engkau padanya". Nescaya akan mendapat ganjaran pahala sebanyak jumlah mereka itu. Sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra, bahawa Rasulullah bersabda " Sebaik-baik manusia yang berjalan diatas muka bumi yang baru adalah orang-orang yang mengajar kebaikan. Ketika agama telah rosak mereka memperbaharui lagi. Berikan mereka sesuatu tetapi jangan dianggap upah, kerana mereka tentu merasa tidak sedap hati. Sesungguhnya apabila seseorang mengajarkan kalimah Bismillahirahmanirahim kepada anak kecil, Allah mencatitkannya sebagai kebebasan bagi anak itu, kebebasan kepada pengajar dan kebebasan kepada kedua orang tuanya dari neraka ". Demikian yang telah dikatakan oleh ats Tsa'labi. Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini) dalam catitannya mengatakan "Hadis tadi berkaitan dengan masaalah sedekah. Jika pahala sedekah boleh sampai kepada si mati, demikianlah pula halnya dengan pahala membaca al Quran, berdoa, istighfar dan lainnya. Itu semua adalah sebahagian daripada sedekah kerana sedekah itu tidak semestinya didalam bentuk harta dan wang sahaja. Apabila ditanya tentang kemudahan mengqasar, menjamak dan menyingkatkan solat sewaktu perang dan musafir, Nabi saw bersabda " Itu adalah merupakan sedekah (hadiah) yang diberikan oleh Allah swt kepada kamu semua, maka terimalah sedekah Nya itu ". Hadis ini telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad.

Dan lagi sebuah hadis yang telah diriwyatkan oleh mereka (Muslim dan Ahmad) mengatakan seperti berikut, Rasulullah saw telah bersabda " Setiap persendian amal yang kamu miliki itu mengandungi sedekah. Sesungguhnya pada setiap bacaan tasbih adalah sedekah, pada setiap bacaan tahlil adalah sedekah, pada setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, perintah kepada melakukan makruf adalah sedekah, melarang kepada yang mungkar adalah sedekah. Itu semua boleh dicukupi dengan solat sunat Dhuha dua rakaat". Oleh sebab itulah para Ulama menganjurkan ziarah kubur kerana bacaan al Quran disitu merupakan khoda bagi mayat yang ia ziarahi ". Telah diriwayatkan oleh Baihaqi didalam sebuah hadis batil bahawa Nabi saw bersabda " Setiap mayat dikuburan itu seperti orang yang sedang tenggelam. Ia menunggu doa yang dikirimkan oleh ayahnya, saudaranya atau sahabat karibnya. Jika sudah dikirimkan, pekara itu adalah pekara yang lebih disukainya daripada dunia dan semua isinya. Sesungguhnya hadiah orang-orang yang masih hidup kepada orang-orang yang sudah meninggal dunia ialah bacaan doa dan istighfar".

Diriwayatkan bahawa ada seorang wanita datang menemui Hasan al Basri. Ia bertanya "Putriku telah meninggal dunia, aku teringin sangat untuk melihatnya semula. Tolonglah ajarkan aku suatu doa yang jika aku baca akan membolehkan aku melihatnya ". Setelah bebarapa ketika mengamalkan ajaran Hasan al Basri, dia bermimpi didalam tidurnya melihat anaknya memakai kain diperbuat dari tar dengan lehernya dibelenggu dan kedua kakinya dirantai. Ia lantas tersentak bangun dan sungguh terkejut. Kemudian dia bertemu semula Hasan al Basri dan menceritakan hal itu, maka timbullah rasa simpati dihatinya kepada ibu itu. Beberapa waktu kemudian, Hasan al Basri pula bermimpi melihat putri wanita itu sedang baring bersantai di syurga dengan memakai mahkota dikepalanya, ia bertanya " Wahai guru, kamu kenal aku ?". "Tidak" jawab Hasan al Basri. "Aku adalah putri wanita yang pernah datang menemui mu itu" jawabnya. Hasan al Basri pula bertanya "Apa masaalahmu dan bagaimana kau boleh ada disyurga ?". Dia memberitahu "Suatu hari ada seorang soleh lalu dikuburan ku yang disekeliling ada 560 mayat yang sedang diseksa. Mendengar dia berselawat kepada Nabi, tiba-tiba ada seruan..."Hentikan seksaan kamu kerana berkah dari satu kali saja bacaan selawat Nabi yang diucapkan orang soleh itu ".

Diceritakan oleh Sahibul Hikayat. " Suatu malam aku bermimpi melihat kakak ku yang telah meninggal dunia. Maka aku bertanya kepadanya "Bagaimana keadaan mu ketika kamu dimasukkan kedalam kubur dahulu ?". Ia menjawab " Waktu itu ada malaikat yang datang kepadaku membawa bola api yang sangat mengerikan. Seandainya tiada orang yang cepat mendokan aku, nescaya ia telah menyeksaku dengan bole api itu ". Memang banyak sirah, hikayat dan cerita orang-orang soleh seperti diatas tadi. Salah satu contoh yang lain ialah yang dikatakan oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam kitabnya Al Akibat. Kemudian Abu muhamad @ Abdullah bin Muslim bin Qutaibah menceritakan satu hakayat yang hampir serupa didalam kitabnya bertajuk "Uyun al Akhbar" dengan sebuah yang cukup panjang. Aku perlu menceritakannya semula atas sebab ia penuh debgan pelajaran, peringatan dan nasihat berkenaan keperluan mendoakan mayat dengan khusuk.

Telah diriwayatkan oleh al Harits bin Nabhan, "Suatu hari aku menuju kesebuah kuburan. Setelah berdoa, aku duduk termenong memikirkan para penghuni kubur yang ada disitu. Aku lihat mereka juga diam tak bersuara seperti ku. Mereka berjiran tetangga tetapi tidak berkunjung sesama mereja. Mereka tinggal diperut bumi. Aku berkata "Hai penghuni kubur, jejak peninggalan mu didunia telah hilang. Tetapi dosa-dosa kamu tetap ada. Kamu tinggal dinegeri bincana yang membuatkan kaki-kakimu membengkak". Setelah itu aku menangis, lalu aku menuju kesebuah wakaf (pondok) dan tertidur disitu. Semasa tidur itu aku bermimpi melihat seorang penghuni kubur sedang dipukul dengan cemeti. Ia dirantai dilehernya, sepasang matanya berwarna biru dan berwajah hitam. Ia berkata "Celaka nasib ku, kenapa semua ini harus terjadi kepada ku ?. Seandainya orang-orang yang masih hidup dapat melihat keadaan ku ini, pasti mereka tidak akan melakukan maksiat kepada Allah. Sekarang aku dituntut untuk dipertanggungjawabkan diatas semua kenikmatan-nikmatan yang pernah aku salah gunakan. Kalau ada sesiapa yang boleh menyampaikan berita ini kepada keluargaku, tentu aku tidak merasa kepayahan ini lagi."

Lantsa aku tersentak bangun kerana teperanjat. Jantung ku hampir tercabut kerana ketakutan akan mimpi itu. Aku bergegas pulang kerumah. Diwaktu malam aku tidak boleh tidur kerana mengenangkan akan mimpiku itu. Sepanjang hari aku memikirkannya terus-terusan. Keesokannya aku ketempat kuburan itu lagi. Aku berharap dapat bertemu dengan seseorang yang mungkin datang kesitu kemudian mahu mendengar akan mimpiku itu. Tetapi ternyata ia sunyi sepi, tiada sesiapa. Aku lalu tertidur lagi disitu dan bermimpi melihat lelaki yang sama sedang diseret mukanya ditanah lalu ia meraung "Aduh celaka nasibku..apa yang sedang menimpaku ini ? Umurku cukup panjang tetapi buruk sungguh amal perbuatanku sewaktu didunia, sehinggakan Allah amat murka. Sungguh malang nasibku jika Dia tidak mahu mengisahani ku". Aku terbangun... aku hampir hilang ingatan kerana mimpi itu tadi. Dengan bingung aku pulang kerumah. Keesokannya aku kepusara itu lagi dan masih berharap dapat bertemu sesiapa disana. Ia tetap juga menghampakan, tiada sesiapa yang menziarahi kuburan itu. Aku tidur lagi disitu dan tetap mendapat mimpi melihat lelaki yang sama yang sedang merangkak kesakitan dan merintih "Orang-orang didunia benar-benar telah melupakan aku. Tiada siapa yang peduli lagi pada ku yang sedang diazab sepedih ini dari Tuhan yang telah murka kepada ku. Malang sungguh nasib ku jika Dia Yang Maha Pengasih tetap tidak berkenan menolong ku.

Terkejut dan lantas bangun. Ia sungguh mengerikan dan aku mahu saja lari pulang kerumah. Tiba-tiba muncul tiga budak perampuan kearah ku. Aku bersembunyi supaya dapat mendengar apa yang mereka katakan. Budak yang terkecil sekali dari mereka pertama sekali kehadapan kuburan itu lantas berkata "Assalamualaikum Ayah ! Bagaimana tidur ayah disini ? Bagaimana keadaan ayah ? Sepeninggalan ayah hidup kami menderita, kemudian ia meraung menangis. Kemudian giliran budak yang tengah pula kemuka, Ia mengucapkan salam dan berkata "Inilah kuburan ayah yang sangat sayangkan kami. Kami berdoa semoga Allah berkenan mengasihinya dan menghentikan azab kepadanya. Wahai ayah.. sungguh malang nasib kami, jika kau dapat melihatinya sudah tentu kau juga merasa sedih. Kami diperbuat pekara yang kurang ajar oleh kaum-kaum lelaki tampa mendapat belas kesihan mereka. Tiada siapa mahu melindungi kami. Mendengar rintihan mereka itu, aku juga turut sedih dan menangis lalu aku keluar dan pergi dekat mereka. Setelah memberi salam aku katakan pada mereka "Wahai anak-anak, amalan itu kadang-kadang diterima, kadang-kadang tidak dan dipulangkan kepada yang bersangkutan dengannya. Seperti amalan ayah kamu yang telah meninggal dunin ini, yang aku dengar ia tidak membuatku sedih tetapi ia membuatku merasa ngeri dan takut.

Mendengar kata-kataku, lantas mereka membuka mata mereka dan bertanya kepadaku "Hai Atok yang soleh, apa sebanarnya maksud kata-katamu ?". Ku katakan kepada mereka " Telah 3 hari berturut-turut aku berada disini dan mendengar suara jeritan dan rintihan ayah kamu yang diseksa malikat" Mereka berkata "Kami tahu ayah kami dibakar dineraka, itulah yang membuat kami bimbang dan hidup kami tidak tenang. Kami akan sentiasa memohon kepada Allah supaya mudah-mudahan dia akan dilepaskan dari seksaan itu" kemudian mereka terus pergi meninggalkanku sambil berlari. Aku pulang kerumah, keesokannya aku kembali semula kekuburan itu. Aku duduk bersendirian dan kemudian tidur disitu, kemudian aku bermimpi melihat penghuni kubur itu berwajah tampan dan memakai kasut dari emas serta diapit oleh seorang gadis dan seorang pemuda. Aku menghampirinya kemudian memberi salam dan bertanya "Semoga Allah merahamatimu, siapakah kamu sebenarnya ?. Dia menjawab "Aku adalah ayah kepada anak-anak perampuan yang telah kamu temui disini, sejak dahulu lagi telah akau ketahui apa yang telah kamu lakukan disini. "Lalu apa yang telah terjadi" tanya ku. Da berkata "Setelah kau sampaikan beritaku kepada anak-anakku. Mereka pulang dengan merasa sangat sedih dan menjadi sangat rajin berabadah sambil menangis hiba memohon dengan khusuk kehadrat Allah swt. Mereka menangis tidak henti-henti hingga Allah perkenan permintaan mereka. Allah berkenan mengampun semua dosa-dosaku dan membebaskanku dari seksa kubur itu. Bahkan sekarang aku ditempatkan bersebelahan dengan tempat Nabi Muhammad saw. Kalaulah aku dapat bertemu dengan anak-anak ku semua, akan aku beritahu mereka akan kebagiaanku sekarang ini yang telah hidup didalam syurga yang penuh dengan nikmat Allah. Ini semua berkat pengampunanNya padaku". jawabnya.

Aku lantas bangun dan merasa gembira lalu aku pulang kerumah. Setelah tidur semalaman, keesokannya aku pergi semula kekuburan itu. Dari jauh aku lihat ketiga-tiga budak perampuan itu telah berada disitu tampa memakai kasut, lalu aku pergi menghampiri mereka. Setelah mengucapkan salam aku menyampaikan berita ayah mereka yang kini telah berada disyurga yang penuh dengan nikmat kepada mereka semua. "Rupa-rupanya Allah mendengar doa kamu semua, bersyukurlah kamu kepada Allah atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kamu semua". Kataku. Mendengar kata-kataku itu, anak yang paling kecil itu terus berdoa " Ya Allah, Tuhan Yang Mengibur Hati, Tuhan Yang Maha Menutup Aib, Tuhan Yang Maha Menyingkap Kesedihan, Tuhan Yang Maha Mengampuni Dosa, Tuhan Yang Maha Mengatahui Sesuatu Yang Ghaib, Tuhan Yang Maha Mengabulkan Harapan yang diminta, Engkau tahu permohonanku, keinginanku dan alasanku menyendiri dengan Mu, Ya Allah, Engkau tahu kebingunganku, Engkau melihat niat tulusku, Engkau mengerti taubatku, Engkaulah yang menguasi leherku, Engkaulah yang memegang ubun-ubunku, Engkaulah harapanku dikala susah, Engkaulah yang membimbingku, Engkaulah yang menuntunku dan Engkaulah yang mengabulkan doaku. Jika aku lalai dari perintahmu dan melanggar laranganmu, Engkau maafkanlah aku dan Engkau tutupilah aibku. Inginku selalu menyebut NamaMu dan inginku syukuri nikmat-nikmatMu, namun tak berdaya kerana terlalu banyaknya. Engkaulah Tuhan Yang Mahamulia, tempat permohonan terakhir. Engkaulah yang Merajai Hari Pembalasan, Engkaulah yang mengatahui apa yang tersimpan dihatiku, yang mengatur seluruh mahluk Mu. Jika Engkau kabulkan hajatku adalah semata-mata berkat kebaikkan Mu, Telah Engkau memenuhi permohonanku menolong hamba Mu. Peluklah daku kepada Mu dan Engkau Mahakuasa atas setiap sesuatu". Selesai sahaja dia berdoa, dia lantas meraung menangis lalu jatuh dan terus meninggal dunia disitu juga.

Kemudian kakaknya yang ditengah pula bangkit, dengan suara lantang lalu menyeru dan berdoa "Wahai Tuhan, berilah jalan keluar bagi kesusahanku dan bebaskanku dari kebimbangan hatiku. Wahai Tuhan yang menolongku sewaktu aku jatuh tersungkur, yang menunjukkan ku ketika aku bingung dan menolong ku ketika aku sedih. Jika Engkaun terima taubatku, Engkau penuhi hajatku dan Engkau luluskanlah permohonanku ini, aku mohon menyusul adekku tadi". Setelah itu dia juga jatuh dan meninggal dunia. Kemudian tibalah giliran kakak mereka yang tua, ia bangun dan berdoa " Wahai Tuhan Yang Maha Memaksa lagi Maha Agung, Yang Mahakuasa dan Mahamulia. Yang Mahamengatahui orang yang diam dan orang yang berdicara. Milik Engkau sahajalah segala anugrah dan kebesaran. Engkaulah Yang Maha Dahulu dan Maha Dermawan. Engkaulah yang membuat mulia kepada orang yang Engkau mahukan ia mulia, yang membuat hina kepada orang yang Engkau mahukan ia hina, yang membuat bahagia kepada orang yang bahagia, yang membuat dekat kepada orang yang Engkau dekatkan, yang membuat jauh kepada orang yang Kau jauhkan, yang membuat miskin orang yang Kau miskinkan, yang membuat untung kepada orang yang Kau kurnia, yang Engkau membuat rugi kepada orang yang Engkau seksa...Aku pohon pertolongan Mu dengan Nama Mu Yang Mahaagung, Zat Mu Yang Mahamulia, Ilmu Mu Yang Mahaluas, yang membuat malam menjadi gelap, yang membuat siang menjadi terang, yang membuat gunung menjadi gempa, yang menjadikan angin bertiup, yang menjadikan langit tinggi menjulang, yang membuat suara-suara tunduk Khusyu' dan yang menjadikan para malaikat tunduk sujud... Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pertolongan dari Mu. Jika Engkau perkenan memenuhi hajatku dan meluluskan permohonanku...tolong aku menyusuli kedua adek-adekku tadi ". Selesai saja berdoa dia kemudian meraung menangis dan jatuh ketanah terus meninggal dunia.


CATITAN PENULIS:

Saudara-saudara sekalian, lihatlah betapa luhur dan tulusnya hati anak-anak itu dengan Khusyu' dan Tuwadoq' mendoakan orang tua mereka hingga Allah berkenan mengangkatnya kemertabat paling tinggi dari kalangan manusia awam yang tidak mungkin dicapai secara bersendirian. Begitulah peranan anak-anak yang soleh yang tiada berdosa dan teraniaya hidup mereka, Allah angkat untuk berserta keluarga mereka kerana keangkuhan dunia. Allah amat Readha pada mereka semua hingga peranan mereka didunia tidak diperlukan lagi. Allah amat kasih kepada mereka yang ikhlas dan khusyu' dalam ibadah mereka, didalam doa mereka yang amat jelas dapat anda lihat tadi. Rangkuman bait doa yang sungguh menyayat hati dan boleh dijadikan contoh bagi mereka yang sudi mengambilnya sebagai panduan dan pedoman. Tiada kata-kata lagi yang dapat diungkap doa setinggi itu yang sungguh mustajab mengapai kehadrat Allah Yang Mahatinggi hingga luluh segenap hati yang angkuh. Kunci bagi segalanya itu adalah Ikhlas, Tulus, Luhur, Khusyu' dan Tuwadoq' juga beramal soleh. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita, kepada mereka semua dan kepada seluruh umat Islam, muslimin muslimat, mukminin dan mukminat didunia yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia semenjak dari dahulu lagi hinggalah kehari ini. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru seklian Alam....amin.

Dari hadis yang telah diriwayatkan oleh Anas, Rasulullah telah bersabda "Barang siapa yang memasuki (kawasan) kuburan dan membaca surah Yaa Siin, Allah akan meringankan seksa para penghuninya dan ia akan mendapat kebijikan sebanyak jumlah mereka semua ". Kemudian dari hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Ibnu Khathab ra, "Ia berpesan kepada ku untuk membaca surah al Baqarah dipusaranya". Abu Muhammad @ Abdul Haq mengambil dari ucapan Abul Walid @ Ismail bin Ahmad atau yang terkenal dengan nama Ibnu Afrand seorang Ulama ASWJ yang sangat wara' dan soleh, katanya " Ayahku telah meninggal dunia, Sahabat karibku kemudian bercerita kepadaku ' Satu hari aku telah menziarahi pusara Ayahmu, aku telah membaca beberapa ayat al Quran kemudian aku berkata 'Wahai sifulan, bacaan ini.. tiba-tiba angin bertiup kencang serta menghembuskan bauan yang sangat harum. Terlalu kencangnya angin itu hingga aku hampir jatuh. Kemudian aku pulang... dan tiba-tiba saja aku sudah berjalan sangat jauh".

Berkata Abu Muhammad "Aku pernah mendengar seorang sahabat karibku bercerita 'Isteriku telah meninggal dunia, satu malam aku membaca beberapa ayat al Quran kemudian pahlanya aku berikan kepadanya, selain itu aku juga berdoa memohon keampunan untuknya. Pada malam berikutnya seorang wanita kenalan rapat kami bercerita kepada ku bahawa semalam dia telah bermimpi melihat isteriku tidur disebuah rumah yang sangat cantik. Ia mengeluarkan daki dari bawah tempat tidurnya yang berisi botol-botol yang penuh dengan cahaya seraya berkata "Ini adalah persembahan dari suamiku untukku', setelah itu aku tidak pernah memberitahukannya kepada sesiapapun".

Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini) berkata "Ada sebuah hadis matfu dari Anas yang menyatakan bahawa pahala bacaan ayat al Quran untuk orang-orang yang membacanya, manakala pahala mendengar bacaan itu adalah untuk simati. Kedua-duanya sama-sama mendapat rahmat. Allah swt telah berfirman didalam surah al A'raaf ayat 204 yang mafhumnya

"...dan apabila dibacakan al Quran maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat".

Berkat kemurahan Allah swt, mungkin masing-masing boleh mendapatkan pahala bacaan al Quran itu sekaligus pahala mendengarkannya, sekalipun simayat tidak boleh mendengarnya. Ia sama seperti sedekah, doa dan istighafar, seperti yang telah saya kemukakan diatas tadi. Kerana pada hakikatnya, al Quran itu adalah doa, istighfar dan kekhusu'kan. Apa saja yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah swt itu adalah sama seperti al Quran ul Karim". Nabi saw telah bersabda "Allah Yang Maha Memberkati dan Mahatinggi telah berfirman 'Barang siapa yang sibok membaca al Quran sehingga lupa memohon kepada Ku, Aku akan menberikannya keutamaan daripada orang-orang yang bermohon". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi yang menurutnya hadis ini hasan dan sekaligus gharib. Daripada hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad, Nabi saw bersabda "Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga pekara, iaitu sedekah jariah, Ilmu yang dimanafaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya". Membaca alQuran adalah termasuk doa dan boleh diberi oleh anak-anak, rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, sanak saudara terdekat, suami isteri, ibu bapa dan juga saudara seislam.

Ada yang tidak bersetuju dengan pekara ini dan menganggap ia bertentangan dengan sebuah Firman Allah didalam surah an Najam ayat 39 yang mafhumnya ;

"...seseorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diushakannya".

Maksydnya, amalan seseorang itu tidak boleh memberi manafaat kepada orang lain. Para Ulama ASWJ telah berbehas berkenaan dengan pendapat ini. Menurut Ibnu Abbas, ayat tersebut hukumnya mansukh (dihapuskan) berdasarkan firman Allah yang lain didalam surah ath Thuur ayat 21 yang mafhumnya ;

"..dan orang-orang yang beriman, yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka".

Oleh kerana itu dihari kiamat nanti, anak kecil dimasukkan didalam timbangan amalan ayahnya, sehingga Allah memberikan syafaat kepada kaum ayah kerana anak-anaknya dan begitu pula sebaliknya. Pekara ini berdasarkan firman Allah swt didalam surah an Nisaa ayat 11 yang mafhumnya;

"..(tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengatahui siapa diantara mereka yang lebih bekat (banyak) manafaatnya bagumu ".

Bahkan jika menurut ar Rabi' yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam firmannya "seseorang maanusia tiada memperolehi selain apa yang diusahakannya " bermaksud ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja dan bukan untuk orang islam. Orang mukmin selain mendapat dari apa yang telah diushakannya, juga akan memperolehi apa yang diusahakan oleh orang lain.

Menurut saya ( Syeikh al Qurthubi, penulis asal kitab ini), banyak sungguh hadis yang menunjukan pekara ini, Iaitu seorang mukmin itu boleh mendapat pahala dari amalan orang lain. Sebagai contoh, didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda " Barangsiapa yang telah meninggal dunia dengan masih punya hutang berpuasa, maka walinyalah (waris) yang membayarkan puasanya". Didalam hadis riwayat Abu Daud dan Muslim Nabi saw telah besabda kepada seorang yang pergi haji atas nama orang lain sedankan dia sendiri belum pernah mengerjakan haji "Pergilah haji untuk dirimu sendiri, barulah atas nama keluargamu ". Telah diriwayatkan bahawa Aisyah ra. pernah beriktikaf atas nama adeknya bernama Abdulrrahman bin Abu Bakar as Sidiq ra yang telah meninggal dunia, bahkan Aisyah ra. juga telah memerdekakan seorang hamba atas namanya.

Sa'ad pernah bertanya kepada Nabi saw, "Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, apakah aku boleh bersedakah atas namanya ?. Baginda bersabda " Ya". Sa'ad bertanya lagi " Sedakah apa yang terbaik ?. Baginda bersabda "Memberi air minuman untuk orang lain". Ini merupakan hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dan Hakim. Telah disebutkan didalam kitab "al Muwath'a" sebuah riwayat dari Abdullah bin Abu Bakar, dari bibirnya sendiri, dari neneknya bahawa ia pernah bernazar akan berjalan ke Masjid Quba'. Tetapi belum pun dapat melaksanakan nazarnya itu dia dengan secara mengejut telah meninggal dunia. Maka Abdullah bin Abbas menyarankan supaya anak perampuannya yang perlu melaksanakan nazar itu.

Menurut Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini), Firman Allah berkenaan "Seseorang tiada memperolehi selain apa yang diusahakannya", itu adalah khusus dalam keburukan berdasarkan sebuah hadis sahih didalam Sahin Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda "Allah Azza Wa Jalla berfirman "Apabila hamba Ku telah berniat melakukan suatu kebajikan kemudian tidak jadi melakukannya, nescaya Aku mencatit untuknya satu kebijikan. Apabila ia melakukannya, nescaya Aku mencatit untuknya sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Apabila dia berniat melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi melakukan, maka Aku tidak menulisnya atas tanggungannya dan jika ia melakukannya, nescaya Aku mencatat untuknya satu kejahatan".

Kemudian didalam banyak dalil didalam al Quran yang menunjukkan pekara itu. Antaranya ialah, Firman Allah didalam surah al An'aam ayat 160 yang mafhumnya;

"Barangsiapa datang dengan (membawa) satu kebaikkan, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda..."

Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 261 yang mafhumnya ;

"Misalnya, orang-orang yang menafkahkan hartanya (sedakah) pada jallan Allah, seperti satu biji benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."

Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 265 yang mafhumnya ;

"...Seperti sebidang kebun yang terletak didataran tinggi yang disirami air hujan yang lebat..."

Firman Allah didalan surah al Baqarah ayat 245 yang mafhumnya ;

"Sesiapa yang memberi hutang kepada Allah dengan hutang yang baik, (menafkahkan hartanya kejalan Allah) maka Allah akan melipatgandakan pahalanya beberapa kali ganda yang banyak..."

Semua itu adalah sebahagian dari anugerah Allah dan Keadilan Nya. Memang benar apa yang telah difirmankan Allah "Seseorang tiada memperolehi selain apa yang diusahakannya", tetapi Allah juga boleh memberi anugerahnya menurut kehendak Nya jua. Contohnya adalah seperti balasan yang dilipatgandakan, satu kebijikan akan dibalas dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, malahan hingga satu juta kebijikan juga boleh diberi oleh Nya. Didalam riwayat Ahmad dan Ibnu Adud Dunya disebutkan bahawa Abu Hurairah pernah ditanya "Apakah anda pernah mendengar Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah boleh sahaja membalas satu kebijikan dengan sejuta kebajikan? ". Dia menjawab "Ya, aku pernah mendengar Baginda bersabda " Sesungguhnya Allah boleh sahaja membalas satu kebajikan saja dengan sejuta kebijikan".

Itu merupakan kurniaan Allah. Jika Allah juga memberi kurniaan kepada anak-anak kecil dengan memasukkan mereka kedalam syurga tampa mereka berbuat amal, bagaimana pula keadaannya dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang mukmin atas namanya sendiri atau atas nama orang lain ?. Al Kharaithi didalam kitabnya "Al Qubur" mengatakan, "suatu kebiasaan yang berlaku kepada orang-orang Ansar ialah setiap kali membawa mayat kekuburan, mereka akan membaca kepadanya surah al Baqarah". Sungguh indah syair yang didikalamasi oleh seorang penyair ;

"Ziarahilah kedua orang tuamu,
berdirilah dekat dengan kubur mereka,
maka seolah-olah aku melihat,
seperti kamu mengusung mereka".

Didalam baris syair yang lain mengatakan;

"Bacalah ayat al Quran apa saja yang kamu mampu,
lalu pahalanya kamu kirimkan kepada kedua orang tuamu",

Adalah amat perlu saya (Syeikh al Qurtubi, penulis asal kitab ini) membahaskan dengan panjang lebar masaalah ini sebagai bantahan atas fatwa yang pernah disampaikan oleh Syeikh al Qadhi al Imam Mufti anak Adbul Aziz bin Abdussalam, bahawa pahala bacaan al Quran itu tidak boleh sampai kepada simati. Ini berdasarkan sebuah firman Allah didalam surah an Najm ayat 39 yang mafhumnya;

"Seseorang itu tidak memperolehi selain apa yang diusahakannya".

Ketika beliau akan meninggal dunia, seorang sahabat karibnya yang biasanya diajak berbincang dan bertukar-tukar fikiran, bertanya semula masaalah tersebut padanya "Adakah anda tetap berpendapat bahawa pahala bacaan al Quran itu tidak boleh dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia ?". Ia menjawab " Pendapat itu aku sampaikan waktu dulu, sekarang aku menarik kembali kerana aku melihat ada unsur kemurahan Allah, Jadi hal itu boleh sampai kepada simati".


KETERANGAN :

Dengan hujahan itu maka ketahuilah bahawa semua bentuk amalan yang pahalanya dihadiahkan kepada simati akan menyampai mengikut kuait syarak dan ijma' para ulama. Dapatlah anda lihat selama bertahun-tahun semua para Ulama tafsir ini mengambil bahagian untuk membahaskan sesuatu masaalah bagi menetapkan penderian masing-masing didalam sesuatu permasalahan bagi memasukkan fatwa yang benar didalam kuait hukum syarak. Ia bukanlah semudah yang disangka seperti sesetengah orang yang menganggap mudah soal penafsiran dan penetapan hukum mengikut ijma ulama itu. Inilah sebabnya mengapa semua umat islam perlu tahu dan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh semua Ulama-ulama ASWJ ini sebagai peraturan hidup mereka dan bagi menetapkan sesuatu undang-undang disesebuah Negara itu. Dari sini kita dapat tahu dengan begitu jelas sekali akan prosesnya.



Tiada ulasan: