Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2021

KITAB IMAM AL QURTHUBI : FASAL KEMATIAN BAB 19 - AMALAN YANG BERTERUSAN SETELAH MENINGGAL :

Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat

Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)


Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda " Ada tida pekara yang mengikut mayat, antaranya dua pulang dan satunya tidak. Yang mengikutinya ialah harta dan keluarganya, kemudian kedua-duanya pulang dan yang hanya tinggal tetap adalah amalannya." Telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari hadis Qatadah dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda "Ada tujuh pekara yang pahalanya tetap berlaku bagi seorang hamba setelah ia meninggal dan ketika ia berada di kuburan. Iaitu orang yang pernah mengajar ilmu, yang mengalirkan sungai, yang mengali kolam air, yang menanam pokok korma, yang mendirikan masjid, yang mewarisi Mushaf atau yang meninggalkan anak soleh yang mahu mendoakan keampunan untuknya setelah ia meninggal dunia ". Hadis Qatadah ini gharib kerana hanya diriwayatkan secara tunggal oleh Abu Nu'aim dari Al Azrami Muhammad bin Abdullah dari Qatadah. Tetapi hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Abu Abdullah bin Muhammad bin Yazid bin Majah al Qazuwaini dalam sunan nya dari hadis al Zuhri.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Abdullah al Aghar dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya termasuk amal dan kebajikan yang menyusul seorang mukmin setelah kematiannya ialah ilmu yang ia ajarkan dan ia sebar luaskan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan, masjid yang ia dirikan, rumah yang ia bangunkan untuk Ibnus Sabil, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang ia keluarkan dari hartanya sewaktu ia masih sehat yang menyusul setelah ia meninggal dunia".

Diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah bahawa ia mendengar Anas bin Malik mengatakan bahawa Rasulullah bersabda " Sedekah yang kamu keluarkan atas nama mayatmu akan dibawa oleh malaikat dan diletakkan diatas dulang dibuat dari cahaya. Kemudian ia berdiri diatas bahagian kepala mayat yang ada didalam kubur lalu menyeru "Wahai penghuni kubur yang asing, keluargamu mengirimkan hadiah ini kepada mu maka terimalah ". Kemudian malaikat itu masuk kedalam kuburnya hingga kuburnya diperluas dan diberi cahaya didalamnya. Penghuni kuburan itu berkata "Semoga Allah memberikan balasan terbaik kepada keluargaku". Berkata penghuni kuburan disebelahnya "Sayang sekali aku tidak meninggalkan seorang anak atau sesiapa pun yang mahu menginggatiku dengan mengirimkan sesuatu". Ia berasa sedih manakala yang lain merasa gembira berkat sedekah." Hadis ini adalah sebuah hadis daaif yang terdapat dalam kitabnya bertajuk "as Silsilat adh Dhaifat" (486).

Basyar bin Ghalib bercerita " Aku bermimpi bertemu dengan Rabi'ah al Adawiyah, seorang wanita yang soleh dan sangat tekun beribadah. Aku selalu mendoakannya, ia berkata " Hai Basyar, hadiahmu telah aku terima dalam sebuag dulang yang diperbuat dari cahaya ditutupi sehalai sapu tangan dari sutera. Begitulah, hai Basyar, doa orang-orang mukmin yang masih hidup kepada saudara-saudara mereka yang telah meninggal dunia. Doa mereka diterima dengan berkata "Ini hadian sipulan untuk mu ".


CATITAN PENULIS :

Telah kita semua ketahui bahawa apa juga bentuk amalan, doa, sedakah, harta wakaf, bacaan-bacaan ayat al Quran, tahlil, kenduri arwah, aqikah, qurban, umrah, haji, im'faq, taubat, wirid, tahmid, takbir dan sebagainya lagi boleh dihadiahkan pahalanya kepada simati, tambah-tambah jika simati itu ialah ayah dan ibu kita sendiri yang meninggalkan begitu banyak harta dan wang ringgit. Adalah menjadi tugas warisnya untuk melakukan semua pekara yang melibatkan amalan-amalan yang berterusan limpahan pahalanya untuk simati bagi membantunya dialam kubur, Paling utama ialah untuk membayar semua bentuk hutang piutangnya kepada manusia yang masih hidup, kemudian memfaraidkan harta pusaka peninggalannya, membuatkan upah haji atau umarah, kemudian membuat derma dan sedakah kejalan Allah, dilakukan juga imfaq kepada hartanya kejalan Allah serta menguruskan pusaka yang lain yang bukan berbentuk harta dan wang ringgit umpamanya kitab-kitab peninggalannya, kajian ilmiah berbentuk manuskrip berharga, pengajian ilmiah yang dibukukan, pelajaran dan penbelajaran berbentuk teks bacaan, kajian-kajian ilmiah, penyelidikan- penyelidikan ilmiah dan sejarah, tulisan-tulisan kitabnya yang boleh diterjemah dan banyak lagi jenis Mushaf-mushaf yang berguna untuk pembangunan Umat Islam dan Negara amnya. Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis-hadis yang telah dibentangkan didalam bab ini diatas tadi. Semua ini adalah amal jariah yang berjalan keberkatan pahala amalannya sampai kehari kiamat kepada simati dan mereka yang masih hidup yang mempunyai hubung kait dengannya.

Cuma satu saja masaalah yang timbul dari semua masaalah ini yang amat sukar diterima oleh mereka-mereka yang tidak didalam pengkajian Hakikat atau rohiah iaitu bagaimanakah caranya untuk menyampaikan semua itu kepada simati sedangkan semua yang disebutkan itu adalah berbentuk hakikat atau rohiah yang tidak nampak dengan mata kasar dan tak boleh dipegang dengan tangan ??? Apakah hanya dengan menganggap pahala amalan itu telah menyampai kepada mereka yang ditujukan untuk mendapat keberkatannya ia sudah memedai ??? Atau hanya menyerahkan saja kepada Allah untuk menguruskannya, seperti budak suruhan kamu melakukan kerja untuk kamu ??? Atau hanya membiarkan sahaja ia tampa kita peduli sampai atau tidak ??? Atau bagaimana yang seharusnya kamu buat untuk menyampaikan hadiah kamu melalui Malaikat Zabaniah kepada arwah ayah dan Ibu kamu ??? Semua persoalan ini tidak mungkin dapat dirungkai jika kamu tidak memahami pengajian keilmuan Alam Rohaniah, Hakikat dan Makrifah dengan memulakannya dari peringkat awal Tarikatnya atau jalannya. Hanya mereka yang telah faham dan duduk disini bergelar "Khalifah" yang mampu menyerahkan "Dulang Cahaya" itu kepada Malaikat Zabaniah bagi menyampaikannya pula kepada simati iaitu ayah dan Ibu mereka dialam Barzah.

Malang sekali didalam kitab ini tiada perbahasan seumpama itu dibuka kerana pengajian dan keilmuan yang ada disini hanya mencakupi hal ehwal ilmu syariat dan pengkajian hadis Rasulullah saw sahaja. Ia tidak menjurus masuk kedalam ilmu yang lebih jauh, itulah sebabnya tiada perbahasan seumpama itu disini. Padahal jika direnung dalam-dalam akan hadis-hadis tersebut juga terkandung ilmu kerohanian dan alam hakikat. Waallahua'lam.


Tiada ulasan: