Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat
Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)
Diriwayatkan oleh Abu Isa @ ath Tarmidzi dari Muthar bin Akamis bahawa Rasulullah bersabda "Apabila Allah memutuskan seseorang hamba akan meninggal dunia disuatu bumi, Allah membuat ia punya keperluan datang kesana atau ia punya kepentingan padanya". Kata ath Tarmidzi lagi, menurut Abu Izzah hadis ini gharib kerana Muthar bin Akamis tidak meriwayatkan hadis dari Nabi saw selain dari hadis ini sahaja. Diriwayatkan pula oleh Abu Izzah bahawa Rasulullah saw bersabda "Apabila Allah memutuskan seseorang hamba akan meninggal dunia disatu negeri, Allah menjadikan ia punya hajat pergi kesana atau ia punya kepentingan padanya ". Hadis ini hasan sekaligus sahih. Untuk pengatahuan, bahawa Abu Izzah ini adalah merupakan sahabat Nabi yang nama sebenarnya ialah Yassar bin Ubaid.
Dalam sebuah syair mengatakan "jika seekor burung dara milik seorang berada disuatu negeri, pasti ada keperluan kenapa ia terbang kesini".
Telah diriwayatkan oleh ath Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah didalam kitabnaya bertajuk "Nawadir al Ushul" bahawa Abu Hurairah berkata "Rasulullah mengajak kami mengelilingi segenap sudut kota Madinah. Melihat sebuah kubur digali, Baginda mendakatinya dan berdiri didepannya lalu Baginda bersabda "Untuk siapa kuburan ini ?". Dijawab "Untuk seorang penduduk Ethopiah". Baginda bersabda "Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Ia memeng dicipta dari bumi dan langitnya sehingga ia dikebumikan dibumi dimana ia diciptakan daripadanya ".
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dan Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda " Apabila ajal seseorang hamba itu berada disesuatu negeri, ia akan terdorong oleh sesuatu hajat keperluan pergi kesana dan ketika ia sampai kebatas terakhir langkahnya, Allah mencabut nyawanya. Pada hari kiamat kelak bumi iyu akan berkata "Ya Tuhanku, inilah yang pernah Engkau kirimkan kepadaku".
KETERANGAN:
Menurut para Ulama, hadis-hadis diatas tadi adalah merupakan peringatan kepada hamba manusia supaya sentiasa mengingati mati. Juga supaya mereka bersiap sedia dengan cara mentaatai perintah Allah dengan sebaik mungkin, berhenti berbuat zalim, cepat membayar hutang piutang dan membuat wasiat yang pernah dinyatakan terutama apabila ia mahu keluar negara, kerana tidak diketahui ajal mautnya itu. Seorang penyair berlagu ;
"Langkah kakimu telah ditentukan, kemana rezekimu, bertebaran berada dimana- mana, telah ditentukan kematian mu disuatu negeri, maka kamu tidak akan mati dinegeri yang lain "
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Nu'aim bahawa sebuah cerita pada zaman dahulu ada seorang umat Nabi Allah Sulaiman as berkata "Wahai Nabi Allah, aku ada keperluan di negeri India. Tolong perintahkan angin untuk membawaku kesana sekarang juga ". Nabi Allah Sulaiman as memandang kearah malaikat maut yang telah berada disisi orang itu sambil sedang tersenyum. Nabi Allah Sulaiman as pun bertanya kepada malaikat maut itu "Kenapa kamu tersenyum ?". Malaikat maut pun menjawab "Aku memang telah diperintah Allah untuk mencabut nyawa orang ini di negeri India dan aku melihat dia berada disisimu". Kemudian angin segera membawa orang itu ke negeri India, manakala sampai sahaja ia disana, nyawanya pun dicabut saat itu juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan