Catatan Popular

Sabtu, 16 April 2016

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KESEMBILAN : PADA MENYATAKAN [TENTANG BAHAYANYA] SANGAT LOBA ATAS BERKATA-KATA



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya [sifat] loba [dan tamak] atas [menurut kehendak hawa nafsu yang mahu sentiasa] berkata-kata itu [adalah suatu] kelakuan yang [sangat] dicela [oleh agama Islam] yang wajib atas kita [semua] menjauhkannya kerana apabila loba [dan tamak] seseorang [itu] atas [menurut kehendak nafsu yang mahu sentiasa] berkata-kata [maka] nescaya [akan] keluar[lah] daripada[ lidah]nya perkataan[-perkataan] yang sia-sia.

Dan [ketahuilah oleh mu bahawasanya] berkata-kata dengan [perkataan-perkataan] yang sia-sia itu [menjadi] sebab bagi gelap[nya] jantung [seseorang itu] bahkan [dengan kerana] banyak berkata-kata itu [menjadi] sebab bagi mati[nya] jantung itu.

Hadith 27. Dan kerana itu membesarkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam akan pekerjaan [perbuatan] lidah maka bersabda[lah] ia,ertinya, “dan tiada[lah yang] menyembamkan akan manusia atas hidung mereka [sendiri] itu melainkan [apa-apa] yang diketam[kan] oleh lidah mereka itu”.

Ertinya, [iaitu apa yang dihasilkan dengan] perkataan mereka itu.

Hadith 28. Dan bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam],ertinya, “barangsiapa membenarkan ia akan Allah Taala dan akan hari kiamat maka hendaklah berkata-kata ia akan yang baik atau hendaklah diam ia”.

Hadith 29. Dan bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam],ertinya, “barangsiapa menjamin ia bagi ku akan barang yang antara dua tulang dagunya dan dua kakinya nescaya aku jamin baginya syurga”.

Dan dikehendaki dengan barang yang antara dua tulang dagu itu [ialah] lidah.

Dan dikehendaki dengan barang yang antara dua kaki itu [ialah] faraj.

Ditanya akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, “daripada [perkara] yang lebih banyak barang yang masukkan ia ke dalam api neraka”? Maka bersabda, “dua yang berlubang, pertama mulut, kedua faraj ”.

Hadith 30. Dan sabda ia [sollallahu alaihi wasallam], ertinya, “barangsiapa banyak perkataannya nescaya banyak oleh tersalahnya dan barangsiapa banyak tersalahnya nescaya banyak dosanya dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka itu lebih utama dengan dia”.

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya ada lagi lidah itu kebinasaan yang banyak tetapi memada akan dikau kerana menolak akan semuanya oleh beramal dengan satu ayat [Al ]Quran yang mulia iaitu firman Allah Taala,ertinya, “tiada ada kebajikan pada banyak daripada bisik-bisik mereka itu melainkan mereka yang menyuruh ia dengan bersedekah atau kebajikan atau mendamaikan antara manusia”.[Surah An Nisa Ayat 114]

Makna ayat ini bahawa tiada engkau berkata-kata pada barang yang tiada memberi manafaat akan dikau dan engkau simpankan akan perkataan engkau pada yang memberi faedah maka ada padanya kelepasan daripada kebinasaan dunia dan akhirat.

Dikehendaki dengan barang yang tiada memberi manafaat itu iaitu perkataan yang jikalau ditinggalkan dia nescaya tiada luput dengan dia oleh pahala akhirat atau faedah dunia yang sangat dihajatkan.

Dan barangsiapa menyimpankan ia daripada perkataan atas yang memberi manafaat nescaya sedikit oleh perkataannya.

Maka hendaklah engkau fikirkan pada ketika engkau berkata-kata dengan barang yang tidak berfaedah akan bahawasanya jika[lau] menyebut engkau akan nama Allah Taala ganti daripada [menyebut] perkataan yang tiada berfaedah itu nescaya adalah ia untung yang sangat besar kerana zikrullah itu menyerupai ia akan sepotong emas dan perkataan yang tiada berfedah itu menyerupai ia akan sepotong daripada tanah yang keras maka betapa suka[nya dan peliknya ada] orang yang berakal [tetapi tiba-tiba dia] meninggalkan ketul emas dan mengambil ia akan ketul tanah yang keras.

Ini jika perkataan itu tiada padanya dosa.

Maka jika ada padanya dosa nescaya telah rugi ia dengan sebab meninggalkan emas dan mengambil ia gantinya akan sepotong api dan yang demikian itu rugi yang sangat besar.

Maka setengah daripada segala perkataan yang tiada memberi manafaat itu [seperti] menceritakan segala perjalanan dan kelakuan makanan segala negeri dan segala adat manusia.

Dan [mernceritakan] segala kelakuan manusia dan kelakuan perniagaan dan perusahaan.

Ini setengah daripada barang yang banyak manusia berkata-kata padanya.

Maka setengah daripada kebinasaan lidah yang banyak itu berdusta dan mengumpat dan berbantah-bantah dan memuji dan melawak ([ber]selora).

Adapun berdusta [itu] maka iaitu mengkhabarkan akan sesuatu atas menyalahi barang yang ia atasnya samada mengetahui ia akan yang demikian dan menyengaja ia atau tiada.

Dan mengetahui dan menyengaja itu syarat bagi berdosa bukan syarat bagi nama dusta.

Telah berfirman Allah Taala,ertinya, “maka menjadikan kita akan laknat Allah Taala atas sekelian yang berdusta”.[Surah Ali Imran Ayat 61]

Hadith 31. Dan bersabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, ertinya, “lazimkan[lah] oleh kamu akan benar kerana benar itu menyampaikan ia kepada kebajikan dan kebajikan itu menyampaikan ia kepada syurga dan sentiasa seorang laki-laki itu benar dan bersungguh-sungguh ia akan benar hingga ditulis akan dia pada sisi Allah Taala yang banyak benar, dan jauhkan[lah] oleh kamu akan diri kamu dan akan berdusta kerana berdusta itu menyampaikan ia kepada jahat seperti keluar daripada taat, dan jahat itu menyampaikan ia kepada api dan sentiasa hamba itu bersungguh-sungguh pada berdusta hingga ditulis akan dia pada sisi Allah Taala yang banyak berdusta”.

Dikehendaki dengan ditulis di sini [ialah] dihukumkan bagi yang pertama dengan banyak benar dan mendapat ia akan sifat dan pahala yang banyak benar.

Dan dihukumkan bagi yang kedua dengan banyak berdusta dan mendapat ia akan sifat dan dosa yang banyak berdusta.

Hadith 32. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “jauhkan[lah] oleh kamu akan diri kamu dan takut oleh kamu akan berdusta kerana berdusta itu menjauhkan ia akan iman”.

Hadith 33. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “apabila berdusta seorang hamba Allah Taala sekali berdusta nescaya jauh daripadanya oleh malaikat satu mil kerana busuk dusta yang mendatangkan ia dengan dia”.

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya berdusta itu haram melainkan kerana sangat berhajat kepadanya seperti berdusta pada peperangan dan berdusta kerana mendamaikan orang yang berkelahi dan berdusta suami tatkala ingkar ia di hadapan isterinya bahawa ada madunya lebih kasih kepadanya.

Dan apabila harus berdusta maka yang lebih baik bahawa memakai ia akan bertauriah dan iaitu menyebut ia akan perkataan yang ada baginya dua makna [iaitu] satu makna yang hampir dan satu makna yang jauh maka mengkehendaki ia akan makna yang jauh itu.

Adapun mengumpat maka iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang keji ia akan dia jika mendengar ia akan dia sekalipun engkau benar samada engkau sebut akan kekurangan pada dirinya atau pada akalnya atau pada perbuatannya atau pada perkataannya atau pada pakaiannya atau pada lainnya.

Telah berfirman Allah Taala,ertinya, “dan jangan mengumpat oleh setengah kamu akan setengah-tengah, adakah kasih seorang kamu memakan daging saudaranya yang [telah] mati? Maka benci kamu akan dia”.[Surah Al Hujurat Ayat 12]

Hadith 34. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “jauhkan[lah] oleh kamu akan diri kamu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina, dikatakan bagi Rasulullah, betapa? Ertinya kerana apa mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina? Bersabda ia, bahawasanya seorang laki-laki itu terkadang berzina ia dan bertaubat ia maka menerima Allah Taala akan taubatnya dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya”.

Dan menilik oleh Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam ke dalam api neraka pada malam mikraj maka tiba-tiba di dalamnya beberapa laki-laki yang memakan bangkai maka bersabda ia, “siapa mereka itu [wahai] Jibril? Berkata Jibril, mereka itu [orang] yangf mengumpat manusia”.

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya mengumpat itu haram dengan ijmak melainkan pada enam tempat [yang] diharuskan padanya mengumpat.

  1. Orang yang mengadu kepada raja berkata ia “si anu menzalim ia akan daku” dan menyebut ia akan kejahatan itu.
  2. Orang yang minta tolong pada menghilangkan maksiat maka harus baginya bahawa berkata ia “si anu mengerjakan maksiat, tolong oleh mu akan daku pada menghilangkannya” dan menyebut ia akan nama maksiat itu.
  3. Orang yang [me]minta fatwa, apabila berhajat kepada menyebut pertanyaan seperti berkata oleh isteri “suami aku seorang yang kikir, tiada memberi ia bagi ku akan yang memadai daripada nafkah, maka adakah harus aku ambil daripada hartanya setengah yang memada[i] bagi ku”.
  4. Yang menakutkan akan orang Islam daripada kejahatan orang yang lain seperti berkata ia “perempuan itu jahat kelakuannya maka jangan engkau berkahwin dengan dia” dan menyebut ia akan nama kejahatan[nya] itu.
  5. Bahawa ada seorang yang masyhur ia dengan nama yang ada padanya kecelaan seperti Al A’raj ertinya yang capik.
  6. Bahawa ada ia menzahirkan akan kejahatan maka harus disebutkan kejahatan yang dizahirkannya itu.

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya ubat yang menegahkan daripada mengumpat itu bahawa engkau berfikir pada janji seksa yang datang daripada Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam seperti dipindahkan kebajikan orang yang mengumpat kepada suratan amal orang yang diumpatnya.

Maka tilik[lah] oleh mu akan sedikit kebajikan engaku dan banyak umpat engkau kemudian tilik oleh mu akan kecelaan engau maka berbimbang engkau dengan diri engkau lebih baik daripada berbimbang dengan diri orang yang lain.

Jika ada pada engkau dosa yang kecil maka ketahui[lah] oleh mu bahawasanya mudharat dosa kecil engkau atas diri engkau lebih banyak daripada mudharat dosa besar orang lain.

Dan jika ada pada engkau kecelaan maka ketahui[lah] oleh mu bahawasanya jahil engkau dengan kecelaan diri engkau itu adalah ia sebesar-besar segala kecelaan kerana siapa[kah] manusia yang sunyi daripada kecelaan?

Kemudian jika sunyi engkau daripada kecelaan maka hendaklah engkau syukur akan Allah Taala kerana ganti bagi mengumpat orang itu kerana mengumpat itu [adalah] sebesar-besar kecelaan.

Dan adapun berbantah-bantah maka iaitu mencela akan perkataan orang lain dengan menzahirkan kecederaan padanya samada cedera pada lafaznya atau pada maknanya.

Bermula yang membangkitkan atas berbantah-bantah itu dua perkara.

  1. Adakalanya kerana meninggikan diri dengan menzahirkan kelebihan dirinya.
  2. Dan ada kalanya kerana tabiat yang jahat yang suka menghinakan orang yang lain.

Maka berbantah-bantah itu menguatkan ia akan dua perkara yang sangat keji ini bahkan yang wajib atas engkau bahawa engkau membenarkan akan barang yang engkau dengar daripada perkataan yang benar dan bahawa engkau diam daripada barang yang engkau dengar daripada perkataan yang salah melainkan apabila ada pada menyebutnya faedah yang bangsa agama maka menyebut engkau akan dia dengan lemah lembut.

Hadith 35. Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasaalam,ertinya, “barangsiapa meninggalkan ia akan berbantah-bantah pada ketika ia yang sebenar nescaya diperbuat baginya rumah pada setinggi-tinggi syurga dan barangsiapa meninggalkan akan dia pada ketika ia yang salah nescaya diperbuat baginya rumah pada keliling syurga”.

Bermula yang demikian itu kerana meninggalkan berbantah-bantah atas yang sebenar itu lebih sukar.

Hadith 36. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “tiada menyempurnakan oleh hamba itu akan sebenar-benar iman hingga meninggalkan ia akan berbantah-bantah pada ketika ia sebenar”.

Dan adapun melawak dan [ber]seloroh maka berlebih-lebihan padanya membanyakkan ia akan tertawa-tawa dan mematikan ia akan hati dan mensebabkan ia akan dendam dan menghilangkan akan keadaan ditakuti.

Hadith 37. Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “jangan membantahi engkau akan saudara engkau dan jangan engkau melawa dan berseloroh dengan dia”.

Hadith 38. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “bahawasanya seorang laki-laki sesungguhnya berkata-kata ia dengan satu perkataan yang menjadikan ia dengan dia tertawa-tawa sekelian yang duduk sertanya maka jatuh ia dengan sebabnya lebih jauh daripada bintang ketiga”.

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya sedikit daripada melawak (berseloroh) dengan perkataan atau perbuatan pada setengah masa tiada dilarang akan dia.

Bahkan adalah ia harus.Istimewa serta kanak-kanak dan perempuan kerana membaikkan akan hati mereka itu.

Hadith 39. Sesungguhnya diceritakan akan yang demikian itu daripada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tetapi bersabda ia,ertinya, “bahawasanya aku berseloroh (melawak) dan tiada berkata aku melainkan akan yang sebenar”.

Hadith 40. Dan bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam] bagi seorang perempuan yang tua,ertinya, “tiada masuk syurga perempuan yang tua”.

Ertinya tiada berkekalan ia tua di dalam syuga bahkan dijadikan dia muda pada ketika masuk ke dalamnya.

Dan diriwayatkan bahawasanya berlumba-lumba ia akan Siti Aisyah radhiyallahu anha dengan berlari.

Hadith 41. Dan bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam] bagi seorang kanak-kanak,
ertinya, “hai bapa ‘Umair apa memperbuat oleh anak burung ciak?”.

Adalah budak itu bermain[-main] ia dengan anak buruk ciak.

Hadith 42. Dan bersabda ia bagi Suhaib radhiyallahu anhu pada ketika makan tamar oleh Suhaib radhiyallahu anhu, ertinya, “adakah patut engkau makan [buah] tamar pada ketika engkau sakit mata? Maka bersembah oleh Suhaib radhiyallahu anhu, hanyasanya aku makan dengan sebelah mata yang lain, maka tersenyum oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam”.

Maka seumpama  yang tersebut tiada mudharat dengan dia dengan syarat benar dan tiada menjadikan ia akan beradat.

Adapun memuji maka padanya enam kebinasaan.

Empat kebinasaan atas yang memuji dan dua kebinasaan atas yang dipuji.

Maka kebinasaan [atas] yang [memuji ialah],

1. Bahawasanya yang memuji itu terkadang berlebih-lebihan ia pada memuji itu maka jatuh ia ke dalam dusta.

2. Bahawasanya terkadang menzahirkan ia akan kasih akan yang dipujinya pada ketika tiada kasih ia akan dia pada batinnya maka jatuh ia ke dalam riya.

3. Terkadang berkata ia akan barang yang tiada diyakinkannya seperti berkata ia, “bahawasanya si anu adil atau warak” dan yang seumpamanya daripada yang tiada diyakinkannya maka adalah ia berkata dengan ketiadaan aturan

Hadith 43. Dan memuji seorang lelaki di hadapan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam akan seorang yang lain maka bersabda nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “kasihan akan dikau, telah engkau potong leher kawan engkau”.

4. Bahawasanya yang memuji itu menjadikan ia akan yang dipujinya itu sukacita dan terkadang adalah yang dipuji itu orang yang zalim maka berdosa ia dengan sebab memasukkan sukcita ke dalam hatinya.

Hadith 44. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, ertinya, “bahawasanya Allah Taala [se]sungguhnya marah Ia apabila dipuji akan orang yang fasik”.

Dan berkata Al Hasan rahimahullahu Taala, “barangsiapa mendoa ia bagi orang yang fasik dengan berkekalan hidup maka [se]sungguhnya telah kasih ia bahawa dikerjakan maksiat Allah Taala maka orang yang zalim yang fasik sayugia bahawa dicela akan dia supaya kurang gemarnya pada zalim[nya] dan fasik[nya] itu”.

Dan adapun [kebinasaan atas] yang dipuji maka salah satu daripada dua kebinasaannya [itu] bahawa,

1. Terjadi padanya takabbur dan ‘ujub yang bermula keduanya [itu menjadi] sebab bagi binasa[nya seseorang itu].

Hadith 45. Kerana inilah bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “telah memotong engkau akan leher kawan engkau”.

2. Bahawa sukacita ia dengan dia maka lemah ia daripada mengerjakan ibadah dan redha ia daripada dirinya.

Adapun jika sejahtera yang memuji dan yang dipuji daripada kebinasaan maka tiada dilarang memuji itu bahkan terkadang adalah ia sunat.

Hadith 46. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “jika ditimbang iman Abu Bakar radhiyallahu anhu dengan iman sekelian alam nescaya lebih berat ia”.

Hadith 47. Dan bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “jika tiada dibangkitkan akan daku jadi pesuruh nescaya dibangkitkan akan dikau hai Umar”.

Dan [se]sungguhnya telah memuji Rasulullah sollallahu alaihi wasallam akan banyak daripada sahabat[-sahabat baginda] kerana mengetahui ia akan bahawasanya yang demikian itu menambah ia pada rajin mereka itu dan tiada menjadikan ia akan mereka itu membesarkan diri dan ‘ujib.

Dan sayugia bagi mereka yang dipuji bahawa mengamat-amati ia pada kesudahan yang ditakuti kerana terkadang adalah [se]seorang itu baik [pada permulaanya] tetapi kesudahannya [menjadi] jahat dan [akhirnya menuju [ke]pada kebinasaan segala amalan kebajikan dan [ketika itu] bahawa ingat ia akan kejahatan dirinya.

Dan bahawa menzahirkan ia akan benci bagi puji itu serta benci ia akan dia di dalam hatinya.

Hadith 48. Dan kepada ini menunjukkan oleh sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “genggam oleh kamu akan tanah dan lemparkan[lah] oleh kamu akan dia pada segala muka yang memuji”.

Dan berkata Saidina Ali karramallahu wajhah tatkala dipuji akan dia,ertinya, “hai Allah, ampuni oleh mu bagi ku akan barang yang tiada mengetahui mereka itu akan dia dan jangan engkau ambil salah akan daku dengan sebab barang yang berkata mereka itu akan dia dan jadikan oleh mu akan daku lebih baik daripada barang yang menyangka mereka itu akan dia”.

Tiada ulasan: