Catatan Popular

Jumaat, 24 Februari 2017

Kisah Imam Ahmad dihalau keluar dari masjid hanya kerana doa si pembakar roti

Imam ibnul Jawzi (rahimahullah) menulis buku berkenaan Imam Ahmad (rahimahullah) dan kisah yang membuatkan imam Ahmad menangis sewaktu dia bermusafir dikala menuntut ilmu.

Imam Ahmad adalah  manusia paling terkenal di zamannya sebagai imam muktabar dan imam mujtahid(yang melakukan ijtihad)

Imam az-zahabi meriwayatkan bahawa dia mendapat solat jenazah yang paling terbesar sekali di zaman kehidupannya, selepas beliau meninggal dunia, seramai 1.3 juta orang yang menyembahyangkan jenazah beliau.

Subhanallah!!!,anda boleh bayangkan,betapa terkenalnya dan disanjunginya imam ahmad dizamannya sebagai pemuka imam dizamannya,penghulu imam
ahli sunnah wal-jamaah di zamannya.Dia(imam Ahmad) terpaksa menutup wajahnya ketika berhijrah dan bermusafir untuk mencari ilmu supaya orang-orang 
awam tidak mengenalinya, yang dialah Imam Mujtahid "Imam Ahmad bin Hanbal" kerana begitu terkenalnya dia di zaman kehidupannya.

Suatu hari, dia bermusafir ke Syam dan kerana sudah terlampau letih dan lewat malam,beliau berhenti di sebuah Masjid untuk bermalam di sana. Akan tetapi,pengawal masjid di sana menghalau beliau (imam-Ahmad),dan,


imam Ahmad berkata: "saya tiada tempat untuk pergi kemana-mana".
Namun,pengawal tersebut tetap menghalau Imam Ahmad tanpa mempedulikan nasibnya yang tiada tempat untuk berteduh selain di Masjid(rumah Allah S.W.T).

Walaupun dia sebagai pemuka imam di zamannya,tunggak utama Mazhab Hambali mampu untuk mengucapkan "Saya adalah Imam Ahmad yang terkenal",namun, beliau tidak mengambil kesempatan diatas keperibadian diri beliau sebagai tunggak utama Mazhab hambali,dan Imam Mujtahid di zaman beliau.

Dan Selepas itu, Imam Ahmad mengambil barang-barangnya dan pergi ke tangga di luar masjid untuk bermalam disana,selepas dihalau keluar dari dalam masjid,Kemudian, pengawal tersebut keluar dan cuba menghalaunya sekali lagi dari tangga tersebut.

Imam Ahmad terkelu lidah dan tidak tahu untuk membuat apa-apa lagi melainkan hanya bertawakkal kepada Allah s.w.t di atas nasibnya sebagai musafir untuk menuntut dan memuliakan ilmu Allah S.W.T

Kemudian pengawal tersebut berkeras untuk menghalaunya,Lantas,mengambil barang-barang imam Ahmad dan membuangnya dan mencampakkannya ke-luar masjid dan Imam Ahmad diheret kakinya keluar hingga ke tengah jalan dan ditinggalkan beliau bersendirian di tengah jalan.

Kemudian Imam Ahmad redha dengan nasib dan ketentuan Allah S.W.T terhadapnya,
dan kemudian dengan takdir Allah S.W.T seorang tukang pembakar roti yang mempunyai kedai roti ternampak imam Ahmad di tengah jalan tersebut dan mengajak sang imam untuk tinggal bersamanya.

dan pembuat roti itu berkata : Saya akan membakar roti pada malam in   dan kamu bolehlah tidur di sini.


Imam Ahmad hanya berdiam diri tanpa berkata apa-apa dan hanya memerhatikan pembakar roti tersebut....

Disaat dia membakar roti,secara tiba-tiba si pembakar roti melafadzkan zikir:

SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha il Allah, Allahu Akbar …
SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha il Allah, Allahu Akbar …
SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha il Allah, Allahu Akbar …

Sepanjang malam,sambil membakar roti,dia memecahkan keheningan malam dengan bertasbih dan berzikir kepada Allah Azza wa jalla...

Imam Ahmad sangat terkejut melihat amalan si pembuat roti tersebut kerana,manusia kebiasaannya mudah penat dan bosan berzikir,namun dia (si pembuat roti tersebut) beristiqamah berzikir di tempat kerjanya sambil membakar roti.

Kemudian Imam Ahmad bertanya :Sudah berapa lama kamu melakukan                     zikir tersebut???

Si pembuat roti menjawab   :Sepanjang hidup saya.


Imam Ahmad lantas bertanya  :Apakah yang kamu dapat daripada zikir harian yang kamu lakukan secara berterusan ini??? (walaupun beliau tahu akan fadhilat berzikir kerana beliau seorang Muhaddis)


Si pembuat roti menjawab   : Saya tak pernah berdoa' sekalipun melainkan Allah        Azza wa-jalla menjawab seruan doa' saya dan dia mencelah  menjawab sekali lagi dan saya tidak pernah berdoa kepada   Allah melainkan hanya satu permintaan....

Imam Ahmad bertanya   :  Apakah ia??

Si pembuat roti menjawab   : Untuk berpeluang berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad berkata  : Lantas,Imam Ahmad terus menangis dan berkata.                          

Subhanallah!!!!!!!Sekarang, dan disinilah, Allah telah membawa kamu Ahmad, (Ahmad),  hanya  kerana menjawab  seruan doa'mu untuk  berjumpa denganku, imam Ahmad.  Kalaulah bukan kerana doa' mu, nescaya aku  akan dapat tidur dengan Aman di masjid tadi....

Tiada ulasan: