Pada suatu
hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai
makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan
untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar.
Anak perempuan Imam Ahmad
yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada
ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu
seorang ulama yang sangat alim.
Sebaliknya
apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang
benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak
permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu
berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara
menyebabkan kekurangannya, wahai ayah.
Pertama,
pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak
masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah
masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.” Imam Ahmad bin
Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas
persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu
kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia
berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah
kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku
tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan
lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah.
Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu
penyakit.
Aku makan
semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan
makananmu itu.” Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana
ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba
seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan
dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam
sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara keempat yang menyebabkan aku
tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu
aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat
Insya’.” Targhib :
Sebenarnya sebarang persoalan yang dilakukan oleh ulama
tersimpul berbagai hikmah yang tidak boleh dilihat sebagai keburukan. Malah
ulama tidak boleh kita mengupat serta kata sesetengah ulama “Daging ulama
adalah beracun”. Jika sesiapa mengupat mereka memakan daging ulama yang beracun
yang pasti akan memudaratkannya. Ada mereka-mereka yang ke Nizamuddin melihat
ulama-ulama (elders) di sana dengan pandangan keburukan.
Namun begitu
akhirnya jelas kepada mereka kesilapan sangkaan mereka. Sekitar tahun 80an
ramai saudara-saudara dari Negara Arab yang berkunjung ke Nizamuddin, India
untuk melihat dengan lebih dekat ulama-ulama Jemaah Tabligh di sana. Ada salah
seorang ahli jemaah dari Saudi bila sampai di Markaz Masjid Banglowali,
Nizamuddin lansung merasa jijik dan hina apa lagi bila terdapat orang-orang
miskin meminta sedekah di hadapan masjid. Kehinaan itu bertambah lagi bila
melihat Amir Jemaah Tabligh yang ketiga Maulana I’namul Hassan dan beberapa
lagi ulama memakan Sireh.
Bila melihat semua ini, ia mencemoh dengan nada hina
dengan mengatakan, “Adakah memakan sireh itu sebahagian dari Sunnah Nabi saw ?”
dengan nada ketawa tak kala sampai ke bilek “foreigner”. Kebiasaan saudara Arab
dari Saudi sesetengahnya berfahaman Salafi. Namun pada malam tersebut beliau
bermimpi Nabi saw menyediakan balutan sireh dan diserahkan balutan sireh
berkenaan kepada Maulana I’namul Hassan.
Selepas dari
itu ianya menyesal dan bertaubat dari sangkaan buruknya itu. Selepas dri itu
ada sesetengah orang Arab yang memakan sireh. Penulis sendiri pernah bersama
dengan Amir Negara Yamen yang mana penulis mendapati beliau memakan sireh
seperti orang India. Ketawa sakan penulis melihatnya. Pernah juga berlaku
perkara yang serupa kepada jemaah dari salah satu Negara Arab. Kerana kebiasaan
saudara Arab kita khuruj di Pakistan serta kehebatan di dalam berdakwah.
Malah
banyak negara telah mereka kunjungi , namun tak kala sampai di Masjdi
Banglowali, Nizamuddin (Ini adalah kerana sebahagian Negara Arab sukar untuk
memasuki India kerana dikaitkan dengan Taliban) bila mendengar bayan (
Kuliah/ceramah) dari Maulana Umar Palampuri yang sememangnya cukup hibat dan
memukaukan ramai saudara Arab.
Sebahagianya
mencemoh dengan mengatakan, “ cakap je hebat tapi hanya memerap kat masjid
sahaja. Kalau hebat mengapa tidak khuruj ke seluroh dunia.” Namun sebelum habis
bayan jawapan itu telah terjawab di dalam bayan yang sama. Kata Maulana sambil
menangis tersedu-sedu ,” Saya sangat-sangat ingin khuruj ke seluroh dunia untuk
menjalankan kerja yang mulia ini, namun apakan daya Hadratji (Amir Maulana
‘Inamul Hassan) telah memutuskan saya di sini.”
Ahkirnya baharulah sudara Arab
kita menyesal dan memahami isi kedudukan sebenarnya. Ini adalah demi kerana
kepentingan usaha dan menafaat kepada semua maka Maulana Umar diputuskan
menjadi “Muqimin Nizamuddin”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan