Catatan Popular

Khamis, 23 Februari 2017

TAWAKAL, TAKAFUL DAN KISAH UNTA

Suatu petang di kawasan lapang, Nabi Muhammad SAW berhenti rehat bersama sahabat-sahabatnya. Ketika itu Nabi Muhammad SAW menambat tali unta di sebatang pokok. Ada seorang sahabat tidak menambat unta dan hanya biar begitu sahaja.
Lalu Rasullullah SAW bertanya;
“Wahai sahabat, mengapakah kau tidak tambat unta kamu di pokok itu?”
Lalu sahabat menjawab;
“Ya Rasullullah, aku bertawakal kepada Allah SWT.”
Maka Rasullullah pun menerangkan pada sahabat itu;
“Ya sahabat, sesungguhnya aku menambat untu agar tidak hilang dan barulah aku bertawakal kepada Allah SWT, selepas aku ikat tali unta di pokok tamar ini.”
Terdiam sahabat itu dengan kata-kata Rasullullah.


Kisah ini menunjukkan bahawanya kita harus berusaha dan bersedia dari segala hal dan akhirnya barulah bertawakal kepada Allah SWT.

Tiada ulasan: