Catatan Popular

Khamis, 9 Februari 2017

KISAH YUSUF BIN AL-HUSAIN AR-RAZI DAN GADIS RUPAWAN

Seorang gadis Arab yang hartawan dan rupawan telah jatuh cinta dengan Yusuf bin Al-Husain. Suatu malam gadis itu dengan diam-diam pergi ke tempat Yusuf. Oleh kerana Yusuf tidak mahu bertemu dengan gadis itu, maka Yusuf pun lari dari situ. Apabila beliau tidur malam itu, beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi Yusuf sedang duduk di atas kerusi yang indah dan dikelilingi oleh para malaikat. Setelah melihat Yusuf bin Al-Husain, Nabi Yusuf pun berdiri dan memeluk beliau dan mempelawa beliau duduk disampingnya.  Nabi Yusuf berkata, "Allah telah memberi salam Nya kepadamu. Allah juga telah memberitahuku demikian: 'Yusuf, bila Ratu Zaliha datang kepadamu dengan niat yang jahat, kamu berdoa kepadaKu  supaya dilindungi niat yang jahatnya itu.

Tetapi kau lihatlah Yusuf Al-Husain ini, kerana takutkan kemurkaan Ku dia lari dari gadis yang hendak menemuinya itu. Dia patut di puji. Pergilah berjumpa dengannya.' Oleh itu, sayapun pergi berjumpa denganmu. Saya sampaikan padamu salam sejahtera Tuhan dan nama kamu akan direkodkan dalam senarai hamba-hamba Tuhan yang sejati. Sekarang pergilah kamu berjumpa dengan Dzun'n-Nun Al-Misri agar kamu di syafaatinya dan akan menyampaikan kepada kamu nama Allah yang teragung

Yusuf pun pergi ke tempat Dzun'n-Nun dan berkhidmat kepadanya selama setahun, Apabila Dzun'n-Nun bertanya kepadanya apa yang ia mahu, Yusuf hanya berkata tidak ada apa-apa selain daripada ingin berkhidmat setahun lagi, Dzun'n-Nun membenarkan. Setelah cukup temponnya, Dzun'n-Nun menyuruh Yusuf membuat satu permintaan lagi, Yusuf berkata bahawa beliau ingin diijazahkan dengan nama Allah oleh Dzun'n-Nun. Dzun'n-Nun tidak berkata apa-apa  Yusuf terus berkhidmat kepada Dzun'n-Nun. Suatu hari Dzun'n-Nun menyuruh Yusuf membawa sebuah mangkuk yang telah dibungkus dengan kain untuk diberi kepada orang sufi di seberang sungai sana. Bungkusan itu tidak boleh dibuka. Yusuf menurut saja dan terus pergi.  Kata Dzun'n-Nun, sufi di seberang itu akan mengijazahkan Yusuf.

Sedang menyeberangi sungai itu, Yusuf dengan bunyi di dalam bungkusan itu. Kerana pelik mendengar bunyi itu, Yusuf pun buka bungkusan itu. Dengan serta-merta keluarlah seekor tikus dari dalam mangkuk itu dan jatuh ke dalam sungai (Sungai Nil) dan dihanyutkan oleh air.
Apabila sampai ke seberang sungai maka mangkuk itupun diberikan kepada sufi tersebut dan beliau memohon supaya diijazahkan. Sufi itu menjawab, "Kamu tidak boleh memelihara seekor tikusyang diamanahkan kepada kamu. Bagaimanakah kamu boleh memelihara rahsia nama Allah yang teragung? Kamu telah gagal dalam ujian ini."
Yusuf dukacita dan terus pulang berjumpa dengan Dzun'n-Nun dan menceritakan hal itu semuanya. Dzun'n-Nun berkata, "Saya telah memohon kepada Allah semasa kamu tinggal bersama ku tiga tahun di sini untuk mengijazahkan kamu tidak kurang dari tujuh puluh kali. Tetapi tidak dibenarkan. Kamu sendiri tahu yang kamu telah gagaldalam ujian.  Oleh itu, pulanglah ke negerimu. Tidak lama lagi kamu akan diberi ijazah di sana.

Yusuf memohon supaya diajar lagi. Dzun'n-Nun berkata, "Lupakanlah semua yang telah kamu pelajari itu.  Agar hijab itu boleh disingkap. Selanjutnya, lupakanlah saya ini dan jangan sebut nama saya pada sesiapa sebagai gurumu." Yusuf berkata, "Saya tidak layak menurut kedua-dua arahan tuan itu." Kemudian Dzun'n-Nun berkata, "Oleh itu, mulalah mengajar orang ramai dengan syarahan-syarahan, tetapi ingatlah bahawa kamu jangan sekali-kali mendirikan (mengisbatkan) dirimu (ego)." Yusuf bersetuju menerima nasihat itu. Tetapi sedikit benar orang yang mendengar syarahannya. 

Satu hari,  langsung tidak ada orang yang mendengar syarahannya. Tidak lama kemudian datanglah seorang perempuan tua kepada beliau dan berkata, "kamu telah berjanji kepada Dzun'n-Nun untuk memberi syarahan tiap-tiap hari dan jangan mengisbatkan dirimu (jangan meletakan dirimu antara Tuhan dengan manusia).  Sekarang kamu berdiam diri saja. Bukankah ini telah mungkir janji?. Barulah Yusuf mengetahui kesalahannya. Semenjak itu beliau terus memberi syarahannya tiap-tiap hari selama lima puluh tahun. Tidak peduli samada orang hadir atau tidak.

Satu hari, dalam mimpi, Ibrahim Al-Khawas dan seorang sufi murid Yusuf telah mendengar suara berkata menyuruh pergi bertemu Yusuf bin Husain dan memberitahunya bahawa beliau telah terkeluar dari majlis ketuhanan. Apabila jaga dari tidur murid itu enggan menyampaikan perintah suara itu kepada Yusuf. Besoknya murid itu bermimpi serupa itu juga. Ia enggan juga memberitahu Yusuf.  Kali yang ke tiga suara itu berkata, "Jika kamu tidak menurut perintah ini, kamu akan dihukum dngan berat." Akhirnya dengan terpaksa murid itu pergi berjumpa Yusuf. Murid itu tegak tanpa berkata-kata di hadapan gurunya itu. Yusuf melihatkan keadaan itu, berkata, "Bacalah syair yang indah kepadaku." Murid itu menurut. Mendengar itu, Yusuf menangis mengalir air matanya. Beliau berkata , "Orang memanggilku kafir. Hingga sekarang bacaan Quran tidak menghancurkan hatiku. Tetapi dengan syairmu itu, aku menangis. Oleh itu benarlah Allah mengatakan aku telah terkeluar dari majlis ketuhanan.." Setelah mendengar kata Yusuf, maka murid itupun lari ke dalam hutan dan bertemu kepada Khidr yang berkata kepada murid itu, "Pedang Allah telah mencederakan Yusuf dan syurgalah tempatnya. Seseorang itu hendaklah mencapai perasaan cinta seperti cinta beliau dan mencapai peringkat seperti peringkat beliau. Orang yang hati nya tertumpu kepada Allah tidak akan lagi melihat kekayaan dunia."

Yusuf berkata, "Allah sendiri meminta kepada hamba-hambaNya supaya menumpukan perhatian kepadaNya sahaja. Dia sendiri meminta hambaNya menumpukan dirinya kepadaNya sahaja. Begitulah Allah sangat berharapkan agar manusia kembali kepada Nya."
Seorang saudagar dari Nisabur telah meminjamkan wang kepada seorang yang tinggal jauh dari tempatnya. Beliau hendak pergi bertemu kepada orang yang berhutang itu untuk memungut hutangnya. Saudagar ini ada seorang hamba perempuan yang cantik.  Beliau ingin meninggalkan perempuan ini kepada seseorang yang boleh dipercayai semasa peninggalan ia pergi itu. Akhirnya ditinggalkannya hamba itu dengan seorang sufi yang salih bernama 'Uthman Hariri.  Dengan bersusah-payah saudagar ini meminta sufi ini menerima permintaannya.  Akhirnya diterima juga oleh 'Uthman Hariri.

Suatu hari, dengan tidak sengaja terpandang oleh 'Uthman  akan perempuan itu. Nafsu jantinanya pun melonjak keluar. Tetapi dikontrolkannya dirinya.  Beliaupun pergi berjumpa gurunya dan meminta guru itu memberi nasihat bagaimana hendak mengkontrol hatinya itu. Gurunya itupun menyuruh beliau pergi berjumpa Yusuf bin Al-Husain dan menerima nasihatnya, apabila 'Uthman pergi ke tempat Yusuf, orang ramai berkata kepadanya bahawa Yusuf itu seorang kafir dan tukang bidaah. Beliaupun kembali pulang. Setelah gurunya mengetahui itu, disuruhnya juga 'Uthman pergi berjumpa Yusuf. Kali ini terkejut 'Uthman apabila sampai ke tempat Yusuf  kerana dilihatnya Yusuf bersama seorang pemuda yang lawa dengan setempayan arak dan sebuah mangkuk berada di hadapan mereka.  

Meskipun Yusuf ini bersikap sebagai wali Allah tetapi itulah yang dilakukannya. 'Uthman tidak mengerti sikap Yusuf itu. Apabila Yusuf berkata-kata tentang tasauf (keruhanian), perkataanya sangat berkesan dan berpengaruh, hingga 'Uthman sendiri pengsan dalam dzauk (mabuk Allah).

pabila sedar semula, 'Uthman bertanya kepada Yusuf kenapa beliau pada lahirnya bersikap menyalahi kehendak agama. Yusuf menjawab, "Pemuda ini anakku sedang mengaji Quran denganku. Tempayan ini berisi air untuk diminum dimasa panas ini. Berkenaan soalan kenapa aku bersikap seperti ini ialah kerana aku tidak mahu sebarang saudagar menyimpankan hamba perempuannya yang cantik semasa ia pergi kemana-mana." 'Uthman terkejut mendengar kata-kata Yusuf itu. 'Uthman bertanya apa yang patut ia buat sekarang dalam hal tersebut.  Yusuf berkata, "Siapa yang cinta kepada Allah, ia tidak berkawan dengan dunia."


Tiada ulasan: