Ahmad bin Hanbal
yang diberikan gelaran 'Imam Hanbali' adalah salah seorang daripada empat Imam
Besar mazhab ilmu fiqh dalam sejarah islam. Beliau juga seorang yang alim dan
tegas dan menghafal banyak hadis, selain al-Quran. Beliau juga sanga banyak
beribadat kepada Allah SWT dan sentiasa takut kepadaNya.
Oleh itu, wajarlah beliau sangat dikasihi Allah dan kerana itu banyak karamah yang diberikan kepadanya sehingga beliau sangat dihormati dan disegani oleh orang ramai.
Imam Tabrani meriwayatkan bahawa ada seorang ibu lumpuh
seluruh anggotanya selama 20
tahun, tetapi dengan karamah Imam Hanbal penyakitnya itu disembuhkan oleh Allah
SWT.
Pada suatu hari, ibu menyuruh anak lelaki pergi menemui Imam Hanbal. Anaknya yang taat itu pergi ke rumah Imam Hanbal dan mengetuk pintu rumahnya beberapa kali tetapi ketukannya tidak berjawab. Si anak berazam tidak akan pulang sehingga dia dapat menyampaikan permintaan ibunya kepada Imam Hanbal.
Akhirnya dia mendengar suara jawapan dari dalam :"Siapakah di luar?"
Si budak lelaki tadi menjawab :"Ibuku adalah seorang yang lumpuh seluruh anggota tubuhnya, dia menyuruh saya ke mari supaya tuan mendokannya.
Imam Hanbal menjawab: "Kami lebih perlu didoakan"
Mendengar jawapan itu, si anak pergi untuk menyampaikan kepada ibunya tentang apa yang telah diberitahu oleh Imam Hanbali kepada ibunya. Tetapi sampai sahaja di rumah dia terkejut melihat ibunya telah berjalan.
Beberapa orang murid Imam Hanbali
meriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang ke majlis ilmu Imam
Hanbali dan bertanya kepada hadirin.
Orang itu bertanya :"Siapakah di antara kamu Imam Ahmad bin Hanbal?"
Imam Hanbali:"Sayalah Ahmad bin Hanbali. Apakah yang kamu perlukan dari aku."
Orang itu menjawab:"Saya datang dari tempat yang jauh, saya telah melalui daratan dan lautan semata-mata untuk menyampaikan salam seorang lelaki kepada saya.
"Tahukah kamu Ahmad bin Hanbal?"
Saya menjawab:"Tidak"
Orang itu berkata berkata lagi:"Kalau begitu kamu pergilah ke Baghdad , jika kamu berjumpa dengannya katakan "Khidir kirim salam kepadamu. Dan Zat yang memiliki Arasy redha padamu dan para Malaikat pun senang dengan kesabaranmu kepada Allah SWT.
Ibnu Abi Ward pula berkata:"Aku pernah bermimpi menemui Rasullulah saw aku bertanya kepadaya:"Bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal?" Rasullulah saw menjawab:"Nanti Musa as akan memberitahu padamu tentang Ahmad bin Hanbal."
Waktu aku berjumpa dengan Nabi Musa as aku bertanya:"Hai Nabi Allah, bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal.
Nabi Musa as menjawab:"Dia telah diuji baik dalam keadaan senang atau susah dia tetap bersabar dan sentiasa bersama-sama orang yang sabar."
Orang itu bertanya :"Siapakah di antara kamu Imam Ahmad bin Hanbal?"
Imam Hanbali:"Sayalah Ahmad bin Hanbali. Apakah yang kamu perlukan dari aku."
Orang itu menjawab:"Saya datang dari tempat yang jauh, saya telah melalui daratan dan lautan semata-mata untuk menyampaikan salam seorang lelaki kepada saya.
"Tahukah kamu Ahmad bin Hanbal?"
Saya menjawab:"Tidak"
Orang itu berkata berkata lagi:"Kalau begitu kamu pergilah ke Baghdad , jika kamu berjumpa dengannya katakan "Khidir kirim salam kepadamu. Dan Zat yang memiliki Arasy redha padamu dan para Malaikat pun senang dengan kesabaranmu kepada Allah SWT.
Ibnu Abi Ward pula berkata:"Aku pernah bermimpi menemui Rasullulah saw aku bertanya kepadaya:"Bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal?" Rasullulah saw menjawab:"Nanti Musa as akan memberitahu padamu tentang Ahmad bin Hanbal."
Waktu aku berjumpa dengan Nabi Musa as aku bertanya:"Hai Nabi Allah, bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal.
Nabi Musa as menjawab:"Dia telah diuji baik dalam keadaan senang atau susah dia tetap bersabar dan sentiasa bersama-sama orang yang sabar."
Kisah Imam
Ahmad bin Hambal Menghalau Jin.
Sebahagian
jin yang derhaka memang suka menganggu dan menganiaya manusia dengan pelbagai
cara. Salah satu cara jin mempermainkan manusia ialah dengan masuk dan menjelma
ke dalam tubuh manusia.
Manusia yang
dimasuki jin disebut kesurupan (kerasukkan) dan tidak sedarkan diri, maka semua
gerakan dan percakapannya adalah cakap jin. Walau bagaimanapun jin takut dan
tunduk kepada orang solih yang taat kepada Allah. Pernah terjadi dizaman
khalifah al-Mutawakkil, seorang sahaya perempuan telah dirasuk oleh jin. Dia
bercakap dan bertindak sesuai dengan kehendak jin.
Beberapa
orang telah cuba menghalau jin tersebut tetapi tidak berhasil. Khalifah
teringat kepada Imam Ahmad Ibnu Hambal seorang yang terkenal alim dan taat
kepada Allah swt. Maka khalifah pun mengutus salah seorang teman Imam Ahmad
bertemu beliau. Apabila utusan itu sampai, Imam Ahmad sedang duduk dalam
masjid. "Aku diutus khalifah untuk bertemu tuan" katanya kepada Imam
Ahmad. Kemudian dia berkata lagi "Dirumah Amirul Mukminin ada seorang
sahaya perempuan dirasuk jin. Khalifah meminta tuan agar berdoa kepada Allah
swt supaya sahaya itu sembuh".
Imam Ahmad
tidak banyak bercakap apa-apa tentang aduan utusan itu. Beliau terus mengambil
sepasang terompah kayu dan diberikan kepada utusan khalifah. Beliau menyuruh
agar utusan itu duduk disisi kepala sahaya yang dirasuk itu dengan memegang
terompah kayu itu dan memberikan kata dua kepada jin agar keluar, kalau tidak
akan dipukul 7 kali. Utusan khalifah terus balik dan melaksanakan apa yang
diarah oleh Imam Ahmad. Dia menghampiri sahaya dan duduk disisi kepalanya
sambil berkata "Pilih mana satu yang engkau lebih suka. Kau keluar dari
wanita ini atau aku pukul kepala engkau sebanyak 7 kali dengan terompah kayu
ini". Mendengar ancaman itu, jin berkata melalui lidah perempuan yang
diganggunya "Kami mendengar dan taat kepada Imam Ahmad.
Sekiranya
beliau menyuruh aku keluar dari negeri Iraq ini, tentu aku akan keluar, kerana
Imam Ahmad seorang yang taat kepada perintah Allah." Kemudian jin itu
berkata lagi "Siapa sahaja yang taat kepada Allah, tentu dia ditaati oleh
segala sesuatu". Sejurus kemudian jin itu pun keluar dan perempuan yang
diganggunya pun sedar dan pulih seperti biasa. Setelah beberapa masa berlalu,
Imam Ahmad bin Hambal wafat. Tiba-tiba jin derhaka itu datang lagi ditubuh
wanita yang diganggunya dahulu. Maka jadilah wanita itu dirasuk buat kali
kedua. Oleh kerana Imam Ahmad sudah tiada lagi, maka khalifah memanggil salah
seorang teman Imam Ahmad untuk menyembuhkan sahayanya.
Teman Imam
Ahmad itu pun berbuat sebagaimana Imam Ahmad dahulu iaitu memegang terompah
kayu, duduk disisi kepala wanita yang dirasuk itu dengan berkata kepada jin
"Sila engkau keluar. Sekiranya tidak, akan aku pukul kepala kau dengan
terompah kayu ini sebanyak 7 kali". Rupanya kali ini jin tahu bahwa yang
menyuruhnya keluar bukan Imam Ahmad tetapi hanyalah seorang temannya yang tidak
setaat Imam Ahmad. Maka ia pun tidak mengambil perhatian langsung kepadanya.
Bahkan jin itu berkata "Aku tidak akan taat kepadamu dan tidak akan keluar
dari sini. Adapun Imam Ahmad Ibnu Hambal dahulu adalah seorang yang taat kepada
Allah swt dan aku diperintahkan agar taat kepadanya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan