Dari Jabir r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah
memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:”Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu
sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat
selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh
hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000
farsakh dari tiap penjuru.
Dan di situ Allah s.w.t
mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga
telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji
buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima
itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang.
Dalam sembahyang ia telah
meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya
badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari
kebangkitan.
Maka Allah s.w.t. pun menerima
permintaanya.Berkatalah malaikat lagi:”Oleh itu setiap kali kami naik turun
dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia
akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu
Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:”masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan
limpah rahmatku:” maka berkata orang itu:”Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah
s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah
s.w.t. berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang
itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni
nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat
lain belum dikira.
Maka Allah s.w.t.
berfirman:”Masukkan ia kedalam neraka”.Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun
berkata:”Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu.” Lalu Allah
s.w.t. berfirman kepada malaikat:”Bawakan ia ke mari”. Kemudian Allah s.w.t.
bertanya orang itu:”Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada” Lalu
orang itu menjawab:”Engkau ya Allah”. Kemudian Allah s.w.t. bertanya
lagi:”Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?”.jawab orang itu:”Ya Allah,
dengan rahmatMu.”
Allah s.w.t. bertanya
lagi:”Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”.Jawab
orang itu:”Engkau ya Allah”.Allah s.w.t. bertanya lagi:” Siapakah yang
menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang
mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat
masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan
sebiji delima setiap hari, pada hal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu
kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat
semua itu?”lalu orang itu berkata:”Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang
melakukanya.”Allah s.w.t. berfirman:”Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan
kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu.
”Malaikat Jibrail
berkata:”Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t. Amal yang
dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu
sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu
janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga
Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatNya.Sebab hanya dengan rahmat
Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan