Catatan Popular

Isnin, 13 Mac 2017

SYARAH KITAB AL- HIKAM ATHAILLAH KE 31 : DARJAT ORANG YANG MENJALANI JALAN ALLAH

SYARAH  SYEIKH BESTARI

Menurut Kalam Hikmah ke 31 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:
Mafhumnya :

Orang-orang yang menuju ke jalan Allah telah mendapat pertunjuk dengan cahaya tawajjuh ( yang mendorong ke jalan kebenaran ),manakala orang-orang yang telah sampai ( mengenal Allah dan mencintaiNya ) pula mereka dikurniakan cahaya muwajahah ( berhadapan dengan Allah ).Golongan yang terawal itu adalah untuk al-nur,sedangkan golongan yang kedua itu pula nur-nur buat mereka.Ini disebabkan apa jua usaha mereka kerana Allah bukan kerana yang lain daripadaNya.Katakanlah bahawa Allah jualah ( yang menurunkan kitab itu) dan  kemudian biarkanlah mereka bermain-main di dalam kesesatan.( Maksud firman Allah,Surah Al-An’am ayat 91 )”

Golongan al-Rahilun iaitu golongan yang sedang menjalani jalan Allah yang tentunya mengharapkan tawfiq dan hidayah Allah untuk menempuh cabaran-cabaran seperti :
1          Kedengkian sesama Muslim
2          Kebencian golongan munafiq
3          Penentangan golongan kafir
4          Tipu daya syaitan
5          Penguasaan hawa nafsu

Golongan al-wasilun iaitu golongan yang telah sampai kepada keredhaan Allah,mengenaliNya dan mencintaiNya.Mereka telah dikurniakan dengan cahaya pertunjuk Ilahiyah yang menyebabkan mereka menikmati kasih saying Allah dan mereka pula merindui Allah serta sanggup berkorban pada jalan Allah tanpa merasa takut dan berdukacita dengan segala mihnah atau tribulasi yang menimpa.Semua ujian itu dianggap baja yang menyuburkan iman dan ma’rifah kepada Allah .

Konsep cahaya telah diterangkan oleh Allah SWT didalam al-Quran antarlain Allah berfirman :
Maksudnya : Dan ( ingatlah ! ) sesiapa yang tidak dijadikan Allah-menurut undang-undang peraturanNya- mendapat cahaya ( hidayah ) maka tidaklah ia akan beroleh sebarang cahaya ( yang akan membimbingnya ke jalan yang benar )( Surah al-Nur ayat 40 ).
Firman Allah lagi :
Mafhumnya : Allah yang menerangi langit dan bumi.Bandingan nur hidayah Allah iaitu kitab suci al-Quran adalah sebagai sebuah misykat ( lubang yang tidak tembus ) yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca atau qandil,geluk kaca itu pula jernih terang laksana bintang yaqng bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turun matahari.hampir-hampir minyak itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar kerana jernihnya walaupun ia tidak disentuh api; Sinaran nur hidayat Allah yang demikian itu bandingannya adalah sinaran-sinaran yang berganda; cahaya berlapis cahaya ! Allah memimpin sesiapa sahaja yang dikehendakiNya kepada nur cahaya hidayatNa itu; dan Allah mengemukakan pelbagai perbandingan untuk renungan manusia;dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. ( Surah al-Nur ayat 35 )

Kelebihan al-Wasilun ke atas al-Rahilun dapat dirumuskan daripada enam keadaan hati manusia yang digariskan oleh Imam al-Tirmizi rh :
1          Hati yang hidup iaitu hati yang penuh dengan keimanan dan ma’rifah
2          hati yang mati iaitu hati yang kufur ke atas ni’mat Allah
3          hati yang sihat yang menta’ati Allah
4          hati yang sakit iatu yang terikat dengan maksiat dan dosa
5          hati yang eluk yang sentiasa mengingati Allah
6          hati yang tidur atau yang lalai dari mengingati Allah

Tiada ulasan: