Suatu ketika
dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh ramai manusia . Maka datanglah
seseorang lelaki ahli ibadat yang marah dengan perbuatan syirik orang ramai itu
dengan kapaknya menuju ke arah pokok itu . Tiba-tiba muncullah syaitan yang
menjelma sebagai seorang manusia biasa lalu menghalangnya .
“ Apa
tujuanmu ke mari ? “, tanya orang ( syaitan ) yang menghalang itu .
Jawab ahli
ibadat yang memegang kapak itu : “ Aku mahu menebang pokok yang disembah oleh manusia
ini kerana ia adalah perbuatan menyekutukan ( syirik ) ALLAH “.
“ Apa
masalahnya jika pokok ini terus disembah oleh orang ramai “, tanya syaitan itu
lagi .
Ahli ibadat
itu tetap mahu meneruskan niatnya. Maka terjadilah pergaduhan di antara lelaki
itu dan syaitan. Si lelaki berjaya menewaskan syaitan.
Lalu syaitan
pun memujuk dengan katanya : “ Apakah engkau hidup dengan selesa sekarang ? .
Begini sahajalah . Tak payahlah engkau menebang pokok ini . Dan sebagai
imbalannya , setiap kali engkau bangun daripada tidur , di tepimu telah
tersedia dua dinar ( duit emas ) “ .
Lelaki itu
bertanya lagi : “ Hai , bagaimana mungkin aku mendapatkannya ? “ .
“ Tak
mengapa . Aku yang akan sediakannya setiap kali kau bangun daripada tidurmu “ ;
ujar Sang Syaitan yang melihat pujukannya sudah berjaya .
Keesokan
hari , lelaki itu memang mendapati ada dua dinar di tepi bantalnya apabila dia
tersedar daripada tidurnya . Namun , selepas itu ( lusa ) , tidak ada lagi dua
dinar sebagaimana dijanjikan sebelum itu .
Lelaki itu
pun naik marah lalu bergegas menuju ke pokok itu untuk menebangnya . Tiba-tiba
muncullah syaitan sekali lagi dengan rupa sebagai seorang manusia biasa .
“ Apa lagi
kamu mahu ? “, tanya syaitan .
“ Aku mahu
menebang pokok ini kerana marah dengan perbuatan manusia mensyirikkan ALLAH “ ;
jawab pemuda itu .
Syaitan pun
berkata : “ Kau penipu ! . Sebenarnya bukan kerana ALLAH , tetapi kau datang
kerana mahukan dua dinar yang aku janjikan kepada engkau sebelum ini . Engkau
takkan dapat menebang pokok ini “ .
Lalu
bertambah marahlah lelaki itu . Maka terjadilah pergaduhan di antara lelaki itu
dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia biasa . Lelaki itu
dihempas ke bumi dan hampir sahaja syaitan itu meragut nyawanya .
Lalu syaitan
itu pun berkata : “ Tahukah engkau aku ini sebenarnya adalah SYAITAN ? ….. Pada
mulanya dahulu engkau datang betul-betul marah dengan ikhlas kerana ALLAH
semata-mata. Sebab itu aku tidak mampu mengalahkanmu . Namun pada hari ini ,
engkau datang dengan marah bukan lagi kerana ALLAH , tetapi kerana tidak
mendapatkan dua dinar itu , maka aku berjaya kalahkan engkau “.
Dan keesokan
harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya
yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat
Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w.
sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa
kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu
Hurairah.
“Kalimah
apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah
ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya
sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau
akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi
hari.”
Mendengar
cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata
benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu
denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.”
jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan