Kisah Syuhada Yang Dapat Berbicara Dengan
TuhanNya- Sahabat ini bernama Abdullah bin Umar bin Huram ia adalah seorang
yang syuhada yang diberikan kelebihan bercakap dengan TuhanNya. Ini adalah
merupakan kelebihan yang sangat luar biasa.
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah ra
ia berkata:"Aku bertemu dengan Rasulullah saw beliau bertanya kepadaku
:"Wahai Jabir apakah gerangan yang membuatmu nampak muram durja?"
Aku menjawab:"Wahai Rasulullah ,
bagaimana tidak ayahku telah gugur dalam pertempuran, sedangkan beliau
meninggalkan anak-anak masih kecil dan hutang.
Lalu Rasulullah saw bersabda
:"Apakah engkau ingin aku beritahu apa yang ditemui ayahmu dihadapan Allah
SWT?
Aku menjawab :"Sudah tentu Ya
Rasulullah.
Maka Rasulullah saw bersabda :"Tidak
pernah sekalipun Allah SWT berbicara dengan seorang manusia kecuali dari
sebalik tabir atau hijab dan bertuah sekali bagi ayahmu. Allah SWT berbicara
secara langsung kepadanya tanpa ada hijab. Lalu ayahmu berkata :"Ini yang
aku harapkan dan ia berkata :"Ya Allah hidupkan aku kembali sehingga aku
boleh merasai nikmat terbunuh dijalanMu sekali lagi.
Lalu Allah SWT berfirman : "Bahawa
sesungguhnya telah aku tetapkan bahawa mereka tidak dapat kembali lagi.
Rasulullah saw bersabda :"Lalu
turunlah ayat yang bermaksud :
"Dan jangan sekali-kali engkau
menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu
mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi
Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; ."( Surah Al-Imran ayat 169)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan