OLEH HUJJATUL ISLAM IMAM AL GHAZALI
Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan masuk Syurga selain pengasih. "
Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah pengasih orang yang menyayangi
dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti
menyayangi diri sendiri. "
Erti menyayangi diri itu menyayangi dari seksa Allah dengan
meninggal¬kan maksiat serta bertaubat di samping taat dan ikhlas. Erti
menyayangi orang lain adalah tidak menyakiti seorang muslim.
Rasulullah SAW bersabda: "Muslim adalah orang yang menjaga tangan
dan lisannya terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang dan
tidak menyeksanya. "
Telah bersabda Rasulullah SAW: "Suatu hari orang berjalan. Di
tengah jalan dia kehausan, apabila terjumpa sumur terus dia turlln dan minum.
Ketika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu
berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi. Sepatutnya dia berikan
anjing itu minum. Legalah anjing ilu dan bersyukur kepada Allah. Sehinggalah
Allah mengampunkan lelaki itu."
Mereka berkata, "Ya Rasulullah, adalah pahala bagi kami bila
berbuat baik pada binatang?" Rasulullah SAW menjawab, "Pada setiap
yang berhati baik ada pahalanya. "
Dari Anas bin Malik ra, dia berkata,
"Pada suatu malam Umar r.a berjalan.
Tiba-tiba beliau berjumpa dengan orang-orang yang bimbang akan kecurian.
Lalu Umar berjumpa Abdul Rahman bin Auf lalu ditegurnya, "Apa yang engkau
bawa saat ini wahai Amirul Mukminin?" Umar menjawab, "Aku bertemu
dengan orang-orang yang bercerita padaku ketika sentiasa dalam keadaan
berjaga-jaga kerana selalu terjadi kecurian.
Marilah bersamaku menjaga mereka." Anas berkata, "Keduanya
lalu pergi menjaga orang yang bimbang pada pencuri itu hingga terbit fajar dan
memanggil, "Wahai penduduk Rufqah! Solat! .
Hingga keduanya melihat mereka bangun dan berangkat. Demikianlah, kita
mengikuti jejak para sahabat di mana Allah SWT memuji mereka dengan firman-Nya,
"Belas kasihan antara mereka. Sedang mereka Jelas mengasihi sesama muslim,
semua makhluk dan ahlus zimmah.
Dirawikan dari Umar ra bahawa dia melihat lelaki
tua sedang mengemis.
Umar menegurnya, "Alangkah lalainya aku. Telah kuambil tenagamu di
waktu mudanya namun kini kusia-siakan kau." Lalu Umar perintahkan agar
orang tua itu beri wang dari Baitul Mal.
MMMM
Dari Hasan dan Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi
disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama
muslim. "
Rasululullah SAW bersabda:
"Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah
yang di bumi maka yang di langit akan mengasihimu. "
Baginda bersabda:
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang
tidak pemaaf, takkan dimaafi pula. "
Telah berkata Malik bin Anas, Rasulullah SAW bersabda:
"Padamu ada empat hak sesama muslim; kau ziarahi yang sakit dan kau
sukai taubat. "
Dirawikan bahawa Nabi Musa as berkata, "Ya Tuhanku, sebab apa
Engkau jadikan aku sufi?" Allah berfirman, "Sebab kasihmu pada
makhluk-Ku." Dari Abi Darda' ra, sesungguhnya dia membeli burung dari
seorang budak lalu dia melepaskannya sambil berkata, "Pergi dan hiduplah
engkau!" Rasulullah SAW bersabda:
"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka
itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan
panas dan berjaga. "
Diriwayatkan:
Seorang abid Bani Israel melalui bukit pasir yang dihuni oleh bani Israel yang ketika itu
sedang ditimpa kebuluran.
Maka si abid itu berharap, “Jika pasir ini menjadi gandum, tentu
mengenyangkan mereka." Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Bani
Israel, "Katakan pada fulan bahawa Allah memberimu pahala atas sedekahmu
kepada manusia kerana berharap pasir menjadi gandum."
Oleh kerananya Rasulullah SAW bersabda,
"Niat seorang mukmin lebih baik dari amalnya. "
Diceritakan: Nabi Isa as pada suatu hari keluar
berjumpa Iblis membawa :madu dan
abu. Beliau bertanya, "Apa yang engkau perbuat dengan madu dan itu wahai
musuh Allah?" Iblis menjawab, "Madu ini kuletakkan ke bibir
orang-orang yang mengadu domba sehingga mereka menelannya. Sedangkan abu ini
kuletakkan di muka anak-anak yatim sehingga orang membencinya."
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika anak yatim dipukul, maka goncanglah Arasy Allah kerana
tangisannya. Kemudian Allah SWT berkata, "Hai Malaikat-Ku, siapa yang
membuat anak yatim itu menangis dan di mana ayahnya telah terkubur?"
Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang memberi makan dan minum anak yatim, pastilah Syurga baginya.
"
Dalam kitab 'Raudatul ulama' diceritakan:
Nabi Ibrahim as jika hendak makan, di akan berjalan satu atau dua batu mencari orang supaya
dapat diajak makan bersama.
Pernah suatu hari Ali ra menangis. Ditegur, "Mengapa kau
menangis?"
Ali menjawab, "Tidak ada tamu yang datang tujuh hari ini. Aku
merasa cemas kalau Allah telah menghinakanku."
Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa beri makan orang yang sedang lapar semata-mata untuk
mengkehendaki keredhaan-Nya, wajiblah baginya Syurga. Dan siapa tidak mahu
memberi makan orang yang sedang lapar, maka Allah tidak memberi fadlal padanya
di haki Kiamat dan akan menyeksanya di Neraka."
Baginda bersabda:
"Pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dari Syurga, dekat dari
manusia dan jauh dari Neraka. Dan orang bakhil jauh dari Allah,jauh dari
Syurga, jauh dari manusia dan dekat pada Neraka. "
Baginda bersabda lagi:
"Pada hari Kiamat empat golongan masuk Syurga tanpa hisab; Orang
alim yang mengamalkan ilmunya. Orang yang menunaikan haji tidak berbuat dosa
dan tidak menjadi fasik sampai meninggal. Pejuang yang mati di medan perang
menegakkan kalimah Allah dan pemurah yang bekerja melalui jalan yang halal dan
menggunakannya di jalan Allah tanpa riak. "
Ulama berselisih pendapat terhadap dua golongan ini yang mana masuk
Syurga dahulu.
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Allah jadikan segolongan hamba-Nya memberikan nikmat yang
diberikan oleh Allah untuk kemanfaatan hamba-hamba-Nya yang lain. Siapa bakhil
akan kemanfaatan itu terhadap orang lain, maka Allah akan memberikannya kepada
orang lain. "
Baginda juga bersabda:
"Orang yang pemurah ibarat pohon di Syurga. Cabangnya menurun ke
tanah. Siapa mengambil cabang itu, Allah akan memindahkannya ke Syurga."
Dari Jabir ra dia berkata: Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah amal
terutama?" Rasulullah SAW menjawab, "Sabar dan pemurah."
Miqdam bin Syuraih merawikan dari bapanya dari abangnya, dia berkata,
"Kutanyakan kepada Rasulullah SAW, apakah amal yang boleh memasukkanku ke
Syurga?" Rasulullah SAW menjawab, "Yang mewajibkan itu memberi makan,
memberi salam dan berkata dengan baik."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan