Al-Surrakhsi ialah guru Syeikh Abu Said Abu Al-Khair. Pada satu masa,
Al-Surrakhsi berada dalam kesempitan. Ketika dia sedang duduk di bawah pokok,
dia berdoa, 'Ya Allah.. Semenjak setahun yang dulu, saya perlukan 1 dinar untuk
mencukur kepala saya, tetapi saya belum lagi mendapatnya'.
Imam Al-Khirmani berkata bahawa beliau telah
mendengar suara Al-Surrakhsi itu. Pada masa itu dia berdiri berhampiran di situ
dan sewaktu itu beliau masih kecil dan dianya terlindung daripada pandangan
Al-Surrakhsi.
Setelah
Al-Surrakhsi berdoa sedemikian, semua daun² pokok itu menjadi emas.
Al-Surrakhsi berkata, 'Ouh Tuhan.. mulai dari sekarang, saya tidak akan
lagi menyatakan kesusahan saya kepada Mu'.
Al-Surrakhsi berkata, 'Janganlah risau terhadap masa hadapan dan jangan
tangiskan perkara yang telah berlalu. Hiduplah dalam keadaan sekarang ini'.
Beliau
membuat pesanan terakhir, 'Janganlah kuburkan saya di mana berkuburnya wali²
Allah tetapi kuburkanlah saya di mana berkuburnya orang² yang pecah hatinya
agar saya dapat lebih berkatNya yang terjatuh di situ'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan