Catatan Popular

Ahad, 21 Julai 2019

SIRRUL ASRAR : BAB 17 PENYUCIAN INSAN SEMPURNA, YANG TELAH MENGASINGKAN DIRINYA DAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARIPADA SEGALA URUSAN DUNIA


Tujuan penyucian itu ada dua jenis:

Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam
sifat-sifat Ilahi dan
kedua untuk mencapai makam Zat.

Penyucian untuk memasuki alam sifat-sifat Ilahi memerlukan
pelajaran yang membimbing seseorang di dalam proses
penyucian cermin hati daripada gambaran haiwan manusia
dengan cara rayuan, ucapan atau memikirkan dan mendoakan
pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi kunci, perkataan
rahsia yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka
baharulah boleh dia melihat sifat-sifat Allah yang sebenar.

Kemudian mata itu melihat gambaran kemurahan Allah, nikmat,
rahmat dan kebaikan-Nya di atas cermin hati yang murni itu.

Nabi s.a.w bersabda,

Mukmin adalah cermin bagi samanya mukmin” .

Juga sabda baginda,

“Orang berilmu membuat gambaran sementara orang arif
menggilap” .

Juga sabda baginda,

“Orang berilmu membuat gambaran sementara orang arif
menggilap cermin hati yang menangkap kebenaran.”

Bila cermin hati sudah dicuci sepenuhnya dengan digilap terus
menerus secara menzikirkan nama-nama Allah, seseorang itu
mendapat jalan kepada pengetahuan dan sifat Ilahi. Penyaksian
terhadap pemandangan ini hanya mungkin berlaku di dalam hati.
Penyucian yang bertujuan mencapai Z at Ilahi adalah
melalui terus menerus mentafakurkan kalimah tauhid. Ada
tiga nama keesaan, tiga yang akhir daripada dua belas
nama-nama Ilahi. Nama-nama tersebut ialah:
LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
ALLAH : Nama khusus bagi Tuhan
HU : Allah yang bersifat melampaui sesuatu
HAQ : Yang sebenarnya (Hakikat)
HAYYUN : Hidup Ilahi yang kekal abadi
QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang segala kewujudan
bergantung kepada-Nya
QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala sesuatu
WAHHAB : Pemberi tanpa batas
WAHID : Yang Esa
AHAD : Esa
SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu

Nama-nama ini mestilah diseru bukan dengan lidah biasa tetapi
dengan lidah rahsia bagi hati. Hanya dengan itu mata hati
melihat cahaya keesaan. Bila cahaya suci Zat menjadi nyata
semua nilai-nilai kebendaan lenyap, semua menjadi tiada apa-
apa. Ini adalah suasana menghabiskan sepenuhnya segala
perkara, kekosongan yang melampaui semua kekosongan.
Kenyataan cahaya Ilahi memadamkan semua cahaya:

“Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Z at-Nya”. (Surah
Qasas, ayat 88).

“Allah hapuskan apa yang Dia kehendaki dan Dia tetapkan
apa yang Dia kehendaki, kerana pada sisi-Nya ibu kitab”.
(Surah ar-Ra’d, ayat 39).

Bila semuanya lenyap apa yang tinggal selamanya adalah roh
suci. Ia melihat dengan cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia
melihatnya. Di sana tiada gambaran, tiada persamaan di dalam
melihat-Nya:

“Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dia mendengar
dan melihat”. (Surah asy-Syura, ayat 11).

Apa yang ada hanyalah cahaya murni yang mutlak. Tidak ada
apa untuk diketahui lebih dari itu. Itu adalah alam fana diri. Tiada
lagi fikiran untuk memberi khabar berita. Tiada lagi sesiapa
melainkan Allah yang memberi khabar berita. Nabi s.a.w
bersabda,

“ Ada ketika aku sangat hampir dengan Allah, tiada siapa,
malaikat yang hampir atau nabi yang diutus, boleh masuk
antara aku dengan-Nya”
.

Ini adalah suasana pemisahan di mana seseorang itu telah
membuang semua perkara kecuali Zat Allah. Itu adalah suasana
keesaan. Allah memerintahkan melalui Rasul-Nya,
“Pisahkan diri kamu dari segala perkara dan carilah
keesaan”.

Pemisahan itu bergerak daripada semua yang keduniaan kepada
kekosongan dan ketiadaan. Hanya dengan itu kamu memperolehi
sifat-sifat Ilahi. Itulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w apabila
bersabda,

“Sucikan diri kamu, benamkan diri kamu dalam sifat-sifat
yang suci (sifat Ilahi)”.


Tiada ulasan: