Catatan Popular

Ahad, 21 Julai 2019

SIRRUL ASRAR : BAB 21 MENYAKSIKAN YANG HAK MELALUI SUASANA KEDAMAIAN YANG DAT ANG DARIPADA PEL EPASAN SEGALA KEDUNIAAN DAN MELALUI ZAUK


Nabi s.a.w bersabda,

“Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada
dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan
atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada
seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman
dunia dan akhirat”.

Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan)
yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan
yang hak adalah tidak hidup”.

Banyak ayat-ayat dan hadis-hadis serta perkhabaran daripada
wali-wali menceritakan suasana ini.

“Dan apakah orang yang Allah luaskan dadanya kepada
Islam, iaitu ia berjalan atas nur dari Tuhannya (sama
dengan yang beku hatinya?). Maka kecelakaan (adalah)
bagi mereka yang beku hatinya dari mengingat Allah.
Mereka itu (adalah) dalam kesesatan yang nyata. Allah
telah turunkan sebaik-baik perkataan, kitab yang
sebahagiannya menyerupai sebahagiannya, yang diulang-
ulangkan, yang seram lantarannya kulit-kulit badan orang
yang takut kepada Tuhannya. Kemudian jadi lemas kulit-
kulit mereka dan hati-hati mereka kepada mengingat
Allah. Yang demikian itu pimpiman Tuhan, yang Ia pimpin
dengannya siapa yang Ia kehendaki, dan barangsiapa
disesatkan oleh Allah maka tidaklah ada baginya sebarang
pimpinan”. (Surah az-Zummar, ayat 22 & 23).

Junaid al-Baghdadi berkata,
“Bila zauk (keghairahan) bertemu dengan kenyataan Ilahi di
dalam diri seseorang, dia itu berada di dalam keadaan samada
kelazatan yang amat sangat atau keharuman yang mendalam”.

Ada dua jenis zauk: zauk lahiriah dan zauk rohaniah.

Zauk lahiriah adalah hasil daripada ego diri. Ia tidak memberi
kepuasan secara rohaniah. Ia dipengaruhi oleh pancaindera.
Sering kali ianya kepura-puraan, berlaku agar dilihat atau
diketahui oleh orang lain. Zauk jenis ini tidak berharga sedikit
pun kerana ianya disengajakan, dengan kehendak atau niat:
orang yang mengalaminya masih merasakan yang dia boleh
berbuat dan memilih (tidak ada fana padanya). Tidak guna
menganggap penting pengalaman yang demikian.

Zauk kerohanian, bagaimanapun, keseluruhannya berbeza,
suasana yang dihasilkan oleh pengaliran tenaga kerohanian yang
melimpah ruah. Secara biasa, pengaruh luar – seperti puisi yang
indah yang dibaca, atau Quran dibaca dengan suara yang merdu,
atau keghairahan yang dicetuskan oleh upacara zikir sufi – boleh
mengakibatkan peningkatan kerohanian. Ini berlaku kerana pada
ketika itu penentangan lahiriah seseorang dihapuskan, kehendak
dan kekuatan akal untuk memilih diatasi. Bila kekuatan badan
dan fikiran sudah dilemahkan suasana zauk adalah semata-mata
bersifat kerohanian. Meneruskan perjalanan dengan pengalaman
yang demikian sangat besar gunanya bagi seseorang.

“Dan orang yang menjauhi berhala-hala daripada
menyembahnya dan kembali kepada Allah adalah bagi
mereka khabar yang menggirangkan. Oleh itu
girangkanlah hamba-hamba-Ku. Yang mendengar
perkataan lalu menurut yang sebaik-baiknya. Merekalah
orang-orang yang dipimpin oleh Allah dan mereka itu ialah
orang-orang yang mempunyai fikiran”. (Surah az-Z umar,
ayat 17 & 18).

Nyanyian merdu burung-burung, keluhan pencinta, adalah
sebahagian daripada penyebab luar yang menggerakkan tenaga
kerohanian. Dalam suasana tenaga kerohanian yang demikian
syaitan dan ego tidak boleh campur tangan; iblis bertindak di
dalam alam kegelapan perbuatan-perbuatan yang muncul
daripada ego diri dan tidak boleh berbuat apa-apa di dalam alam kemurahan dan keampunan yang bercahaya. Dalam alam
kemurahan dan keampunan Allah, syaitan menjadi cair laksana
garam di dalam air, sama seperti ia hilang apabila dibaca:

“La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim” – Tiada
daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha
Tinggi, Maha Mulia.

Pengaruh-pengaruh yang merangsangkan zauk kerohanian
diterangkan oleh hadis,

“Ayat-ayat Quran, puisi yang berhikmah dan ajaib
mengenai cinta dan bunyi serta suara kerinduan
menyalakan wajah roh”.

Zauk sebenar adalah hubungan cahaya dengan cahaya bila
roh insan bertemu dengan cahaya Ilahi.

Allah berfirman:

Yang suci untuk yang suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat
26).

Jika zauk datang dari rangsangan ego dan syaitan tiada cahaya
di sana . Di sana hanya ada kegelapan tanpa cahaya, ragu-ragu,
penafian dan kekeliruan. K egelapan menjadi bapa kepada
kegelapan. Dalam bahagian roh dan jiwa, ego tidak ada
bahagian. Firman Tuhan:

“Yang tidak suci untuk yang tidak suci pula”. (Surah an-
Nuur, ayat 26).

Penzahiran suasana zauk ada dua jenis: penzahiran zauk lahiriah
yang bergantung kepada kehendak diri sendiri dan penzahiran
zauk kerohanian yang di luar pilihan dan kehendak seseorang.

Dalam kes pertama yang nyata ialah disengajakan. Jika
seseorang menggeletar, bergoyang dan meraung walaupun
bukan di bawah pengaruh kesakitan atau gangguan dalam tubuh,
ia tidak dianggap sah. Apa yang sah ialah perubahan yang nyata pada keadaan lahiriah yang tidak disengajakan dan disebabkan
oleh keadaan batin seseorang.

Penzahiran yang tidak disengajakan adalah akibat tenaga
kerohanian yang tidak dapat dikawal oleh seseorang. Rohnya
yang di dalam zauk mengatasi pancaindera. Ia adalah umpama
keadaan meracau orang yang demam panas, agak tidak mungkin
mencegah orang yang demikian daripada terketar-ketar,
bergoyang dan menjadi kaku di dalam meracau itu kerana dia
tidak ada kuasa terhadap penzahiran yang keluar atau berlaku
kepadanya itu. Begitu juga bila tenaga kerohanian membesar
sehingga mengalahkan kehendak, fikiran dan tubuh badan, zauk
yang lahir daripada yang demikian adalah benar, jujur dan
bersifat kerohanian. Keadaan zauk kerohanian yang demikian,
yang di masuki oleh para sahabat akrab Allah di dalam
melakukan pergerakan dan pusingan pada upacara mereka,
adalah cara untuk menimbulkan keghairahan dan dorongan pada
hati mereka. Ini adalah makanan bagi mereka yang mengasihi
Allah; ia memberikan tenaga di dalam perjalanan mereka yang
sukar dalam mencari yang hak.

Nabi s.a.w bersabda,

“Upacara keghairahan yang dilakukan oleh para pencinta
Allah, tarian dan nyanyian mereka, merupakan kewajipan
bagi sebahagian, dan bagi sebahagian yang lain adalah
harus sementara bagi yang lain pula adalah bidaah. Ia
adalah kewajipan bagi manusia yang sempurna, harus
bagi kekasih Allah dan bagi yang lalai adalah bidaah” .

Dan, “Adalah sifat yang tidak sihat bagi orang yang tidak
merasa kelazatan berada bersama kekasih Allah: puisi
orang arif yang mereka nyanyikan, musim bunga, warna
dan keharuman bunga, burung dan nyanyiannya”.

Orang yang lalai, yang menganggapkan mencari zauk
kerohanian sebagai bidaah, orang yang tidak sihat
sifatnya yang tidak dapat menikmati kelazatan yang
indah, adalah sakit dan tidak ada penawar untuk penyakit
ini. Mereka lebih rendah daripada burung dan haiwan,
lebih rendah daripada keldai, kerana haiwan juga
menikmati irama. Bila Nabi Daud a.s melagukan suaranya

burung-burung terbang di sekelilingnya untuk menikmati
kemerduan suaranya. Nabi Daud a.s berkata,

“Orang yang tidak mengalami keghairahan tidak dapat
merasai agamanya”.

Terdapat sepuluh suasana zauk. Sebahagiannya ketara dan
tanda-tandanya kelihatan kepada orang lain, seperti kesedaran
rohani dan berzikir mengingati Allah dan membaca Quran dengan
senyap. Menangis, merasai penyesalan yang mendalam,
takutkan azab Allah, kerinduan dan kesayuan, malu terhadap
kelalaian diri; apabila seseorang menjadi pucat atau mukanya
berseri-seri kerana keghairahan daripada suasana dalaman dan
kejadian di sekelilingnya, membara dengan kerinduan terhadap
Allah – semua ini dan semua keganjilan pada lahiriah dan
rohaniah yang dihasilkan oleh perkara-perkara tersebut adalah
tanda-tanda zauk atau keghairahan.

Tiada ulasan: