Catatan Popular

Ahad, 21 Julai 2019

SIRRUL ASRAR : BAB 23 DOA DAN ZIKIR BERHUBUNG DENGAN JALAN SULUK


Sesiapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia
supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-
ibadat seperti doa dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan
sebaik-baiknya berada di dalam keadaan berpuasa. Bilik khalwat
biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat bagi salik
perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi
mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut
hendaklah menjaga dirinya agar tidak menonjol,
menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata walau sepatah
perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah
mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi
prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang
berjemaah.

Setiap malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun untuk
mengerjakan sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana
jaga sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud
membawa symbol kebangkitan setelah mati. Bila seseorang
berjaya bangun untuk melakukan sembahyang tahajjud dia
adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya bersih. Agar suasana
jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri dengan
kegiatan harian seperti makan dan minum.

Sebaik sahaja bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada
kelalaian kepada kesedaran, ucapkan:

“Alhamduli-Llahi ahyani ba’da ma amatani wa-ilaihin-
nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku
setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan
dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.

Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, iaitu
ayat 190 – 200.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bum i, dan pada pertukaran malam dansiang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)bagi orang-orang yang berakal;]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa m ereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.]
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah m endengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhankamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosakami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlahkami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikankepada kami m elalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami padahari kiam at; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.


Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):
“Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal darikalangan kamu, sam a ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu(adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk m empertahankan Islam), danyang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagimereka yang beramal soleh)”.


Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakanorang-orang yang kafir di dalam negeri (yang m embawa keuntungan-keuntungankepada mereka).

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap),
kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruktempat ketetapan.


Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang m eriah dengan nikmatpemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebihbagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).


Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allahdan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada)apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allahdengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk m engambil keuntungan duniayang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. SesungguhnyaAllah Am at segera hitungan hisabNya.


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (m enghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kam u lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan).

Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa:
“Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak
ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat.
Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan
kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha
Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku!
Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang
menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke
dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang
memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati
Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.
Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan:

“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada
sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah
dan Rasul-Nya.
Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-
Mu.
Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu.
Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu.
Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau
kenali Diri-Mu.
Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya.
Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-
Mu.
Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah
dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku.
Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku.
Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang
Engkau letakkan padanya.
Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua
dosaku.
Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha
Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan,
daku menzalimi diriku.
Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-
dosaku.
Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh
mengampunkan”.
Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan:
“Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan
membesarkan-Nya”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Segala kemenangan buat Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Segala puji dan syukur untuk Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Tiada Tuhan melainkan Allah”.
Kemudian lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu
salam. Nabi s.a.w bersabda,

“Sembahyang malam dua, dua”.

Allah memuji orang yang bersembahyang malam.

“Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang
tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya
Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”.
(Surah Bani Israil, ayat 79).

“Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam
keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan penuh
harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan”. (Surah as-Sajadah,
ayat 16 & 17).

Kemudian pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan
sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup semua
sembahyang-sembahyang pada hari itu. Pada rakaat ketiga
selepas al-Faatihah bacakan satu surah dari Quran, kemudian
angkatkan tangan seperti pada permulaan sembahyang sambil
ucapkan “Allahu Akbar!” dan bacakan doa qunut. Kemudian
selesaikan sembahyang seperti biasa.

Setelah matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu
melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang menerangi,
dua rakaat. Selepas itu melakukan sembahyang istihadha’ dua
rakaat, mencari perlindungan dan keselamatan daripada syaitan.
Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah bacakan surah al-Falaq.
Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan surah an-Nas.
Bagi mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang
sunat istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah untuk
keputusan yang benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-
Faatihah bacakan ayat al-Kursi. K emudian tujuh kali surah al-
Ikhlas.

Kemudian pagi itu lakukan sembahyang dhuha, sembahyang
kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam rakaat. Bacakan
surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha. Sembahyang dhuha
diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan
terhadap kekotoran yang mengenai seseorang tanpa boleh
dielakkan atau disedari. Tersentuh dengan kekotoran walaupun
secara tidak sengaja masih berdosa, boleh dihukum. Ini boleh
berlaku walaupun di dalam suluk, misalnya melalui keperluan
tubuh badan. Nabi s.a.w bersabda,

“Jaga-jaga dari najis – walaupun ketika kamu kencing,
satu titik tidak mengenai kamu – kerana ia adalah
keseksaan di dalam kubur”.

Setiap rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan surah al-
Kausar tujuh kali.

Satu lagi sembahyang – panjang, walaupun empat rakaat –
harus dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini
adalah sembahyang tasbih – sembahyang penyucian atau
pemujaan. Jika seseorang itu mengikuti mazhab Hanafi dia
melakukannya empat rakaat satu salam. Jika dia berfahaman
Syafi’e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini jika
dilakukan di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan
Syafi’e sependapat, dua rakaat satu salam, dua kali.

Nabi s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa
saudara baginda, Ibnu Abbas,

“Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah aku akan
berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku
akan Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik.
Ingatlah aku akan berikan kepada kamu kehidupan dan
harapan baharu. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu
sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-
perbuatan yang baik. Jika kamu kerjakan apa yang aku
beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah akan ampunkan
dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang
lama dan yang baharu, yang kecil dan yang besar.
Lakukan secara diketahui atau tidak diketahui, secara
tersembunyi atau terbuka”.

“Engkau kerjakan sembahyang empat rakaat. Pada tiap-
tiap rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu surah
dari Quran. Ketika kamu berdiri bacakan lima belas kali:
Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu
akbar, w a-la hawla w a-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-
‘Azim.

Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh
kali. Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi.
Ketika kamu sujud bacakan sepuluh kali.
Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali.
Ketika duduk bacakan sepuluh kali.
Sujud semula bacakan sepuluh kali.
Duduk semula bacakan sepuluh kali.
Kemudian bangun untuk rakaat kedua.
Lakukan serupa untuk rakaat yang lain sehingga empat
rakaat”.

“Jika kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari.
Jika tidak lakukan sekali sebulan. Jika tidak mampu juga
lakukan sekali setahun. Jika masih tidak mampu lakukan
sekali seumur hidup”.

Jadi, empat rakaat itu tasbih diucapkan sebanyak tiga ratus kali.
Sebagaimana Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa saudara baginda
Ibnu Abbas, dianjurkan juga kepada orang yang bersuluk
melakukan sembahyang tersebut.

Selain daripada tugas tersebut orang yang di dalam suluk juga
dianjurkan membaca Quran sekurang-kurangnya sebanyak 200
ayat sehari. Dia juga hendaklah mengingati Allah secara terus
menerus dan menurut suasana rohani, samada menyebut nama-
nama-Nya yang indah secara kuat atau senyap di dalam hati.
Ingatan di dalam hati secara senyap hanya bermula bila hati
kembali jaga dan hidup. Bahasa zikir ini adalah perkataan rahsia
yang tersembunyi.

Setiap orang mengingati Allah menurut keupayaan masing-
masing. Allah berfirman:

“Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin
kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 198
).

Ingatlah kepada-Nya menurut kemampuan kamu. Pada setiap
tahap kerohanian ingatan itu berbeza-beza. Ia mempunyai satu
nama lagi, ia mempunyai satu sifat lagi, satu cara lagi. Hanya
orang yang ditahap itu tahu zikir yang sesuai.

Orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah al-
Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus
kali sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus
kali:

“Astaghfiru Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Q ayyum –
mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma
asrartu wa-ma anta a’lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-
antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.

Masa yang selebihnya setelah dilakukan ibadat-ibadat yang telah
dinyatakan, gunakan untuk membaca Quran dan lain-lain
pekerjaan ibadat.

Tiada ulasan: