Menurut Kalam Hikmah ke 38 Al-Arifbillah
Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As
kandary:
” Janganlah
cita-citamu tertuju kepada selain Allah, kerana harapan seseorang tidak akan
dapat melampaui Yang Maha Pemurah (Al Karim). “
Ibn ‘Atho’illah mengingatkan tidak
sepatutnya seorang hamba menujukan cita-cta dan pengharapannya kepada selain
Allah Ta’ala kerana selain Dia, tidak ada yang mampu untuk memenuhinya.
Tidak ada yang pemurah/dermawan pada hakikat
yang sebenarnya kecuali Allah Ta’ala. Al-Junaid berkata Al Karim
(Pemurah/Dermawan) itu ialah yang memberi/memenuhi hajat keperluan sebelum
diminta.
Ada pula pendapat Al Karim ialah yang
tidak pernah mengecewakan harapan orang yang berharap.
Al Karim (Pemurah/Dermawan) iaitu apabila
berkuasa memaafkan, dan bila berjanji menepati, dan bila memberi lebih
memuaskan dari harapan, dan tidak hirau berapa pemberiannya dan kepada siapa
diberikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan