Menurut Kalam Hikmah ke 38 Al-Arifbillah
Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As
kandary:
لا تتعد نية همتك الي غيره ، فالكريم لا تتخطاه الأمل
“Janganlah anda
melampaui niat dan pengharapan kepada yang lain daripada Allah lantaran segala
angan-angan tidak boleh mengenepikan pemberian dan limpah kurniaan Yang Maha
Pemurah itu.”
Kurniaan dan anugerah Allah ke atas
segala makhlukNya amat melimpah ruah sehingga tidak wajar dan tidak beradab
apabila seseorang itu mengharap dan memohon kepada yang lain daripada
Allah.Sehubungan ini Allah berfirman
Maksudnya : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua
yang kamu berhajat kepadaNya.Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah,nescaya
lemahlah kamu menentukan bilangannya.Sesungguhnya manusia yangh engkar sangat
suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya,lagi sangat tidak menghargai
ni’mat Tuhannya.(Surah Ibrahim ayat 34 )
Kita tidak patut memohon dan mengharapkan
kepada yang lain daripada Allah apabila dasarnya membelakangi konsep ubuduyah
kita kepada Allah.Pergantungan kita kepada pertolongan Allah mesti berada pada
kondisi yang optimis dan positif.Sebagaimana Nabi Yusuf berkata setelah keluar
dari penjara :
Maksudnya : “Aku rasa cukup (memadai)
agamaku lebih daripada duniamu,dan aku juga memada dengan Tuhanku tentang
agamaku.”
Demikian pula Nabi Ibrahim berkata
sebelum dia dicampak ke dalam api :
“Aku merasa cukup daripada bermohon
kepadaNya lantaran Dia Maha mengetahui akan hal keadaanku”.
Allah SWT adalah Zat Yang Maha
Pemurah.Dia mengampunkan dosa dan memaafkan kesalahan orang-orang yang menyesal
dengan kesalahannya dan bertaubat ke atas segala ketelanjurannya.Justeru itu
apabila anda memohon dan mengharap kepada yang lain daripada Allah nescaya Dia
tidak meredhai permohonan dan pengharapan anda itu.
Apabila seseorang itu menghayati konsep
kemurahan Allah yang tiada batasan itu akan timbul empat bentuk kebahagiaan dan
kedamaian dalam hatinya apabila dia menghadapi pelbagai situasi dalam
hidupnya.Inilah apa yang diungkapkan oleh Abu al-Hasan Sariyy al-Saqatiyy
(saudara kandung Syeikh Junayd al-Baghdadi) dengan katanya :
Maksudnya : Empat perkara yang membawa
seseorang itu kepada ketenangan hati dan jiwa ;
1. Takut
atau gerun akan kemurkaan Allah semata-mata
2. Pengharapan
hanya kepada Allah semata-mata
3. Kecintaan
hanya tertumpu kepada Allah semata-mata
4. Bermesra
dan jinak hanya dengan Allah semata-mata.
Justeru itu benarlah kata Abu al-Harith
al-Muhasaibi didalam kitabnya Ar-Ri’ayah Li HuquqiLlah : “ Hendaklah kamu
berputus asa dengan makhluk tetapi jangan sekali-kali berputus asa dengan
Allah”.Inilah penegasan Allah SWT didalam firmanNya yang mengisahkan nasihat
Nabi Ya’akub kepada anak-anaknya dalam usaha mencari puteranya Nabi Yusuf yang
hilang :
Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus
asa dari rahmat serta pertolongan Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaun yang kafir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan