Catatan Popular

Sabtu, 20 Julai 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (15) Hamba dengan Tuhan seperti matahari dengan cahaya



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Mana mithal hamba dengan Tuhan dan mithal Tuhan dengan hamba?
    Jawab: Mithal hamba dengan Tuhan dan mithal Tuhan dengan hamba ialah seperti matahari dengan cahayanya. Tiada sekutu dan tiada bercerai cahaya itu dengan dzat matahari, bukan cahaya itu matahari - bukan lain daripada matahari.
    Lagi mithalnya seperti api dengan asap. Asap itu menunjukkan ada api. Bukan asap itu api - tiada lain dariapda api, taida becerai dan tiada besekutu. Seperti inilah mithal Tuhan dengan hamba: Tiada bercerai tiada sekutu. Akal pun tercengang memikirkannya pelek sungguh bagaimana boleh berhimpun dua yang berlawanan yang tiada sah keduanya boleh berhimpun. Sabda Nabi (dusta sebenarnva ini bukan hadith) berbunyi, terjemahnya: Tiada bercerai di antara nafi dan ithbat dan sesiapa ceraikan maka, orang itu kafir.
  1. Soal: Mana rupanya yang tiada bercerai tiada sekutu?
    Jawab: Rupanya tiada bercerai itu iaitu kuasa engkau itu kuasa Allah, bergerak engkau itu digerakkan oleh Allah, dan ikhtiar engkau itu ikhtiar Allah. Manakala erti tiada sekutu pula iaitu tiada sekali-kali engkau berkuasa walaupun seberat zarah tetapi hanya semat-mata kuasa Allah Ta'ala seperti sabda nabi (sebenarnya bukan hadith), terjemahnya: Tiada bergerak satu zarah jua melainkan dengan Allah, ya'ni dikehendaki oleh Allah Ta'ala. Inilah erti nafi mengandungi ithbat dan ithbat mengandungi nafi, tiada bercerai dan tiada bersekutu.
   89  Soal: Betapa engkau pandang diri engkau?
         Jawab:Aku pandang diri aku tiada hakikat baginya. 


   90  Soal: Betapa engkau mengenal Allah?
        Jawab: Aku mengenal Allah dengan Allah

Tiada ulasan: