Catatan Popular

Ahad, 13 Oktober 2013

RAHSIA ILMU KAUM MUQARRABIN : BAB 2 MENDENGARKAN PEMBICARAAN

Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran.

Adab Mendengarkan Pembicaraan:

Berikut adalah peraturan dan garis panduan buat salik untuk mengikutinya:

1. Murid hendaklah beradab ketika mendengarkan pembicaraan terutama pada Para AlimUlama dan khususnya pada Guru mereka.

2. Jangan sekali kali hentikan atau menyampuk ucapan seseorang dihadapan khalayak ramaikerana perbuatan itu sangat buruk terhadap seorang yang masih dalam perjalanannya.

3. Sekiranya ucapan teman kamu salah dan kesalahannya tidak membahayakan makamaafkannya. Jangan tunjuk kesalahannya dihadapan orang banyak. Jaga maruah teman kamu.Sekiranya engkau ingin menegur kesalahannya tunggulah hingga tinggal kamu berdua. Jikakesalahannya adalah kesalahan yang wajib diperbetulkan dihadapan orang banyak supaya tidak dipengaruhi oleh fikiran orang lain, maka lakukanlah (nasihatlah) dengan lemah lembut danpenuh kasih sayang, jangan berkasar. Kalau teguran engkau membuat teman kamu malu makaitu adalah salahnya sendiri. Dia yang buat dan dia harus berani menanggung akibat malunya.

4. Jika engkau seorang ketua / pemimpin, bicaralah dengan lemah lembut, tenangkanlah nafsuengkau, jauhilah sikap ujub dan tajabbur (sombong). Sebab, sikap itu akan memadamkancahaya dan kilauan ilmu engkau.

5. Sekiranya engkau ingin rohah (senang), mendapat pujian dan pahala, maka jangan berbahasdengan lawan bicara engkau. Jangan tunjuk pandai. Jangan mengungkit ungkit kesalahankesalahan kaum sholihin (kaum yang benar).

6. Jika percakapan engkau dipotong, tetaplah teguhkan hati jangan mengeluh pada perbuatanmereka kerana mereka menunjukkan kekurang ilmu dalam mendengar.

7. Sekiranya engkau temui perkara perkara yang tidak engkau suka, maka tahankanlahperasaan itu dan jangan berbahas, kerana itu adalah sikap orang orang yang teguh dan sukaber-riyadhah.

8. Sebanyak banyak percakapan yang baik adalah dengan diam. “Tidak semua percakapanperlukan jawapan. Untuk percakapan yang engkau benci, diamlah jawapannya”

9. Dengarlah suara kaum lemah, tenangkanlah orang orang yang ketakutan, perhatikanlahucapan orang orang yang teraniaya, perlakukanlah mereka semua dengan santun dan ramahmesra. Syukurilah nikmat keamanan dan ketenangan sebab didalam salah satu kitab yangditurunkan kepada umat umat terdahulu, Allah swt berfirman:

“Dengarkanlah pengemissampai ia habis bercakap kemudian tolaklah permintaannya dengan lembut. Kepada anak yatim, bersikaplah seperti ayah serta ibu yang penuh kasih sayang. Dan kepada orang yangteraniaya jadilah penolongnya. Niscaya engkau akan menjadi Khalifah Allah dibumiNya”.

10. Dalam Taurat juga dikatakan bahwa Allah swt berfirman kepada Bani Israil, “Wahaipenghuni langit, diamlah, Aku akan berbicara. Wahai penghuni bumi, dengarlah apa yanghendak Ku katakan.

Taatlah kepadaKu dan jadilah orang yang benar kerana Aku adalahAllah Yang Maha Adil, Maha Benar, Maha Lurus dan Maha Amanah.

Aku tidak pernahberbuat zalim. Jangan menindas orang orang asing, bukankah kamu telah cukup lama terasingdi negeri Mesir? Janganlah kamu menzalimi para janda dan anak yatim. Jika kamu menzalimimereka dan mereka mengadu kepada Ku, maka sesungguhnya Aku Maha Mendengar jeritanmereka.

Aku akan murka dan kamu akan Ku bunuh dengan pedang Ku, isteri isterikamu akan Ku jadikan janda dan anak anak kamu akan Ku jadikan yatim.

Janganlahkamu menerima rasuah, kerana rasuah akan membutakan pandangan dan menghilangkankeadilan. Jika engkau melihat keledai orang yang membenci kamu terduduk kerana kelebihanmuatan, maka kamu WAJIB membantunya menurunkan muatan.Jika wasiat Ku ini kamupegang dan laksanakan, maka Aku akan memusihi pada semua yang memusuhi kamudan membenci pada semua yang membenci kamu”.

11. Bila engkau mendengar seseorang menyampaikan berita yang telah engkau ketahui baik dunia ataupun akhirat, jangan engkau potong. Jangan berlaku zalim, jangan nak tunjuk taringkerana sikap ini menunjukkan kerendahan nafsu engkau. Jangan orang lain ketawakan engkaukerana kerendahan akal engkau dalam menuju kepada Tuhan engkau. Sebaiknya dengarlah apayang dia ucapkan, seakan akan engkau belum pernah mendengarnya. Inilah sikap orang yangmulia dan teguh.

12. Apalagi jika berbicara adalah seseorang yang perlu diistimewakan dihadapan orang banyak seperti Guru kita atau seseorang yang sedang mengharapkan sesuatu dari seorang penguasa,maka memotong dan mendebat ucapannya merupakan sikap tercela dan hina sekali.

13. Perhatikan syair berikut:“Bila bercakap tak pernah berkata keji, tidak berbahas dengan yang suka berbahas. Siapa punyang bertemu seorang dari mereka kan berkata, Ku dapati mereka bak bintang penunjuk jalan”.

14. Ketahuilah pendengar adalah alat pembicara. Kerana itu jangan mendengarkan ucapanyang buruk; ghibah, namimah dan pembicaraan lain yang tercela. Tirulah ucapan penyairberikut: “Jagalah pendengaran mu dari ucapan buruk, sebagaimana kau jaga lidah darimengucapkannya. Kerana semasa mendengarkan perkataan buruk berhati hati, kau adalah alatpembicaranya”.

Tiada ulasan: