Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin
Abu Bakar As-Sakran.
Hubungan
Maksiat Dengan Bencana
Wahai para Salik, sedarlah, perbaikilah
semua amalan kamu dengan sekuat tenaga. Amatilahsetiap zaman dengan cermat.
Sebab ada zaman yang keburukannya banyak dankebahagiaannya sedikit,
kesedihannya tersebar luas, kesusahannya banyak dan keberkahannya sedikit.
Keterangan:“Habib Muhammad Alaydrus
menasihatkan kita supaya bangun dari kelalaian, bangun darimimpi mimpi
keinginan, bangun dari kemalasan dan memeriksa segala amalan amalan yangtelah
lalu dan yang akan dilaksanakan supaya tujuannya harus benar-benar kepada Allah
swt dan Ikhlas terhadapnya. Tidak merasakan berat untuk melakukan ibadah yang
wajib mahupunsunnah dengan menekankan sekuat-kuat tenaga melawan hawa nafsu
yang akan menyeranguntuk mengadakan alasan alasan, seperti, berat untuk
menjalankan ibadah, penat, mengantuk,suka berkata nantilah, ada urusan lain
yang lebih penting, melayan tetamu datang tapi belumdatang lagi, sakit kepala,
sakit badan, sakit pinggang, bersenang senang dengan isteri dananak anak dan
sebagainya. Alasan, Alasan dan Alasan. Yang sebenarnya alasan adalahkeinginan
diri untuk sesuatu niat, hakikatnya ingin MENIPU ALLAH SWT bagi sesiapa
yangdapat melihatnya. Nauzubillah . . . Jangan ada diantara kita yang mempunyai
atau tanpadisedari cuba cuba nak MENIPU, MEMASANG JERAT, TIPU DAYA kepada Yang
Maha Mengetahui”.“Lihatlah zaman zaman yang sudah berlalu dan zaman apa yang
kita berada sekarang dan pada zaman yang akan datang (penghabisan). Dimana
setiap zaman ada mengandungirahasia Allah swt yang telah dilihatkan kepada
mereka dan kita. Hendaklah dimengerti bahwa zaman kenabian dan kerasulan sudah
berlalu yang penuh dengan kerahmatan dankeberkahan. Zaman sekarang penuh dengan
kerosakkan dan fitnah dimana manusia tidak mahu lagi berdampingan dengan
pewaris perawis nabi dan tidak mahu menimba ilmu darimereka yang diberikan ilmu
pengetahuan dari Allah swt. Allah Taala sangat murka pada masasekarang kerana
manusia tidak lagi bersandar kepada Kekuasaan Allah, percaya adanyaTuhan tetapi
meletakkan tepi Tuhan seperti meletakkan barang berharga ditempat perhiasan. Mereka
lebih senang pada mengumpulkan harta dunia sebagai keselamatan kehidupan,mereka
lebih rela mengejar dunia dengan keinginan-keinginan yang tidak kekal
hinggasanggup mengetepikan perintah dan larangan Tuhan. Mereka menekankan
mustahaknya pelajaran anak anak mereka disekolah yang boleh menjaminkan masa
hadapan mereka dananak anak kerana mengharap dan yakin kepada anak anak akan
menjaga mereka bila tuananti. Kerahmatan dan Keberkahan tidak lagi menjadi
agenda utama manusia untuk mendapatkannya buat bekalan dikampung yang kekal
kelak. Hanya kerahmatan dankeberkahan saja yang tinggal dizaman kita sekarang
yang masih dilimpahkan oleh Allah swt kepada mereka yang ingat padaNya. Selepas
itu zaman yang penuh kerosakkan merebut kuasadan mengumpul harta dunia dan
menzalimi manusia sejagat. Setiap hari kita lihat berita diTV tetapi tidak
dapat menangkap pesanan yang disampaikan oleh Allah swt tapi kita boleh
pahamakan pesanan dari pemberita. Tunggulah bencana dari Allah Taala pasti
datang danmengenai pada mereka yang bersandar selain daripadaNya”.
Dikatakan bahwa Allah swt mewahyukan
kepada salah seorang nabi as,
“Jangan mencari harta dan berkeluarga
di zaman yang penuh bencana”.
Oleh kerana itu orang yang berakal harus
sedar dan berhati hati, berusahalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan
segenapkemampuan supaya terlepas dari bencana. Sesungguhnya yang menjerumuskan
(memasukkan)manusia ke dalam berbagai bencana ini tak lain ada KELALAIAN,
PENGABDIAN PADADUNIA & MAKHLUK, BERPALINGNYA kamu dari Allah Yang Maha Tinggi
dankeinginan kuat untuk dekat kepada Allah tanpa diiringi amal yang memadai.
Disebabkan itulahAllah Taala murka dan tidak memberikan berkah pada bumi
sehingga alam porak peranda dankeadaan makhluk pun terjatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan