Catatan Popular

Sabtu, 12 November 2016

HADITS 40 ARBAIN AR-ROWI HADIS 7: BAB MENYATAKAN FIRMAN ALLAH TA’ALA “DAN SUPAYA KAMU DIASUH DI BAWAH PENGAWASANKU” DAN FIRMANNYA “YANG BERLAYAR DENGAN PEMELIHARAAN KAMI”

oleh Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu

Hadhrat ‘Abdullah Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata, telah diceritakan tentang kisah Ad-Dajjal di hadapan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu bersabda, “Sesungguhnya Allah tidaktersembunyi terhadap kamu, sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah mata,” sambil mengisyaratkan dengan tangannya kepada matanya seraya bersabda, “Dan sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal adalah buta mata sebelah kanannya, seolah-olah matanya seperti anggur yang masak.”

PENJELASAN HADITS 7

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Hadhrat ImamBukhari Rahmatullah ‘Alaih dari Musa bin Ismail dan beliau telah meriwayatkan dari Juwairiyah dan beliau telahmeriwayatkan dari Nafi’ dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat ‘Abdullah Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah meriwayatkan Hadits ini dari Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. DalamHadits Nabawi ini, kisah tentang Al-Masih Ad-Dajjal telah dikhabarkan di hadapan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.Dajjal adalah seorang Kafir yang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan akan muncul di akhir zaman sebelum menjelangnya Hari Qiyamat. Dajjal akan menyesatkan kebanyakan dari ummat manusia dan akan berusaha menyesatkan orang-orang yang beriman kepada Allah agar mengubah keimanan mereka supaya beriman kepada dirinya.Dajjal adalah sesat lagi menyesatkan dan dia akan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mahu beriman kepadanya dan menerima ketuhanannya.

Dia akan mendakwa dirinya sebagaiTuhan yang memberikan kemanafaatan dan kemudharatan,yang menghidupkan dan mematikan, yang menghinakan dan memuliakan, yang  memberikan kesejahteraan dan kemusnahan, bahkan segala-gala yang didakwanya itu adalah palsu dan dusta belaka.

 Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menerangkan sifat-sifat Al-Masih Ad-Dajjal ini dengan menyatakan bahawa Dajjal ituadalah buta sebelah mata kanannya dan kelihatan seperti sebiji buah anggur yang masak. Dajjal melihat hanya dengan sebelah mata kirinya kerana mata kanannya tidak dapat melihat sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidaklah buta bahkan Dia adalah Tuhan Yang Maha Melihat segala sesuatu walau perkara yang tersembunyi sekalipun.Dajjal telah pun wujud semenjak zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi tetapi dia masih lagi bersembunyi di suatu tempat dan hanya akan muncul ketika berlaku peperangan diantara orang-orang Islam dan orang-orang Yahudi sebelum menjelangnya Hari Qiyamat.
Dajjal bersembunyi sehingga saat waktu keluarnya nanti yang telah pun ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sedangkan Allah Subhanahu WaTa’ala tidaklah tersembunyi segala Sifat-Sifat KekuasaanNyadan Allah adalah yang memberikan kekuasaan sementara kepada Dajjal sebagai ujian keimanan ke atas Ummat Islam.Saat kemunculan Dajjal nanti akan menjadi suatu cabaran ‘Aqidah ke atas ummat manusia, khasnya Ummat Islam kerana segala dakwaannya tentang ketuhanan adalah beserta dengan bukti penzahiran Istidrajnya.
Istidraj berertisesuatu kebolehan yang mencarik adat yang dilakukan oleh orang yang kafir seperti berjalan atas air, api dan sebagainya yang mengandungi unsur-unsur sihir. Dalam Hadits-Hadits berkenaan akhir zaman ada dinyatakan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bahawa Allah Ta’ala akan membangkitkan Imam Mahdi bagi memimpin Ummat Islam dan memerangi Dajjal.


 Hadhrat Imam Mahdi adalah dari keturunan HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam dan namanya ialah Muhammad Bin ‘Abdullahseperti nama Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. 

Beliau akan menyambut kehadiran Hadhrat Baginda Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam di BaitulMaqdis yang mana Allah Ta’ala akan menurunkannya darilangit hingga sampai di atas kubah putih sebuah masjid di Palestin.Hadhrat Baginda Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam  telah ditugaskan untuk membunuh Dajjal dan memimpin UmmatIslam sehingga saat yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebelum menjelangnya Hari Qiyamat.Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam telah mengisyaratkan dengan tangannya kearah mata ketika menceritakan hal Dajjal sebagai menyatakan bahawa Al-Masih Ad-Dajjal itu melihat dengan sebiji mata yang zahir semata-mata dan tentulah pandangan penglihatannya itu adalah lemah dan terbatas tidak seperti pandangan dan penglihatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang Maha Melihat segala sesuatu yang zahir dan batin, dan penglihatan Allah adalah sempurna dan tidak terdapat kelemahan seperti penglihatan makhluk.Allah tidak memerlukan mata untuk melihat kerana jika Allah mempunyai mata untuk melihat maka itu akan menyamakan DiriNya dengan makhluk yang bersifat baharu sedangkan Dia adalah Maha Suci dari segala sesuatu yang bersifat baharu. Allah Subhanahu Wa Ta’ala melihat denganPenglihatanNya yang sempurna dan bagaimana Dia melihat?Hanya DiriNya sendiri sahaja yang tahu akan keadaan SifatZatNya. Allah adalah bersifat Al-Basir iaitu DiriNya Maha Melihat dan adalah mustahil jika Tuhan itu bersifat buta.

Tiada ulasan: