Karangan
al-Fadhil Syeikh Ahmad al-Fathani
( Kedua : Qidam ) Ertinya ; sedia . Dan dikehendaki dengan dia, sedia
yang dzaati . Dan maknanya, ketiadaan permulaan bagi wujud, ertinya ; tiada
mendahulukan ada Allah itu oleh ‘adam .
Dan keluar
dengan ‘sedia yang dzaati’ itu, sedia yang zamaani iaitu panjang masa serta
terdahulu ‘adam, maka tiada dikehendaki di sini .
( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu huduts, ertinya ; baharu .
( Dan dalil ) Qidam Allah Ta‘ala itu bahawasanya jika ada Ia baharu
nescaya berhajat Ia kepada yang membaharukan dia dan iaitu mustahil kerana (1) daurun, ertinya ; berkeliling atau tasalsul,
ertinya ; berhubung-hubung yang tiada kesudahan. Dan kedua-dua itu mustahil Dan
apabila tsabit qidamNya Ta‘ala, mustahillah atasNya baharu .
(1) ( Qauluhu
; Daurun ) Dan ia dua bahagi .
( Pertama ) Daurun musharrahun, ertinya yang
dinyatakan iaitulah yang ada ia dengan dua martabat seperti menjadi Zaid akan
Amru dan Amru itu menjadikan Zaid .
( Kedua ) Daurun Mudhmarun, ertinya yang
disembunyikan iaitu yang ada ia dengan beberapa martabat seperti menjadi Zaid
akan Amru dan Amru itu menjadikan Bakar dan Bakar itu menjadikan Zaid .
( Adapun ) Tasalsul, maka mitsalnya bahawasa Zaid
menjadikan Amru dan ia menjadikan Khalid . Dan demikianlah hingga tiada
kesudahan bagi menjadikan itu .
( Ketiga : Baqa΄ ) Ertinya ; kekal . Dan maknanya, ketiadaan
kesudahan bagi wujud, ertinya ; tiada memutuskan adaNya itu oleh ‘adam .
( Dan mustahil ) Lawannya, iaitu fana΄ ertinya ; binasa .
( Dan dalil ) Baqa΄ Allah Ta‘ala itu bahawasanya jika ada Ia binasa
nescaya adalah Ia baharu kerana tiap-tiap yang binasa itu harus adanya dan
tiadanya . Dan tiap-tiap yang harus ada dan tiada itu { adalah } baharu .
Dan baharu Allah Ta‘ala itu mustahil kerana telah tsabit qidamNya Ta‘ala, maka
tsabitlah baqa΄Nya dan apabila tsabit baqa΄Nya, mustahillah binasaNya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan