Catatan Popular

Sabtu, 12 November 2016

HADITS 40 ARBAIN AR-ROWI HADIS 8 : BAB PERINGATAN NABI KEPADA KAUMNYA

oleh Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu

Hadhrat Anas Radhiyallahu ‘Anhu telah meriwayatkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
 “Allah tidak menghantar dari kalangan Nabi melainkan agar memberi peringatan kepada kaumnya tentang Si buta sebelah mata yang penipu kerana sesungguhnya dia itu buta sebelah matanya dan Tuhan Pemelihara kamu tidaklah buta sebelah mata, tertulis di antara kedua matanya kalimah Kafir.”

PENJELASAN HADITS 8

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah ‘Alaih dari Hafs bin ‘Umar dan beliau telah meriwayatkan dari Syu’bah dan beliau telah meriwayatkannya dari Qatadah dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Anas Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah meriwayatkan Hadits tentang Dajjal ini dariHadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memberitahu kita menerusi Hadits ini bahawa setiap Para Nabi yang telah dihantar oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ke muka bumi ini, kesemuanya telah diberitahu tentang kemunculan Al-Masih Ad-Dajjal sebelum menjelangnya Hari Qiyamat.Setiap Para Nabi yang telah diutuskan oleh Allah Ta’alake muka bumi ini telah ditugaskan agar memberitahu kaum dan ummat mereka tentang perkhabaran Hari Qiyamat dan tanda-tanda alamat kemunculannya.


Semenjak HadhratBaginda Nabi Adam ‘Alaihissalam sehinggalah ke zamanHadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam, setiap Nabi dan Rasul mengetahui tentang ancaman ‘Aqidah yang akan berlaku ketika munculnya Dajjaldi akhir zaman sehinggalah Nabi kita sendiri Hadhrat BagindaNabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berulang-ulang kali memperingatkan Ummatnya tentang ancaman Dajjal, bahawa dia adalah seorang yang Kafir dandiberikan kekuasaan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atasmuka bumi buat sementara waktu sebelum menjelangnya Hari Qiyamat.Tanda kekufuran Dajjal jelas terpampang di antara kedua matanya iaitu tertulis kalimah yang mengandungi huruf Kaf, Fa dan Ra iaitu Kafir. Sesungguhnya Dajjal adalah memang jelas dan nyata kekufurannya kerana dia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sedangkan Tuhan yang sebenarnya adalah Allah dan tiada Tuhan selain Allah.

Tiada ulasan: