Catatan Popular

Selasa, 8 November 2016

KITAB FARIDATUL FARAAID : SIRI 1 MUQQADIMAH

Karangan al-Fadhil Syeikh Ahmad al-Fathani


Puji itu bagi Allah yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang Mu΄minin akan beberapa matahari pengenalan padahal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin .


 Dan rahmat dan sejahtera atas juru bahasa ketuhananNya dan yang menunjuk kepada keesaanNya, Penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan segala mu’jizat yang mengalahi kerana menguatkan risalahNya dan membenarkan penunjukNya .
      

Dan atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberapa pangkat yang tinggi dengan ketinggian kadarnya . Dan segala taulannya yang gilang gemilang hal keadaaan mereka itu segala bintang penunjuk dengan nash sabdanya .


Kemudian dari itu, maka ini risalah pada ‘ilmu tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang dii’tibarkan, aku ambil segala kebunnya akan buah-buahan yang diinginkan dan daripada beberapa lautnya akan beberapa permata megah .


Maka datang ia dengan kepujian Allah Ta‘ala ‘aqidah yang sebenar yang elok cahayanya, lagi yang mengandungkan i’tiqad Ahli Sunnah dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang Mu΄min . Aku lindungkan dia dengan Allah Ta‘ala daripada i’tiradh yang diserupakan dengan syaithan .


Yang dibangsakan kepada Imam Abil Hasan al ‘Asy‘ari Madzhabnya, lagi kepada Melayu bahasanya, lagi kepada Fathani tuturannya, lagi kepada kenyataan isyaratnya .


Ditempatkan dia antara segala umpamanya daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang di tengah mata dan dilebihkan dia atas sekeliannya seperti dilebihkan emas di atas perak .


Sebenar dengan bahawa dilobakan atas mendapatnya dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati dan patut bahawa diangkatkan risalah ini ke atas (1) pengajangan kelebihan diperpegang dengan dia.


Dan hamba namakan dia : Fariidatul Faraaid Fil ‘Ilmil ‘Aqaaid .


Dan atas Allah Ta‘ala aku berpegang dan daripada limpah kurniaNya aku menuntuti pertambahan .


Tiada ulasan: