Mansur bin
Amar berkata: Telah sampai kepadaku riwayat bahawa malaikat Malik ditugaskan
menjaga api neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali sebanyak bilangan
penghuni neraka, tiap-tiap kali malaikat Malik menyiksa terdapat tangan yang
mendirikan dan mendudukkan serta mengikat penghuni neraka dengan rantai. Kalau
malaikat Malik memandang ke neraka maka penghuni neraka akan memakan sesama
mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik.
Huruf
“Al-Basmalah” itu ada sembilan belas dan huruf pada “Az-Zabaniyah” itu juga ada
sembilan belas. Mereka dinamakan demikian itu (Zabaniyah) kerana mereka itu
boleh bekerja dengan kaki mereka seperti mereka bekerja dengan tangan mereka.
Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang kafir dengan satu tangan
begitu juga dengan tangan yang lagi satu, 10,000 dengan salah satu kakinya yang
dua. Malaikat Zabaniyah boleh menyiksa 40,000 orang kafir serentak dengan
kekuatan dan kedahsyatan.
Malaikat
Malik ialah penjaga neraka dan yang 18 juga sepertinya, mereka adalah pemimpin
malaikat dan di bawah tiap-tiap pemimpin itu ada penjaganya yang mana
bilangannya hanya Allah yang tahu. Mata mereka laksana kilat yang menyambar,
gigi mereka seperti putihnya tanduk lembu, bibir mereka menyentuh tapak kaki,
mulut mereka mengeluarkan api. Antara dua bahu tiap-tiap malaikat jauh
perjalanan selama setahun.
Allah telah
menciptakan mereka tanpa ada sedikitpun rasa kasih sayang dan salah satu
malaikat terun ke dalam lautan api selama 40 tahun, tetapi api tidak langsung
membahayakan mereka kerana cahaya itu lebih kuat dari api yang panas.
Malaikat
Malik berkata: “Campakkanlah mereka ke dalam neraka!”.
Apabila
malaikat Zabaniyah mencampakkan orang-orang yang berbuat dosa ke dalam neraka,
maka mereka semua berkata: “Laa ilaha illallah!”
Api tidak
dapat membakar mereka, malaikat Malik berkata: “Wahai api, mengapa kamu tidak
mahu membakar mereka?”
Api berkata:
“Wahai Malik, bagaimana aku hendak membakar mereka sedangkan mereka menyebut
“Laa ilaha illallah!”
Malaikat
malik berkata: “Ya, begitulah Allah, tuhan pemilik Arasy yang agung telah
memerintahkan.”
Kemudian api
pun membakar tubuh mereka sampai kedua telapak kakinya, ada yang dibakar sampai
ke lututnya, ada yang dibakar sampai pusatnya dan ada sampai ke tengkoraknya.
Apabila api hendak membakar muka mereka maka malaikat Malik berkata kepada api:
“Wahai api, janganlah kamu bakar muka mereka kerana mereka pernah sujud kepada
Allah dan janganlah kamu bakar hati mereka kerana mereka pernah berdahaga dari
beratnya puasa dalam bulan Ramadhan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan