Catatan Popular

Rabu, 9 November 2016

KITAB FARIDATUL FARAAID : SIRI 4 PERMULAAN YANG WAJIB



Karangan al-Fadhil Syeikh Ahmad al-Fathani


( Bermula permulaan barang yang wajib ) Pada Syara’ atas tiap-tiap mukallaf iaitu orang yang ‘aqil lagi baligh, sama ada laki-laki atawa perempuan itu bahawa (1) mengenal ia akan Allah Ta‘ala, ertinya mengetahuikan segala hukum shifatNya dan segala hukum Ketuhanan Nya . Dan mengetahuikan segala yang membawa kepada mengetahui kan demikian itu daripada segala barang yang bergantung dengan Rusul, maka tiada dikehendaki dengan mengenal Allah Ta‘ala itu mengetahuikan hakikat dzatNya Subhaanahu wa Ta‘ala kerana tiada dapat mengetahui oleh yang baharu akan hakikat yang qadim .

(1) ( Qauluhu ; mengenal ia akan Allah Ta‘ala ) Ertinya kerana bahawasa mengenalkan Dia itu tempat hantaran segala perkara yang dituntuti daripada hamba, maka tiada sah sesuatu yang wajib dan yang sunat melainkan kemudian daripada mengenal { a }kan Dia Subhaanahu wa Ta‘ala .
(Maka mengenal ) Dan mengetahui itu jazam dengan membetuli bagi waaqi’ yang hasil jazam itu daripada dalil, ertinya i’tiqad yang putus yang mengenai akan yang sebenar, yang jadi i’tiqad itu daripada tanda yang menunjuk atas betul i’tiqad itu .

( Maka wajib ) Pada Syara’ atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan segala yang wajib pada ‘aqal pada hak Tuhan kita Jallaa wa ‘Azza dan barang yang mustahil atasNya Ta‘ala dan barang yang harus bagiNya Ta‘ala . 

( Dan demikian ) Wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul ‘alaihimush shalaatu was salaam dan barang yang mustahil atas mereka itu dan barang yang harus bagi mereka itu

( Dan erti ) Wajib pada Syara’ itu barang yang berdiri pahala atas mengerjakan dia dan disiksa atas meninggalkan dia seperti mengetahui dengan ada Allah Ta‘ala, maka diberi pahala atas mengetahui itu dan disiksakan atas ketiadaannya .

( Dan erti ) Wajib pada ‘aqal itu barang yang tiada tashawwur pada ‘aqal ketiadaannya, seperti mengambil lapang bagi jirim .

( Dan mustahil ) Itu barang yang tiada tashawwur pada ‘aqal adanya seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam .

( Dan ) Jaiz itu barang yang sah pada ‘aqal adanya dan tiadanya seperti gerak jirim dan diamnya .

( Dan wajib ) Pula atas mukallaf sebagai wujub ‘aini mengetahuikan dalil atas tiap-tiap suatu daripada yang wajib dan yang mustahil dan yang jaiz itu supaya tiada jadi ia muqallid, iaitu orang yang jazam ia dengan perkataan orang yang lain dengan ketiadaan mengetahui dalilnya .

( Dan ) Telah bersalah-salahan ‘Ulama΄ pada kufur muqallid itu dan ketiadaan kufurnya . Dan qaul yang shahih bahawasanya mu΄min serta berdosa dengan sebab meninggalkannya akan belajar dan fikir bicara jika ada ia daripada ahli demikian itu .

( Dan ) Dikehendaki dengan dalil itu dalil ijmali, iaitu dalil yang lemah oleh empunya daripada (2) menetapkan dia dan menghuraikan segala (3) syubhah yang didatangkan atasnya seperti dikatakan baginya ; apa dalil engkau atas ada Allah Ta‘ala ? Maka berkata ia ; alam ini, dan lemah ia daripada menyatakan jalan menunjuk alam ini atas ada Allah Ta‘ala itu, atawa kuasa ia atas menyatakan dia, tetapi jika didatangkan i’tiradh atasnya, tiada kuasa ia atas menghuraikan dia atas wajah yang dituntuti, maka keluarlah ia daripada taqlid dengan mengetahui ini dalil yang ijmali .

(2) ( Qauluhu ; Menetapkan dia ) Ertinya menyatakan dalil atas jalan yang dituntuti seperti bahawasanya tatkala ditanya orang ; apa wajah keadaan alam ini menunjuk atas ada Tuhan ? Maka berkata ia ; alam ini baharu dan yang baharu ada baginya yang menjadikan, maka alam ini ada yang menjadikan dia dan ialah Tuhan .

(3) ( Qauluhu ; syubhah, ertinya kesamaran ) Dan dikehendaki dengan dia barang yang melengkapi atas segala i’tiradh yang didatangkan dia oleh lawan . 

Adapun (1) dalil tafshili, maka iaitu dalil yang dikuasakan atas menetapkan dia dan menghuraikan segala syubhah yang didatangkan atasnya .

(1) ( Qauluhu ; Dalil tafshili ) Ketahui olehmu bahawasanya mengetahui dalil tafshili itu wajib atas ahli tiap-tiap qathar atas jalan fardhu kifaayah, maka apabila mendiri dengan dia oleh seseorang daripada mereka itu gugurlah dosa daripada yang tinggal, maka wajib bahawa ada pada tiap-tiap masaafah yang harus padanya sembahyang qashar itu satu orang yang mengetahui dengan dalil tafshili dan dengan yang tinggal daripada segala hukum Syara’ dan pada tiap-tiap masaafah ‘aduwi seseorang qadhi kerana banyak perbantahan . Syarqaawi .
 
( Maka hendaklah ) Kami nyatakan segala ‘aqaaid yang wajib pada Syara’ mengetahuikan dia daripada segala yang wajib dan yang mustahil dan yang harus pada hak Allah Ta‘ala dan hak segala RasulNya serta kami iringkan tiap-tiap satu ‘aqidah itu dengan dalil nya . Dan tiap-tiap dalil itu menyabitkan yang wajib dan menafikan yang mustahil, maka kami berkata ;  
( Wajib ) bagi Allah Ta‘ala tiap -tiap shifat kesempurnaan yang patut dengan dzatNya Yang Maha Tinggi . Dan shifat kesempurnaan itu amat banyak, tiada melewati dengan dia melainkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala, maka wajib ditsabitkan bagiNya Ta‘ala atas jalan ijmal .
( Dan mustahil ) AtasNya Ta‘ala tiap-tiap shifat kekurangan dan iaitu amat banyak, tiada menghinggakan dia melainkan Ia Subhaanahu wa Ta‘ala, maka wajib disucikan Ia Ta‘ala daripadanya atas jalan ijmali pula . Dan dalil atas  demikian itu bahawasanya jikalau tiada bershifat Ia dengan segala shifat kesempurnaan, nescaya bershifat Ia dengan segala lawannya iaitu segala kekurangan . Dan kekurangan atas Allah Ta‘ala itu mustahil kerana jikalau bershifat Ia dengan kekurangan nescaya tiada menjadi Ia akan suatu daripada alam ini . Dan demikian itu bathil kerana alam ini telah ada dengan musyahadah .


Tiada ulasan: