Seorang kaya memberi 4 dirham kepada khadamnya untuk membeli barang di pasar.
Dalam perjalanan dia teringat syarahan Mansur. Dia berkata, 'Adakah orang yang
mahu memberikanku 4 dirham sebagai tukaran 4 doa untukku persembahkan kepada
Allah bagi pihaknya?' Khadam itu memberi 4 dirham itu kepada Mansur dan meminta
dia berdoa untuk mendapatkan 4 perkara baginya.
Mansur bertanya kepadanya, 'Apakah 4 perkara itu?' Khadam itu menjawab, 'Pertama, minta saya dibebaskan; kedua, minta tuanku diberi ampun kerana dosanya; ketiga, sebagai ganti 4 dirham ini saya dapat 4 dirham yang lain dan keempat, Allah beri rahmatNya kepadaku, kepada tuan dan segala hadirin di sini'.
Mansur pun berdoa memohon 4 perkara itu. Apabila khadam itu sampai ke rumah, tuanya marah kepadanya kerana terlambat tetapi apabila khadam itu menceritakan segala yang berlaku tadi, maka tuannya itu pun tidak jadi marah bahkan dia terpengaruh oleh kata² khadamnya itu. Ketika itu, dia terasa hendak bertaubat. Dia pun sujud dan terus meminta ampun ke hadrat Tuhan. Kemudian, khadam itu dibebaskan dan dengan sukacitanya diberi hadiah 400 dirham pula. Dalam mimpinya, orang kaya itu mendengar suara ketuhanan berkata, 'Kamu telah memberi khidmatmu, sekarang Kami akan beri kurnia kepadamu. Terimalah rahmat Kami kepadamu, khadammu itu, kepada Mansur bin 'Ammar dan pengikut² dia'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan