Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekalian] bahawasanya sabar itu [ialah engkau] menahan diri [engkau] daripada marah atas sesuatu yang tiada disukainya.
Dan [engkau] menahan
lidah [engkau] daripada mengadu yang [se]lain daripada Allah Taala.
Berkata[lah] Al Imam Al
Ghazali di dalam kitab Al Arbain, “bermula hakikat sabar itu [ialah] tetap
yang membangkitkan akan agama pada melawan akan yang membangkitkan keinginan
nafsu”. Intaha.
Kerana manusia padanya
dia puak tentera yang berlawan keduanya.
1. Pertama, akal dan
segala yang membangkitkannya.
2. Kedua, syahwat dan
segala yang menyerunya.
Maka jika menang yang
menyeru agama nescaya telah hasil pangkat sabar.
Dan bermula sabar itu
fardhu ain atas tiap-tiap mukallaf samada sabar atas mengerjakan taat yang
wajib atau sabar atas meninggalkan maksiat atau sabar atas bala.
Adapun sabar atas
mengerjakan ibadah yang sunat dan sabar atas meninggalkan yang makruh dan yang
harus maka iaitu sunat bukan wajib.
Demikian juga sabar atas
membalas akan orang yang menyakiti dan yang menzalimi akan dikau maka iaitu
sunat jua.
Tetapi pahalanya sangat
besar.
Kerana firman Allah
Taala,
ertinya, “hanyasanya
disempurnakan akan sekelian yang sabar akan pahala mereka itu dengan ketiadaan
kira-kira banyaknya”.
[Surah Az Zumar Ayat 10]
Telah menghimpun Allah
Taala akan beberapa perkara bagi sekelian yang sabar yang tiada menghimpun Ia
akan dia bagi yang lain daripada mereka itu seperti mengampuni dosa dan rahmat
dan pahala dan jadi ikutan dan perbtolongan.
Kerana firman Allah
Taala,
ertinya, “bermula mereka itu (sekelian
yang sabar itu) atas mereka itu ampun dari tuhan
mereka itu dan nikmat,
dan mereka itu jua mendapat pertunjuk kepada yang betul”.
[Surah Al Baqarah Ayat
154]
Dan firman Nya,
ertinya, “dan sabar
oleh kamu kerana bahawasanya Allah Taala serta sekelian yang sabar ”.
[Surah Al Anfal Ayat 46]
Ertinya, menolong ia dan
memelihara ia akan mereka itu.
Dan firman Nya,
ertinya, “dan
menjadikan oleh Kami akan setengah daripada mereka itu akan beberapa ikutan
yang menunjukki mereka itu dengan perintah Kami tatkala sabar oleh mereka itu”.
[Surah As Sajdah Ayat 24]
Dan firman Allah Taala,
ertinya, “hanyasanya
disempurnakan akan sekelian yang sabar akan pahala mereka itu dengan ketiadaan
dikira-kira”.
[Surah Az Zumar Ayat 10]
Sesungguhnya telah
menyebut Allah Taala akan sabar di dalam [Al] Quran lebih daripada tujuh puluh
tempat.
Dan sabda Rasulullah
sollallahu alaihi wasallam,
فِي الصَّبْرِ عَلَى مَا
تَكْرَهُ خَيْرٌ.
[ertinya,] “ada pada
sabar atas barang yang engkau benci itu kebajikan”
Dan bersabda Nabi Isa
alaihis salam, “bahawasanya kamu tiada mendapat kamu akan barang yang kamu
kasih melainkan dengan sabar atas barang yang kamu benci”.
Dan ketahui oleh mu
bahawasanya sabar itu tiga pangkat,
1. Pertama, pangkat yang
lebih tinggi dan lebih kuat bahawa menghinakan ia akan yang menyeru kepada
keinginan hingga tiada ada tinggal baginya kekuatan.
Dan tiada dapat sampai
kepada ini pangkat melainkan dengan mengekalkan sabar dan dengan lama
bersungguh-sungguh.
Dan orang yang sampai kepada ini pangkat masuk di
dalam perhimpunan sekelian mereka yang dikatakan bagi mereka itu,
[Firman Allah Taala
dalam Surah Al Ahqaf Ayat 13,]
ertinya, “bahawasanya
mereka berkata, tuhan kami [ialah] Allah Taala (ertinya mengesakan mereka
itu akan Allah Taala) kemudian melazimkan mereka itu akan taat maka tiada
ada ketakutan atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita”.
Dan mereka yang diseru
dengan,
[Surah Al Fajr Ayat
27-28]
ertinya, “hai yang
mana-mana ruh yang sentosa (27) Kembali oleh mu kepada tuhan engkau pada ketika
engkau redha dengan pahala lagi diredhai pada sisi Allah Taala dengan sebab
amal engkau ”
Ini seru adalah ia pada
ketika mati.
Adapun pada hari kiamat
maka diserukan,
[Surah Al Fajr Ayat
29-30]
ertinya, “masuk[lah]
oleh kamu ke dalam tubuh hamba Ku dan masuk oleh mu ke dalam syurga ku”.
2. Dan yang kedua,
pangkat yang lebih rendah iaitu bahawa kuat oleh mu menyeru kepada keinginan
nafsu dan kalah oleh yang menyeru kepada agama dan menang oleh hawa nafsu dan
menyerah diri oleh hati itu kepada tentera syaitan
Dan mereka yang empunya
pangkat ini setengah daripada puak yang dikatakan bagi mereka itu,
[Firman Allah Taaal
dalam Surah Hud Ayat 119,]
ertinya, “demi Allah
selagi [akan] memenuhkan oleh Kami akan api neraka jahannam [akan] jin dan
manusia sekelian[nya]”.
Dan ada bagi orang yang
pada pangkat ini dua alamat.
Salah suatu daripada
keduanya bahawa berkata ia, aku ingin akan taubat tetapi beruzur atas aku maka
tiada loba aku padanya.
Maka orang ini yang putus asa lagi yang binasa.
Alamat yang kedua bahawa
tiada ditinggal padanya keinginan kepada taubat tetapi berkata ia, “Allah
Taala sangat pemurah [lagi] sangat pengampun, sangat kasih sayang [lagi]
terkaya ia daripada taubat ku, maka syurga yang luas itu tiada sempit ia
daripada ku”.
Maka orang ini telah
jadi akalnya tawanan bagi keinginan dan tiada memakai ia akan dia melainkan
pada mencari helah bagi menunaikan keinginannya.
Pangkat yang ketiga
pangkat pertengahan.
Iaitu bahawa tiada lemah
ia daripada berperang.
Mak asentiasa yang
membangkitkan akan agama melawan akan yang membangkitkan hawa nafsu.
Tetapi terkadang menang
yang menyeru kepada agama dan iaitu akal pada ketika iatu hasil oleh sabar.
Dan terkadang menang
tentera syaitan dan iaitu keinginan dan yang menyeru kepadanya.
Dan pada ketika itu
telah luput oleh sabar.
Dan orang yang ada pada
ini pangkat masuk puak yang bersungguh-sungguh,
[Firman Allah Taala
dalam Surah At Taubah Ayat 102,]
ertinya, “yang
mencampur oleh mereka itu akan amal yang baik dan yang lain yang jahat
mudah-mudahan menerima Allah Taala akan taubat mereka itu”.
Dan alamat bagi orang
yang di dalam pangkat ini bahawa meninggalkan ia akan setengah keinginannya
iaitu keinginan yang dhoif dan lemah ia daripada keinginan yang kuat.
Dan terkadang
meninggalkan ia akan keinginan yang kuat pada setengah masa tiada pada setengah
masa yang lain.
Dan ia sentiasa dukacita
atas lemahnya dan berkekalan ia melawan akan hawa nafsunya dan memeranginya
maka inilah perang yang lebih besar.
Dan ketahui oleh mu
bahawasanya hajat kepada sabar itu melengkapi ia akan segala masa kerana
barangyang mengenai akan manusia itu tiada sunyi ia daripada dua macam,
1. Pertama, barang yang
setuju dengan keinginannya.
2. Kedua, yang menyalahi
ia akan dia.
Adapun yang setuju
dengan keinginannnya seperti sihat badan dan selamat dan kekayaan dan
kemegahan.
Maka sangatlah hajatnya
kepada sabar kerana jika tiada ia sabar nescaya melampau ia dan
berlebih-lebihan ia pada bersedap-sedap dan mengikut keinginannya.
Maka jatuh ia di dalam
kebinasaan.
Dan sabar atas yang
pertama ini lebih sukar kerana itu berkata sahabat radhiyallahu anhum, “disudi
akan kami dengan percubaan kesusahan maka sabar oleh kmai dan disudi kami
dengan percubaan kesenangan maka tiada kami sabar”.
Bermula makna sabar
padanya bahawa tiada cenderung ia kepadanya.
dan mengetahui akan
bahawasanya sekelian yang demikian itu penaruhan pada sisinya selagi akan diambil
pada masa yang hampir.
Dan bahawa tiada
berlebih-lebihan ia pada bersedap-sedap dengan dia.
Dan bahawa tiada lalai
ia kerananya.
Dan bahawa menunaikan ia
akansyukurnya.
Adapun yang kedua iaitu
orang yang menyalahi ia akan hawa nafsu.
Maka empat bahagi,
1. Yang pertama,
mengerjakan taat.
Dan bermula nafsu liar
ia daripada setengahnya dengan sebab malas seperti sembahyang dan daripada
setengah dengan sebqab kikir seperti zakat dan daripada setengahnya dengan
sebab.
2. Keduanya seperti haji
dan perang sabil.
Dan sabar atas taat itu
setengah daripada pekerjaan yang sukar.
Dan berhajat orang yang
mengerjakan taat itu kepada sabar pada ketiga masa.
Masa yang pertama pada
permulaan mengerjakan ibadah dengan menghasilkan ikhlas dan sabar daripada umpama
riya.
Masa yang kedua pada
ketika mengerjakan taat supaya tiada malas ia daripada menunaikan segala
fardhunya dan sunatnya.
Masa yang ketiga
kemudian daripada selesai daripada mengerjakannya dan iaitu bahawa sabar ia
daripada menyebutnya dan menzahirkannya kerana riya dan sum’ah.
2. Bahagian yang kedua,
meninggalkan segala maksiat.
Dan sesungguhnya telah
bersabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,
الْمُجَاهِدُ مَنْ
جَاهَدَ نَفْسَهُ.
[ertinya,] “bermula
yang berperang itu mereka yang memerangi ia akan nafsunya”.
Dan sabar daripada
maksiat itu lebih sukar daripada sabar atas mengerjakan taat istimewa maksiat
yang sudah diadatkan kerana bertolong-tolong padanya tentera hawa nafsu dan
tentera adat.
Maka jika berhimpun
kepada keduanya oleh mudah mengerjakannya nescaya tiada sabar daripadanya
melainkan as siddiq ertinya orang yang banyak benar.
Bermula yang demikian
itu seperti mengumpat dan berdusta dan berhajat pada menolak akan yang demikian
itu kepada sabar yang bersangatan.
3. Bahagian yang ketiga,
barang yang tiada bersangkut paut dengan ikhtiar hamba.
Tetapi baginya ikhtiar
hamba tetapi baginya ikhtiar pada menolaknya seperti menyakiti akan dia oleh
orang yang lain dengan lidah atau dengan tangan.
Maka sabar atasnya
dengan ketiadaan membalas.
Telah berfirman Allah
Taala,
ertinya, “dan demi
Allah selagi akan sabar oleh kami atas menyakiti kamu akan kami”.
[Surah Ibrahim Ayat 12]
4. Bahagian yang
keempat, barang yang tiada masuk ia sama sekali di bawah ikhtiar seperti mati
kekasih dan binasa harta dan segala bala.
Maka sabar atasnya
setinggi-tinggi segala pangkat.
Berkata Ibnu Abbas
radhiyallhu anhuma, “sabar di dalam [Al] Quran atas tiga pangkat, sabat atas
menunaikan segala fardhu dan baginya tiga ratus pangkat, dan sabar atas yang
diharamkan Allah Taala dan baginya enam ratus pangkat, dan sabar atas bala
ketika jatuh ia dengan terkejut dan baginya sembilan ratus pangkat”.
Dan tatkala adalah iman
yang sempurna itu bersusun daripada sabar dan syukur.
Mak menyebut hamba
kemudian daripada sabar itu akan syukur.
Sabda Nabi [Muhammad]
sollallahu alaihi wasallam,
الْإِيْمَانُ نِصْفَانِ
نِصْفٌ فِي الصَّبْرِ وَنِصْفٌ فِي الشُّكْرِ.
ertinya, “bermula
iman itu dua nisfu maka satu nisfu pada sabar dan satu nisfu pada syukur”.
Kerana iman yang
sempurna itu membenarkan dengan hati dan perkataan dengan lidah dan perbuatan
dengan anggota dan ketiga-tiganya terbahagi atas dua bahagi,
1. Pertama, mengerjakan
yang disuruh daripadanya, maka iaitu hakikat syukur.
2. Kedua, meninggalkan
yang dilarang daripadanya maka iaitu hakikat sabar daripada maksiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan