Catatan Popular

Isnin, 29 November 2021

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPULUH TIGA : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] IKHLAS

OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya ikhlas itu menunggalkan Allah Taala pada segala taat dengan qasad.

Dan iaitu bahawa mengkehendaki ia dengan taat itu akan semata-mata menuntut hampir kepada Allah Taalam tiada akan sesuatu yang lain daripada Nya.

 

Seperti puji manusia dan harta benda dan dimuliakan dan lainnya daripada segala tujuan dunia.

 

Dan bahawasanya ikhlas itu satu kelakuan hati yang dipuji.

 

Dan tiada diterima akan amala ibadah melainkan dengan dia.

 

Telah berfirman Allah Taala,

ertinya, “tiada disuruh aakn mereak itu melainkan dengan menyembah mereka itu akan Allah Taala pada ketika membersihkan mereka itu baginya akan agama daripada syirik yang besar dan syirik yang kecil”.

 

Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

ertinya, “hanyasanya sah segala amal ibadah itu dengan sebab segala niat, dan hanyasanya bagi tiap-tiap seorang barang yang berniat ia akan dia (ertinya, tiada baginya barang yang tiada berniat ia akan dia dan tiada baginya barang yang berniat akan dia oleh orang yang lain) maka barangsiapa ada berpindahnya kepada Allah Taala dan Rasulu Nya maka berpindah itu kepada Allah Taaa dan Rasul Nya (ertinya, barangsiapa yang berpindah dari negeri kufur kepada negeri Islam dengan niat yang ikhlas kerana menjunjung perintah Allah dan Rasulnya maka berpindahnya itu mulia dan diterima dan diberi pahala) dan barangsiapa ada berpindahnya kerana dunia yang mendapat ia akan dia atau kerana perempuan yang hendak dikahwin ia akan dia maka berpindahnya kepada barang yang berpindah ia kepadanya sangat keji kerana menzahirkan ia akan berpindah kepada Allah dan Rasulunya dan menyembunyi ia akan yang menyalahinya sekalipun mencuri harta dunia dan perempuan itu harus pada syarak”.

 

Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

الْإِخْلَاصُ سِرٌّ مِنْ سِرِّيْ اِسْتَوْدَعْتُهُ قَلْبَ مَنْ أَحْبَبْتُهُ مِنْ عِبَادِيْ.

ertinya, “bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia Aku, Aku taruh akan dia pada hati mereka yang Aku kasih akan dia daripada segala hamba ku”.

 

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya ikhlas itu tiga pangkat seperti yang menyebut akan dia oleh Syiekhul Islam di dalam “شرح القشيرية”,

 

1. Pangkat yang pertama, bahawa mengerjakan oleh hamba akan amal ibadah kerana semata-mata menjunjung perintah Allah Taala.

 

Maka ini ikhlas yang lebih tinggi.

 

2. Pangkat yang kedua, ikhlas yang pertengahan iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadah kerana menuntut pahala dan kerana lari daripada seksa.

 

3. Pangkat yang ketiga, ikhlas yang lebih rendah iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadah suoaya memuliakan Allah Taala aakn dia di dalam dunia atau supaya selamat ia daripada kebinasaan dunia.

 

Yang pertama, seperti mereka yang membaca surah Al Waqiah supaya memurahkan Allah Taala akan rezekinya.

 

Yang kedua seperti mereka yang membaca “قل أعوذ برب الناس” supaya dipelihara akan dia daripada was-was syaitan.

 

Dan barang yang lain daripada tiga pangkat ini maka tiada ada ia ikhlas bahkan adalah ia riya.

 

Dan berkata Al Imam Al Ghazai di dalam kitab Al Arba’in, “ketahui[lah] oleh mu bahawasanya bagi ikhlas itu hakikat dan asal dan kesempurnaan.

 

Maka ini tiga rukun

 

Dan bermula asalnya niat (ertinya mengkehendaki akan wajah Allah Taala) kerana padanya ikhlas

 

Dan bermula hakikatnya menafikan campuran daripada niat.

 

Dan bermula kesempurnaannya benar”. Intaha.

 

Dan bahawasanya benar itu baginya enam pangkat.

 

Barangsiapa sampai ia pada sekeliannya akan pangkat sempurna nescaya patut dinamakan dia dengan siddig ertinya yang banyak benar.

 

1. Pertamanya, benar pada perkataan [dan] pada kelakuan.

 

2. Yang kedua, benar pada niat.

 

Dan iaitu bersih padanya oleh yang menyeru kepada kebajikan ertinya bercampur dengan yang menyeru kepada kejahatan.

 

Maka jika ada padanya campuran maka [se]sungguhnya telah luput oleh benar pada niat.

 

Dan yang kedua ini kembali ia kepada ikhlas.

 

3. Yang ketiga, benar pada cita-cita.

 

Seperti mencita-cita oleh [se]seorang atas bersedekah jika ada baginya harta.

 

Dan cita-cita-citanya itu terkadang dho’if lagi taraddud.

 

Dan terkadang putus lagi kuat.

 

Maka cita-cita yang kuat yang putus itu dinamakan akan dia yang benar yang kuat.

 

4. Yang keempatnya, benar pada menyempurnakan cita-citanya itu.

 

Dengan bahawa tiada menyalahi ia akan cita-citanya yang benar lagi kuat itu.

 

Seperti firman Allah Taala,

ertinya, “beberapa laki-laki yang benar oleh mereka itu akan barang yang menjanjikan mereka itu akan Allah Taalla atasnya”.

[Surah Al Ahzab Ayat 23]

 

5. Yang kelima, benar pada segala pekerjaan.

 

Dengan bahawa adalah ia dengan kelakuan yang tiada menunjuk ia atas sesuatu daripada yang di dala hatinya melainkan hatinya bersifat dengan dia.

 

Bermula maknanya bersamaan di dalam dan di luar.

 

Maka jika tiada bersamaan nescaya tiada ada ia benare.

 

Bahkna terkadang adalah ia riya seperti menzahirkan ia akan khusyuk anggotanya dan di dalam hatinya supaya dipuji akan dia.

 

6. Yang keenamnya, benar pada segala amal yang batin.

 

Seperti khuaf dan sabar dan tawakkal.

 

Iaitu bahawa mengetahui ia akan makna khauf dan “رجاء” dan sabar dan syukur dan tawakal dan lainnya.

 

Serta merasai ia akan sekeliannya di dalam hatinya.


Ertinya telah jadi segala kelakuakn itu tabiat baginya

Tiada ulasan: