Catatan Popular

Isnin, 29 November 2021

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPULUH LIMA : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] KASIH AKAN ALLAH TAALA

OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya kasih [sayang engkau] akan Allah Taala [yang tidak berbelah bagi] itu [adalah suatu] kelakuan yang [sangat] dipuji pada syarak lagi [suatu] pangkat yang [sangat] tinggi [di sisi Allah Taala] yang [dapat] menyampaikan [engkau] kepada makrifah [dan lebih mengenali] Allah [Subhanahu] Taala.

 

[Untuk mengukuhkan lagi pengenalan ini] telah berfirman Allah Taala,

ertinya, “kasih Allah Taala akan mereka itu dan kasih mereka itu akan Dia”.

[Surah Al Maidah Ayat 54]

 

Dan [dari riwayat Abdullah Ibnu Abbas radhiyallahu anhu bahawa telah ber]sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,

أَحِبُّوا اللهَ لِمَا يَرْفِدُكُمْ بِهِ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّوْنِيْ لِحُبِّ اللهِ إِيَّايَ.

ertinya, “kasih[lah] oleh kamu akan Allah Taala [dengan sesungguh-sungguh kasih] kerana [segala bentuk] barang yang [telah] memberi nikmat Ia akan kamu dengan dia daripada segala nikmat Nya dan kasih[lah] oleh kamu akan daku kerana kasih[nya] Allah Taala akan daku”.

 

Dan bahawasanya kasih akan Allah Taala itu berlebih kurang [iaitu ada orang yang kuat kasih sayangnya kepada Allah Taala dan ada orang yang sangat kuat kasihnya sayangnya melebihi kasih sayang orang lain dan ada juga orang yang kurang kasih sayangnya].

 

Kerana [berpandukan kepada] firman Allah Taala,

ertinya, “dan bermula mereka yang beriman mereka itu [kepada Allah Taala dengan sebenar-benar keimanan] lebih bersangatan kasih [mereka itu] akan Allah Taala”.

[Surah Al Baqarah Ayat 165]


Dan bahawasanya umat [Islam] telah ijmak [dan sepakat kata] atas bahawasanya kasih akan

Allah Taala dan Rasul Nya [itu hukumnya adalah] fardhu [ain].

 

Dan telah menjadikan oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam akan kasih akan Allah Taala itu [salah satu] daripada syarat[-syarat] iman pada beberapa hadith.

 

Kerana bersembah Abu Razin Al ‘Uqaili, [wa]hai Rasulullah, apa[kah itu makna] iman?

 

Bersabda ia, [ertinya,] “bahawa adalah Allah Taala dan Rasul Nya lebih dikasihi kepada engkau daripada barang yang lain daripada keduanya”.

 

Dan datang oleh Badwi kepada Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam maka bersembah ia, [wa]hai Rasulullah, bila[kah akan berlakunya] hari kiamat?

 

Bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, “apa[kah] yang engkau sediakan baginya?”.

 

Maka bersembah ia, “tiada mensediakan aku baginya akan sembahyang yang banyak dan tiada puasa melainkan bahawasanya aku kasih akan Allah Taala dan Rasul Nya”.

 

Maka bersabda baginya oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,

الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ.

Ertinya, “bermula seseorang itu serta mereka yang kasih ia akan dia”.

 

 

MAKNA KASIH

 

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya makna kasih itu [ialah] cenderung hati [engkau] kepada sesuatu yang disukai [oleh engkau].

 

Dan bahawasanya tiap-tiap yang sedap itu dikasihi [oleh engkau] akan dia.

 

Dan jika kuat kasih [engkau] itu dinamakan dia asyik.

 

 

MAKNA BENCI

 

Dan makna benci itu [ialah] liar hati [engkau hingga engkau ingin menjauhkan diri engkau] daripada sesuatu [itu] kerana keadaannya [yang] menyakiti [engkau].

 

Dan jika kuat oleh benci itu [maka] dinamakan akan dia marah dan murka.

 

 

SEBAB BAGI KASIH

 

Dan bahawasanya sebab bagi kasih itu dua perkara,

 

1. Pertama, berbuat baik.

 

2. Yang kedua, keelokkan.

 

Maka kasih kita akan Allah Taala kerana tiada yang berbuat kebajikan [yang sebenar-benarnya] bagi kita pada hakikat[nya] melainkan Allah Taala [sahaja].

 

Adapun yang lain daripada Nya maka berbuat kebajikan ia akan kita dengan pertunjuk daripada Allah Taala.

 

Dan kita kasih akan Allah Taala kerana segala keelokkan yang [ada] pada alam ini semuanya [adalah kesan] daripada bekas kudrat Allah Taala [semata-mata].

 

Dan adalah kudrat Nya itu setengah daripada[nya adalah daripada] segala makna keelokkan Nya dan kebesaran Nya.

 

 

ALAMAT KASIHKAN ALLAH TAALA

 

Dan bahawasanya alamat bagi kasih [engkau] akan Allah Taala itu amat banyak [sekali].

 

Setengah daripadanya [ialah apabila] mendahulukan oleh seseorang akan mengerjakan yang disuruh [oleh] Allah Taala atas [apa] yang disukai [dan disuruh oleh] nafsunya.

 

Dan setengah daripadanya [ialah] rindu [engkau] kepada [hari ingin engkau] menjumpai Allah Taala (dengan mati).

 

Dan tiada benci ia akan mati melainkan kerana ingin ia akan bertambah makrifah kerana sedap musyahadah itu atas kadar makrifah.

 

Dan setengah daripadanya redha ia dengan qadha Allah Taala.

 

Dan setengah daripadanya benci ia akan dunia kerana dunia itu melalaikan akan dia daripada menyebut Allah Taala yang dikasihinya.

 

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya orang yang mengenal Allah Taala tiada kasih ia melainkan akan Allah Taala.

 

Maka jika kasih ia akan yang lainnya maka dengan sebab kasihnya akan Allah Taala.

 

Kerana terkadang kasih oleh orang yang kasih akan anak bagi kekasihnya dan keluarga kekasihnya dan hamba bagi kekasihnya dan segala yang terbangsa kepada kekasihnya.

 

Dan tiap-tiap makhluk itu semuanya hamba Allah Taala.

 

Maka jika kasih ia akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam nescaya kasih ia akan dia kerana bahawasanya [baginda itu adalah] pesuruh bagi kekasihnya dan kekasih bagi kekasihnya.

Dan jika kasih ia akan sahabat [Nabi Muhammad] radhiyallahu anhum maka kerana bahawasanya mereka itu kasih akan pesuruh Allah Taala.

 

Dan kerana bahawasanya mereka itu kasih akan Allah Taala.

 

Dan mereka itu hamba Nya yang sentiasa taat akan dia.

 

Dan jika kasih ia akan makanan maka kerana bahawasanya menguatkan ia akan badannya pada mengerjakan perintah Allah Taala. (kekasihnya).

 

Dan jika kasih ia akan bunga dan tanaman-tanaman dan sungai dan cahaya dan segala rupa yang elok maka kerana semuanya [adalah] perbuatan Allah Taala dan menunjukkan akan keesaan Nya dan kekuasaan Nya.

 

Dan memperingat akan segala sifat keelokkannya dan kebesaran Nya.

 

Dan jika kasih ia akan orang yang perbuat kebajikan baginya dan akan gurunya yang mengajarnya maka kerana mereka itu wasitoh antaranya dan antara kekasihnya pada menyampaikan ilmu dan kebajikan kepadanya.

 

Dan mengetahui ia akan bahawasanya Allah Taala yang memberi taufik bagi mereka itu pada mengajar dan berbuat kebaikan.

 

Dan sebesar-besar makhluk yang berbuat kebaikan atas kita iaitu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.

 

Dan bagi Allah Taala jua[lah] puji dan limpah kurnia dengan menjadikannya dan mebangkitkannya jadi pesuruh [Allah Taala kepada seluruh alam].

 

Seperti firman Nya,

ertinya, “Ia jua tuhan yang membangkitkan pada orang[-orang] arab yang tiada pandai menulis dan [tiada pandai] membaca kitab akan pesuruh daripada mereka itu iaitu Muhammad sollallahu alaihi wasallam, membaca ia atas mereka itu akan [Al] Quran dan membersihkan ia akan mereka itu daripada syirik dan mengajar[kan] ia akan mereka itu [Al] Quiran dan segala hukum yang [ada] di dalamnya”.

[Surah Al Jumuah Ayat 2]

 

Maka tiada[lah] ada Rasulullah [sollallahu alaihi wasallam] itu melainkan hamba Allah [Taala] yang disuruh [oleh Allah Taala untuk] menyampaikan perintah tuhan Nya”.  

 

Seperti firman Allah Taala,

ertinya, “tiada atas pesuruh [Allah Taala itu] melainkan menyampaikan yang nyata ia”.

[Surah An Nur Ayat 54]

 

Dan firman Nya,

ertinya, “bahawasanya engkau tiada [berupaya] menunjukkan engkau akan mereka yang engkau kasih akan dia tetapi Allah Taala [lah sahaja yang berupaya] menunjukkai Ia akan mereka yang mengkehendaki ia akan dia”.

[Surah Al Qasas Ayat 56]

 

Dan amat-amati[lah] oleh mu akan firman Allah Taala,

ertinya, “dan melihat [oleh] engkau akan manusia masuk merek aitu ke dalam agama Allah Taala satu jamaah satu jamaah kemudian daripada masuk mereka itu seorang[ demi]-seorang (2) Maka mengucap[kanlah] tasbih oleh mu dengan memuji tuhan engkau dan meminta ampun oleh mu akan dia kerana bahawasanya Allah Taala itu santa menerima taubat [hamba-hamba Nya]”.

[Surah An Nasr Ayat 2-3]

 

Maka menempatkan Allah Taala akan Rasul Nya sollallahu alaihi wasallam pada pangkat mata memandang sahaja [sebagaimana firman Nya “” yang bermaksud, “dan melihat [oleh] engkau”].

 

Dan berfirman Ia,

[]

[ertinya,] “apabila engkau [me]lihat hamba Allah Taala masuk di dalam agama Allah maka berkata oleh mu dengan kepujian Allah Taala tida dengan kepujian mu

 

Dan ia[nya]lah [yang dikatakan] makna [bagi] tasbih dengan memuji tuhannya.

 

Maka jika berpaling hati engkau kepada diri engkau dan usaha engkau,

[]

[ertinya,] “maka minta ampun oleh mu akan Dia supaya menerima taubat Ia atas engkau”.

 

Berkata akan dia [berkenaan tafsiran ringkas di atas] oleh Hujjatul Islam di dalam kitab Al Arbain pada Usulid Din.

 

Dan tatkala adalah setengah daripada alamat kasih akan Allah Taala [itu] redha dengan qadha Nya maka hamba iringkan akan bab kasih ini dengan bab redha dengan qadha Allah Taala maka hamba berkata.

 

Tiada ulasan: