1. Makna al-Qur'an
Perkataan
al-Qur'an dari segi bahasa, sebagaimana yang disepakati oleh kebanyakan
'ulama', berasal dari perkataan al-qira'ah atau bacaan. Dengan maksud ini Allah
berfirman yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami-lah
yang menghimpunkan al-Qur'an dan bacaannya, maka apabila Kami telah selesai
membacanya maka hendaklah kamu mengikut bacaannya." (Al-Qiyamah: 17-18)
Al-Qur'an
juga dinamakan dengan nama-nama; al-Furqan, al-Dhikr dan alTanzil. Selain itu
al-Qur'an juga dinamakan dengan sifat-sifatnya yang disebutkan di dalam
al-Qur'an di antaranya seperti; al-'Aliyu, al-Majid, al'Aziz dan al-'Arabi.
Dapat
disimpulkan bahawa, walau dengan apa nama sekalipun, al-Qur'an adalah kalam
Allah yang bermu'jizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ditulis dalam
beberapa mushaf, dipetik dari riwayat yang mutawatir dan membacanya merupakan
satu 'ibadat.
Al-Qur'an adalah Kitab hidayah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Alif Lam Mim. Kitab (al-gur'an) ini tidak ada keraguan padanya; hidayah kepada mereka yang bertaqwa." (Al-Baqarah: 1-2)
"Sesungguhnya al-Qur'an ini adalah memberi hidayah ke jalan yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orangorang mu'min yang mengerjakan 'aural saleh bahawa mereka disediakan pahala yang besar." (Al-Isra': 9)
Hidayah al-gur'an ditujukan kepada seluruh manusia. Firman Allah yang mafhumnya:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan hidayah, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati." (A1-Baqarah: 159)
Al-Qur'an merupakan hidayah yang yang memberi rahmat kepada orang-orang yang berserah diri sebagai para muslimin dan mu'minin.
"Dan Kami turunkan kepadamu AI-Kitab (al-gur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan hidayah serta rahmat dan khabar gembira kepada para muslimin." (Al-Nahl: 89)
"(Al-Qur'an) itu bukan cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai hidayah dan rahmat bagi kaum yang beriman."(Yusuf 111)
"Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka perselisihan itu dan menjadi hidayah dan rahmat bagi kaum yang beriman." (A1-Nahl: 64).
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit(yang berada) dalam dada dan hidayah bagi orang-orang yang beriman" to "Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (al-Qur'an) kepada mereka yang Kami telah menjelaskan atas dasar pengetahuan Kami, menjadi hidayah dan rahmat bagi orangorang yang beriman. "(A1-A'raf: 52)
"(Al-Qur an) ini adalah bukti yang nyata dari Tuhanmu, hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-A'raf: 203)
"Dan sesungguhnya (al-Qur'an) itu benar-benar menjadi hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (A1-Naml: 77)
Demikian juga al-Qur'an adalah
Kitab hidayah yang membawa rahmat kepadaorang-orang beriman yang cenderung
melakukan kebaikan dan yakin terhadap apa yang diturunkan dan dij anj ikan oleh
Allah yang mafhumnya:
"Alf Lam Mim. Inilah ayat-ayat al-Qur'an
yang mengandungi hikmat, menjadi hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang
berbuat kebaikan." (Luqman:
1-3)
"(Al-Qur'an) ini adalah pedoman bagi manusia, hidayah dan rahmat
bagi kaum yang meyakini." (Al-Jatsiyah:
20)
Al-Qur'an adalah Kitab hidayah
kerana manusia memerlukan wahyu untuk mendapat petunjuk terhadap
perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Dalam penilaian yang sebenar
keperluan asasi manusia adalah untuk mendapat hidayah. Hidayah adalah perkara
yang daruri bagi manusia kerana tanpanya manusia tidak mungkin dapat melalui
kehidupan ini dengan selamat.
Keperluan manusia yang utama
bukan untuk membangunkan tamaddun kemanusiaan dari segi kebendaan tetapi
keperluan mereka yang utama adalah untuk membina hadarah atau peradaban kerohanian
yang kukuh. Ini adalah kerana
kekuatan peradaban kerohanian akan melahirkan kekuatan-kekuatan lain, sedangkan
kekuatan-kekuatan itu pula akan berada di atas jalan yang selamat. Tetapi
peradaban yang tidak berlandaskan kepada unsur-unsur rohani yang rabbani, cuma
nampak seolaholah gagah dan perkasa, tetapi pada hakikatnya ia berpegang di
dahan yang sangat rapuh.
Manusia
dapat membina kekuatan kebendaan dengan daya akal dan kekuatan derianya yang
lima. Tetapi manusia tidak mampu mencari pengisian kepada ruh dan jiwanya
semata-mata dengan akal. Manusia memerlukan bimbingan wahyu untuk mengisi
kekosongan rohaninya dan manusia menghajati kepada hidayah bagi santapan
rohaninya.
Dalam
kehidupan seseorang yang beriman, tidak ada yang lebih utama daripada hidayah.
Keperluan orang-orang yang beriman terhadap hidayah ini telah menjadikan mereka
diwajibkan memohon di dalam salat secara berulang-ulang dan berterusan akan
hidayah tersebut, kerana dengan hidayah sahaja manusia itu dapat selamat
daripada kesesatan dan terselamat dari kemurkaan Allah.
Kalimat yang
diulang-ulang itu adalah yang mafhumnya: "Hidayatkan kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Fatihah: 6-7)
3. Kedudukan al-Qur'an sebagai Sumber Pegangan Hidup
Allah mewajibkan manusia untuk meng'abdikan diri kepada-Nya kerana itulah tujuan manusia dijadikan oleh Allah. Oleh yang demikian itu Allah telah mewajibkan juga manusia berpegang kepada hidayah dan panduan yang diturunkan oleh-Nya di dalam al-Qur'an.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang 'azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya. "(Az-Zumar: 55)
Kewajipan menjadikan al-Qur'an sebagai pegangan hidup adalah demi keselamatan manusia sendiri. Dengannya manusia terhindar dari 'azab Allah dan dengannya juga manusia terhindar dari kekosongan hidup yang menyebabkan mereka mengikut sesuatu yang mereka tidak ketahui. Di mana kesemuanya selain dari hidayah Allah itu tidak menambahkan selain daripada kesesatan dan kehancuran.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain dariNya." (AI-A'raf: 3)
Al-Qur'an adalah sumber utama dalam kehidupan para muslimin dan mu'minin kerana ia bersumber dari Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah telah mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka yang demikian hanya Allah sahaja yang mengetahui secara mendalam dan terperinci selok belok seluruh ciptaan-Nya. Allah Yang Maha Mengetahui menghendaki agar manusia keluar daripada kegelapan menuju cahaya dengan hidayah daripada-Nya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu. (Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan 'aural-'aural saleh dari kegelapan kepada cahaya." (At-Talaq: 10-11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan