Catatan Popular

Jumaat, 8 Februari 2013

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 15 : (BAH 1) : PERANAN AL QURAN DAN AL SUNNAH DALA,M KEHIDUPAN MANUSIA



Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa baginda telah meninggalkan kepada umat manusia dua perkara yang jika mereka berpegang teguh dengan keduanya mereka tidak akan tersesat buat selama-lamanya. Jelas bahawa hanya berpegang kepada al-()ur'an dan al-Sunnah sahaja yang dapat menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Islam tegak di atas sumber rabbani yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan keduanya diasaskan asas-asas utama Islam dari segi 'aqidah, 'ibadah, syari'at dan akhlak Islam.
Melalui ayat-ayat al-Qur'an, Allah menjelaskan pengertian tauhid kepada­Nya, dan melalui sunnah Rasulullah s.a.w. pula diterjemahkan pengertian 'ubudiyyah yang sebenar kepada Allah. Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada manusia cara-cara untuk mempraktikkan penerimaan terhadap rububiyyah dan uluhiyyah Allah ke dalam realiti kehidupan yang sebenamya. Melalui baginda s.a.w. umat manusia dapat memahami apakah itu iman dan tuntutan-tuntutannya. Melalui sunnah Rasulullah s.a.w. jug alah manusia memahami hubungan amal dan kegiatan manusia di dalam hidup dengan keimanan mereka kepada Allah.
Al-Qur'an juga telah menggariskan perintah-perintah asasi berkenaan teras-teras 'ibadah seperti; salat, zakat, puasa dan haji. Bertolak dari asas ini sunnah Rasulullah s.a.w. pula berperanan dalam menunjukkan dalam bentuk amali 'ibadah-'ibadah tersebut. Hanya menerusi sunnah, orang­orang yang beriman dapat memahami kesan-kesan dan tujuan sebenar asas 'ibadah itu didirikan. Malah melalui sunnah sahaja mereka dapat melihat pengembangan asas-asas tadi dalam bidang-bidang da'wah, infak dan jihad fisabilillah.
Al-Qur'an menetapkan beberapa asas-asas dan perintah syari'at atau undang-undang bagi melicinkan perjalanan hidup manusia. Demikian juga peranan sunnah dalam melaksanakan perintah-perintah yang berbentuk undang-undang di dalam kehidupan manusia. Melalui sunnah ditunjukkan bagaimana cara mengatur pentadbiran negara dan kerja-kerja pemerin­tahan Islam. Melalui sunnah juga segala undang-undang Islam dalam bidang jual beli, nikah kahwin, pusaka, zakat, jenayah dan sebagainya, ditunjukkan samada secara terperinci atau dengan meletakkan asas-asas utamanya. Tujuan bagi keduanya adalah untuk memudahkan orang-orang yang beriman memahami dan melaksanakannya, atau membantu mereka untuk membuat ijtihad sekiranya ada perkara-perkara baru yang berkaitan dengannya timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Al-Qur'an juga menggariskan asas-asas akhlak serta pecahan-pecahannya. al-Qur'an memuji akhlak yang mulia dan mengkeji akhlak yang buruk, kemudian al-Qur'an menyimpulkan:
"Dan sesungguhnya bagi kamu (Rasuiultah) benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang agung." (Al-Qalam: 3-4)
Akhlak Rasulullah s.a.w. ialah akhlak al-Qur'an. Semua akhlak yang dipuji di dalam al-Qur'an terkandung di dalam diri Rasulullah s.a.w. dan segala akhlak yang buruk dan keji yang dikecam oleh al-Qur'an, maka didapati Rasulullah s.a.w. bersih daripadanya dan sentiasa mengingatkan manusia agar menjauhkan diri daripadanya. Sifat-sifat dan tingkah laku dalam seluruh perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. adalah rujukan kepada orang­orang yang beriman dalam bidang akhlak. Akhlak al-Qur'an dan seluruh kehidupan Rasulullah s.a.w. adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Al-Qur'an dan al-Sunnah merangkumi seluruh kehidupan manusia dalam bidang-bidang 'aqidah, 'ibadah, syari'at dan akhlak atau tingkah laku. Naungan al-Qur'an dan al-Sunnah adalah naungan Islam. Naungan ini meliputi seluruh ufuk kehidupan manusia dalam segala sudut dan lapisannya. Naungan Islam membawa kedamaian dan keselamatan kepada manusia. Bemaung di bawah kedamaian Islam bererti berpegang dan bersandar kepada al-()ur'an dan al-Sunnah. Menolak kedua-dua atau satu di antaranya, bererti melucutkan diri dari Islam dan mendedahkan diri kepada kebinasaan.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan­jalan (yang lain), kerana jalan jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. " (A1-An'am: 153)

Tiada ulasan: