Catatan Popular

Jumaat, 8 Februari 2013

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 14 : (BAH 1) : AS SUNNAH SEBAGAI SUMBER PENJELASAN



1.     Pengertian al-Sunnah
Sunnah bererti jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau carahidup. Pada mulanya perkataan ini digunakan secara umum dengan pengertian di atas, tetapi kemudian para 'ulama' Islam menggunakannya secara khusus untuk percakapan, perbuatandan pengakuan Rasulullah s.a.w.
Dengan percakapan diertikan segala perkataan yang pemah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam berbagai bidang; seperti bidang 'aqidah dan keimanan, hukum halal dan haram, akhlak, 'ibadah, pendidikan, muamalah, jenayah dan sebagainya.
Dengan perbuatan pula adalah merupakan penjelasan amali terhadap segala peraturan-peraturan syari'at agar dapat difahami dan kemudian dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman. Sudut amali ini sangat penting kerana ia menjelaskan melalui perbuatan dan tunjuk ajar yang amali terhadap perintah-perintah Allah yang tidak dijelaskan secara terperinci oleh al-gur'an. Ini termasuklah cara salat, cara menghadap kiblat ketika salat sunat di atas kenderaan, cara melaksanakan zakat, mandi dari hadas besar dan lain-lain.
Taqrir Rasulullah s.a.w. ialah keadaan baginda mendiamkan diri terhadap apa yang dilakukan oleh para sahabatnya di hadapannya. Berdiamnya Rasulullah s.a.w. dengan tidak melarang perbuatan sahabatnya bererti bahawa perbuatan itu tidak maksiat dan tidak haram. Kerana mustahil Rasulullah s.a.w. akan mengizinkan atau membiarkan sahabatnya melakukan sebarang dosa di hadapannya. Di samping itu terdapat juga taqrir Rasulullah s.a.w. dalam bentuk baginda secara terus terang, bersetuju dengan menyatakan dengan lisannya atas apa yang dilakukan oleh sahabatnya.
2.     Kedudukan al-Sunnah sebagai Penjelas kepada al-Qur'an
Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w. untuk membacakan dan menerangkan ayat-ayat al-gur'an kepada manusia. Melalui sunnahnya pula, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan seluruh perintah dan larangan Allah melalui tunjuk ajar dan contoh teladan. Peranan sunnah Rasulullah s.a.w. berhubungan dengan ayat-ayat al-gur'an adalah seperti berikut:
i.    Menguatkan ayat-ayat al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an pada dasamya mengandungi perkara-perkara yang cukup jelas serta mudah difahami oleh orang yang membacanya. Dalam hal-hal seperti ini peranan sunnah Rasulullah s.a.w. adalah untuk menguatkan lagi perkara-perkara tersebut serta meletakkannya di satu kedudukan yang ditegaskan melalui susunan kalimah Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai contoh firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan dengan Kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" (Al-Nisa': 136)

Dari sunnah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
"Islam didirikan atas lima perkara; syahadah bahawa tiada ilah melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa dalam bulan Ramadan." (Bukhari)

ii.    Menghuraikan ayat-ayat al-Qur'an yang bersifat Ringkas
Terdapat ayat-ayat di dalam al-Qur'an yang menyebutkan sesuatu perintah secara ringkas. Oleh kerana keringkasannya adalah mustahil ia dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman tanpa penghuraian lanjut. Di sinilah peranan sunnah dalam menghuraikan perintah-perintah yang terkandung di dalam ayat-ayat yang ringkas. Sebagai contoh:
"Sa1at itu adaIah suatu lcetetapan yang diwajibican ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya." (An-Nisa': 103)
Tidak terdapat di dalam al-Qur'an yang menerangkan cara-cara salat dan waktu-waktunya yang lima secara berurutan. Tetapi perkara ini telah dijelaskan oleh sunnah Rasulullah s.a.w, sama ada secara percakapannya ataupun perbuatannya.
Demikian dengan perintah zakat, ayat al-gur'an hanya menyatakan:
Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sadeqah zakat, supaya dengannya kamu membersihkan dan mensucikan mereka."(At-Taubah: 103)
Berkenaan perintah dalam ayat ini, sunnah Rasulullah s.a.w. menetapkan jenis-jenis perkara yang wajib zakat, kadarnya dan tempoh masanya.
iii.     Mengkhususkan Maksud ayat-ayat al-Qur'an yang Umum
Terdapat juga beberapa ayat al-gur'an yang berbentuk umum maksudnya, di antaranya firman Allah yang mafhumnya:
"Allah memerintahkan kepada kamu mengenai pembahagian harta pesaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak IeIaki menyamai dua bahagian anak perempuan." (An-Nisa': 11)
Sifat umum ayat di atas dikhususkan oleh sunnah dengan mengecualikan pembunuh yang membunuh ahli-ahli warisnya dan juga kepada Rasulullah s.a.w. dan anak-anaknya.
Sabda baginda yang mafhumnya: "Kami para Nabi tidak dipusakai." (Bukhari)
iv.    Membatasi ayat-ayat al-Quran yang tidak terbatas maksudnya
Ada di antara ayat-ayat al-Qur'an yang bersifat mutlaq atau tidak terbatas, antaranya firman Allah yang malhumnya:
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan keduanya." (Al-Ma'idah: 38)
Sifat tidak terbatas ayat di atas menggambarkan seolah-olah apa sahaja benda yang dicuri dan dalam keadaan apa sekali perbuatan itu dilakukan maka hukumannya adalah dipotong tangan orang yang mencuri. Ayat di atas juga tidak menjelaskan setakat manakah tangan pencuri itu akan dipotong.
Peranan sunnah dalam hal ini adalah untuk menjelaskan kadar benda yang dicuri dan juga had bahagian tangan yang akan dipotong.
v.    Menetatkan Hukum dan Amalan yang Tidak disebut oleh al-Qur'an
Terdapat hukum-hukum yang yang tidak ditetapkan oleh al-Qur'an secara nas tetapi ada asas-asasnya berkenaan perkara tersebut di dalamnya. Dalam perkara ini sunnah menambahkan secara nas akan hukum terhadap perkara yang telah ada asasnya di dalam al-gur'an.
Sebagai contoh mengharamkan memakan setiap binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku panjang. Asas bagi hukum ini terkandung dalam Surah al-Ma'idah ayat 3. Demikian juga Rasulullah s.a.w. telah menambahkan amalan-amalan seperti salat rawatib, duha, gerhana bulan dan gerhana matahari dan seumpamanya.
3.     Kedudukan al-Sunnah sebagai Sumber Pegangan Hidup
Sunnah merupakan sumber pegangan hidup yang kedua bagi orang­orang yang beriman sesudah al-Qur'an. Semua 'ulama' sependapat, bahawa sunnah Rasulullah s.a.w. menjadi hujjah atau dalil dalam soal-soal yang berkaitan dengan Islam. Ketetapan ini berlandaskan kepada firman Allah yang mafhumnya:
 "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu dada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)." (An-Najm: 3-4)
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada Allah." (AI-Hasyr: 7)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)
Sunnah tidak dapat dipisahkan daripada al-gur'an bagi membimbing para mu'min di atas jalan yang benar kerana sunnah adalah penjelas atau pentafsir yang amali terhadap perintah-perintah dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam al-Qur'an. Tidak mungkin seseorang itu dapat mematuhi perintah Allah tanpa ia melihat bagaimana cara sebenar untuk melaksanakanpya. Sedangkan cara sebenar untuk mematuhinya hanya terdapat dalam diri Rasulullah s.a.w. kerana baginda diutuskan oleh Allah untuk tujuan tersebut. Kerana ini Allah secara tegas telah berfirman yang mafhumnya: "Katakanlah: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa­dosamu." (Ali Imran: 31)
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (A1-Nisa': 64)
"Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (darf keta'atan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka." (A1-Nisa': 80)
Perintah mentaati Rasulullah s.a.w. adalah dengan mengikuti sunnahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
"Telahku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. " (Malik)
"Tidak sempuma iman seseorang kamu sehingga keinginannya menurut kepada apa yang aku datangkan kepadanya. " (Al-Hakim)
"Tidaklah aku meninggalkan sesuatu dart apa yang telah Allah perintahkan kepada kamu sekalian dengannya, melainkan sungguh telah aku perintahkan kamu dengannya, dan tidaklah aku meninggalkan sesuatu dari apa yang telah Allah larang bagi kamu sekalian daripadanya, melainkan pasti telah aku larang kamu sekalian daripadanya.' (Ibn 'Abdil Barr)
"Hat manusia, tidak ada sesuatu yang mendekatkan kamu sekalian kepada syurga dan menjauhkan kamu sekalian dari neraka, melainkan telah aku perintahkan kepadamu dengannya, dan tidak ada dart sesuatu yang mendekatkan kamu sekalian dari neraka dan menjauhkan kamu sekalian dari syurga, melainkan pasti telah aku cegah kamu sekalian daripadanya." (Imam al-Baghawi)  
Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak berpegang kepada sunnah atau hadithnya sebagai sumber hukum dan panduan hidup maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w
"Hampir-hampir salah seorang dari kamu berkata: ' Ini Kitab Allah, apa-apa yang ada dalamnya yang halal, kami halalkannya; dan apa­apa yang ada di dalamnya yang haram, kami mengharamkannya.', Ingatlah, barangsiapa yang sampai kepadanya satu hadith dariku, lalu ia mendustakannya, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah, Rasul-Nya dan orang yang meriwayatkannya" (Ibn 'Abdil Barr)

Tiada ulasan: